Sunday 29 June 2014

Panduan Solat Terawih Bersendirian



Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?. Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan bagaimana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat). Disini ada jawapannya. Semoga bermanfaat.

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Panduan Berbuka Puasa Dari JAKIM



Panduan berbuka puasa yang betul dari Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Berikut adalah perkongsian mengenai adab berbuka puasa yang betul sebagai panduan umat Islam yang dikongsikan oleh JAKIM. Semoga ianya berguna pada anda semua insyaALLAH. Dikesempatan ini, den ingin mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Zizan Umum Undur Dari Melodi



Memang mengejutkan pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara, pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi program Melodi di saluran TV3.

Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu.

Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan.

Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.

Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.

Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini.

Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti…

sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Rania Nama Baru Felixia Yeap

Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap,28 yang bakal mengucap syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam? Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT.

"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya.

sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saturday 28 June 2014

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan



Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam semalam.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.

Felixia ketika program malam semalam  turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya. 

"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya. Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya. 

"Perbezaannya kini, saya tahu Allah berada di sisi dan saya berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎," katanya.

Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah.

"Saya tidak boleh dedahkan tempat itu kerana ia peribadi. Nama Islam saya juga akan umumkan kemudian," katanya.

Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu.

"Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Saya berharap mampu untuk berpuasa penuh," katanya, sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi "saya belajar bagaimana untuk mengatasi hal itu".

"Saya sudah bersedia, cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu saya uruskan kerana saya tinggal seorang," katanya.

Pada acara tersebut, Felixia turut diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.

‎Felixia berkata, beliau mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga.

"Ciri suami saya kini perlulah beriman, yang dapat membimbing sehingga ke syurga, yang sayang saya dan Allah.
"Kerana lepas masuk Islam, saya adalah mualaf, saya perlu bimbingan maka saya perlu teman hidup yang benar kuat dalam membantu saya," katanya.

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

10 Adab dan Tatatertib Berpuasa : Wajib Baca



Antara keindahan agama Islam ialah setiap ibadah dan amal yang dilaksanakan umatnya berpandukan adab yang digariskan.  Hal ini bagi memastikan setiap ibadah atau amal yang dilaksanakan dengan penuh ketertiban dan keikhlasan demi mengharap keredaan Allah s.w.t. dan dengan tujuan mengikuti Sunnah Nabi-Nya.  

Hal ini tidak terkecuali bagi ibadah puasa yang difardukan pada bulan Sya`ban, tahun kedua Hijrah.  Antara adab dan tatatertib berpuasa yang perlu diberikan perhatian penting oleh umat Islam termasuklah:

1. Mempercepat berbuka, iaitu ketika terbenamnya matahari.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Manusia sentiasa berada dalam keadaan yang baik selagi mereka mempercepat berbuka puasa.”  (Bukhari dan Muslim)  Ketika berbuka ini pula digalakkan supaya dimulakan dengan kurma basah (rutab) yang lembut dan manis rasanya dan atau kurma kering.  Jika kedua-duanya tiada, maka bolehlah berbuka puasa dengan meminum air.

Hal ini bersandarkan Hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Abu Daud bahawa Nabi s.a.w. berbuka puasa sebelum Solat (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah.  Sekiranya tiada , maka Baginda berbuka dengan beberapa biji kurma kering.  Jika tiada juga maka Baginda meneguk beberapa teguk air.  Sesungguhnya air adalah bersih lagi suci.

2.  Bersahur, iaitu menikmati atau mengambil makanan ketika pertengahan malam.  Islam mensyari`atkan supaya individu yang berpuasa bersahur dan waktunya bermula setelah berlalunya separuh malam sehingga sebelum fajar terbit.  Bersahur dapat memastikan tubuh memperoleh kekuatan untuk menahan lapar serta dahaga apabila berpuasa sepanjang hari.

Dalam sebuah Hadith, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu bersahur, sesungguhnya sahur itu merupakan makanan yang diberkati.” (Al-Nasa’ie)   Dalam Hadith yang lain, Baginda bersabda yang bermaksud, “Hendaklah kamu meminta bantuan dengan (memakan) makanan pada pertengahan malam untuk menjalani ibadah puasa pada siang hari.” (Al-Hakim). 

Bersahur ialah sama ada dalam kuantiti makanan yang sederhana atau sedikit dan memadai dengan hanya meminum air sahaja.  Selain bertujuan menguatkan tubuh dan memberikan tenaga, bersahur juga bertujuan membezakan antara puasa umat Islam dengan puasa Ahli Kitab daripada kalangan Yahudi dan Nasrani.  Nabi s.a.w. bersabda dalam sebuah Hadith daripada `Amru ibn al-`As r.a. yang bermaksud, “Perbezaan antara puasa (yang dilaksanakan) kita (umat Islam) dengan puasa (yang dilaksanakan) Ahli Kitab ialah memakan sahur.” (Muslim)  

3.  Melewatkan bersahur. Umat Islam digalakkan melewatkan bersahur, iaitu ketika fajar hampir terbit.  Hal ini berdasarkan penegasan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. dalam sebuah Hadith yang bermaksud, “Umatku sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka mempercepat berbuka puasa dan melewatkan bersahur.” (Ahmad).  

Tempoh antara tamat waktu bersahur dengan Solat Subuh dijelaskan melalui Hadith daripada Anas ibn Malik r.a. bahawa Nabi s.a.w. dan Zaid ibn Thabit r.a. bersahur.  Setelah selesai menikmati sahur, kedua-duanya bangun untuk mendirikan solat.  Kami (sahabat-sahabat) bertanya kepada Anas, “Berapa lamakah (tempohnya) antara mereka berdua selesai bersahur dan mendirikan solat?”  Anas menjawab, “Mengikut kadar seorang lelaki (seseorang) membaca 50 ayat al-Qur’an.” (Al-Bukhari).    

4.  Mengelakkan tutur bicara atau percakapan yang mengundang dosa seperti berdusta, mencaci dan mengeji, mengumpat, serta menghasut, dan mengelakkan daripada memandang perkara-perkara yang haram (sebagai contoh memandang wanita ajnabi sehingga merangsang nafsu) serta mendengar perkara-perkara yang melalaikan (seperti mendengar alunan muzik yang mengalpakan pendengarnya). 

Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan mengawal semua anggota tubuh ini merupakan peringkat tertinggi puasa, iaitu puasa golongan yang paling khusus yang dihuraikan oleh al-Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ `Ulumuddin. Golongan ini bukan hanya melaksanakan apa yang diperintahkan untuk dijauhi, iaitu perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa tetapi turut meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Justeru, perkara-perkara sunat amat dititikberatkan dan anggota tubuh dihalang daripada melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala dan hati mereka sentiasa mengingati Allah.  

Puasa peringkat kedua membabitkan golongan khas, iaitu yang berpuasa dengan menahan diri daripada perkara yang dilarang serta banyak melakukan perkara-perkara sunat untuk meningkatkan kualitinya.  Seterusnya puasa peringkat pertama atau paling rendah, ialah puasa orang awam yang hanya terhad pada perbuatan meninggalkan makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan ibadah tersebut.   

Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan Imam Ahmad, Nabi s.a.w. memberikan amaran tentang hanya sedikit orang yang memperoleh pahala puasa dan yang diperoleh hanya lapar serta dahaga sahaja.  Begitu juga dengan kecilnya bilangan orang yang memperoleh ganjaran daripada tindakannya berjaga malam, sebaliknya yang diperoleh hanyalah bangun untuk berjaga malam semata-mata. 

5.  Berdoa ketika berbuka puasa.  Antara doa yang digalakkan untuk dibaca ketika berbuka puasa dan menikmati makanan yang merupakan rezeki kurniaan Allah termasuklah:

Maksudnya : “Ya Allah! Kami telah berpuasa (semata-mata) untuk-Mu dan berbuka dengan rezeki-Mu, maka terimalah daripada kami.  Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Daruqutni)

Kita juga digalakkan berdoa dan memohon apa sahaja kepada Allah s.w.t. ketika berbuka kerana ia merupakan salah satu waktu mustajab untuk berdoa.  Doa yang dimohon dengan mematuhi adab-adabnya itu didengar dan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. serta diaminkan oleh malaikat.  Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Doa orang yang berpuasa ketika ia berbuka tidak akan ditolak (mustajab).”    

6.  Menyediakan makanan atau hidangan untuk orang yang berpuasa berdasarkan kemampuan.  Sekiranya kita tidak mampu menyediakan makanan atau hidangan untuk orang yang berpuasa, maka memadailah dengan menyediakan kurma atau minuman untuk mereka berbuka puasa.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka (iftar) untuk orang yang berpuasa, maka ia memperoleh ganjaran sepertinya (orang yang berpuasa) dengan tidak dikurangkan ganjaran orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Al-Tirmizi).  

Dalam menyediakan hidangan ini, perlu diingat bahawa kadarnya cukup sekadar sederhana dan tidak berlebih-lebihan sehingga membazir.  Pembaziran amat dilarang oleh agama Islam dan memenuhi matlamat ibadah puasa itu sendiri, iaitu untuk mengawal serta menundukkan nafsu.

7.  Membanyakkan sedekah terutama kepada golongan yang memerlukan dan lebih utama yang ahli keluarga atau saudara terdekat. Anas r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah ditanya, “Wahai Rasulullah!  Apakah sedekah yang paling utama.”  Lalu Nabi s.a.w. menjawab, “Sedekah pada bulan Ramadan.”  

Sedekah yang dihulurkan haruslah diutamakan bagi ahli keluarga atau saudara terdekat (Surah al-Baqarah 2 : 215) yang fakir, miskin, serta memerlukan dan seterusnya kepada yang lain-lain.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Bersedekah kepada orang miskin merupakan satu sedekah dan bersedekah kepada kaum kerabat merupakan dua sedekah (kebaikan), iaitu sedekah dan silaturrahim.” (Ibn Majah).  Sedekah juga sebaik-baiknya daripada harta yang baik dan amat disukai kerana tindakan ini dapat menghapuskan kebakhilan dan meningkatkan ketaqwaan diri.

8.  Membaca dan bertadarus al-Qur’an. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai bulan al-Qur’an kerana kitab suci itu diturunkan padanya, maka sepanjang Ramadan, umat Islam amat digalakkan bagi mengisi waktu mereka dengan sesempurna mungkin untuk membaca, bertadarus, menghayati, melaksanakan segala perintah serta menjauhi larangan yang terkandung di dalamnya.  Penghayatan mendalam terhadap kandungan al-Qur’an dan pelaksanaannya dalam kehidupan umat Islam merupakan kemestian kerana sebagaimana ditegaskan oleh Allah s.w.t., al-Qura’n merupakan petunjuk kepada jalan yang amat tepat (agama Islam) (Surah al-Isra’ 17 : 9) dan penyembuh serta rahmat bagi golongan yang beriman (Surah al-Isra’ 17 : 82).

9.   Melaksanakan pelbagai amal salih yang lain seperti menghadiri majlis ilmu, mendirikan Solat Tarawih, beriktikaf di masjid, dan sebagainya, khususnya pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

10. Mengelakkan berbekam (rawatan yang merupakan Sunnah Nabi s.a.w.) kerana ia boleh menyebabkan orang yang berpuasa menjadi lemah.  Selain itu, disunatkan bagi orang yang berpuasa untuk tidak merasa makanan kerana dbimbangi makanan tersebut ditelan secara tidak sengaja lalu sampai ke perut. 

Umat Islam seharusnya berusaha melaksanakan dan menjauhi perkara-perkara yang disunatkan ini dengan tujuan mematuhi adab-adab berpuasa.  Mudah-mudahan ia dapat membentuk akhlak yang luhur dan disiplin diri yang tinggi.  Lantas selanjutnya mereka didorong untuk bukan sahaja melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna bahkan seterusnya mengekalkan disiplin serta iltizam yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan secara umumnya.




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday 26 June 2014

Huawei Ascend P7 : Excellence With Edge

Assalamualaikum wbt..

Huawei Ascend P7 satu lagi smartphone yang kini telah berada di pasaran Malaysia dengan harga RM1,499. Design Smartphone Huawei Ascend P7 ini direka sangat menarik dan antara ciri yang istimewa yang ada pada smartphone ini adalah part designnya yang ultra slim.



Antara specifikasi yang menarik yang terdapat pada Huawei Ascend P7 :-

















Nampak menarik pada pandangan yang pertama. Apa pun den nak nasihatkan, kalau nak membeli smartphone kita kena la smart juga. Kena la survey semua, janganlah hanya tengok design cantik terus nak beli. Kena fikirkan pengunaan jangka masa panjang juga. Kalau mahal tapi cepat rosak tak guna jugak kan.

By the way, Thanks Nuffnang bagi CPUV baru Huawei Ascend P7 campaign. Tarikh kek situ lamo dah, tapi den baru je dapek. Bersyukur daripado x dapek n walaupun lambek janji ado. Nak tahu lebih lanjut tentang Huawei Ascend P7, kalau nampak iklan macam di bawah ni bolehlah klik² ye.


CPUV yang baru melokek ha, janji adooo...







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Mas Khan Buah Hati Terbaru Lana Nordin


Kuala Lumpur – Setelah berakhirnya cerita kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As’ari, Lana Nordin sekali lagi bertemu cinta dan kali ini dengan pelakon yang sedang meningkat naik Mas Khan.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya.

Jelasnya, beliau tidak mahu kontroversi percintaan yang berakhir di tengah jalan dengan pelakon Johan As’ari membataskan dirinya untuk terus mencari pasangan hidup.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

Berbalik pada cerita buah hati barunya, Lana berkata, Mas Khan adalah seorang yang matang serta memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh. Bagaimanapun, peristiwa lalu banyak memberi pengajaran kepada beliau agar berhati-hati dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," kata Lana.

Sementara itu Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.

"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," ujarnya

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday 25 June 2014

Jangan Menyalak Tanpa Tahu Sebab - Zizan Razak



Status tweet ini di buat setelah beliau membekukan akaun syarikat miliknya Wirefame. Akibat pembekuan akaun itu, artis dibawah naungan Wirefame tidak mendapat gaji.


Sementara itu Kaka dan Johan Ashaari memang kecewa dengan tindakan Zizan Razak kerana membekukan akaun syarikat tanpa pengetahuan Marina Juki.

Ini kata Johan Ashaari:
“Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini, sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,”

Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah baru.

Ini pula kata Kaka:
“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” 

Mungkin disebabkan perkara ini menyebabkan Zizan mengeluarkan kata-kata tersebut kita tuggu sahaja kenyataan rasmi Zizan nanti..

Sumber: hmetrolive



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Isu Cemburu : Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle



Kuala Lumpur - Mejar (K) David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) menganggap apa yang telah diluahkan pelakon, Diana Danielle mengenai foto mesra suaminya bersama Nora Danish hanyalah satu salah faham dan mereka tidak semesra seperti yang disangka.

Mengikut penjelasan yang telah diberi David Teo, foto tersebut telah diambil atas permintaan media cetak mengikut kehendak watak mereka didalam filem dan ianya tidak lebih daripada itu.

Malah David Teo berkata dia sendiri sudah pun menghubungi pelakon Farid Kamil supaya menjelaskan situasi yang berlaku pada malam gambar itu diambil kepada Diana Danielle.

“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.

“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya, tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.

“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting terhadap tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.

“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.

David Teo diminta mengulas mengenai tindakan Diana Danielle yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan cemburu ke dalam laman sosial Instagram apabila gambar Nora berpegangan tangan dengan suaminya dikongsi ke dalam Instagram sebagai promosi filem Pengantin Malam.

Walaubagaimanapun, David Teo memberitahu isu tersebut tidak langsung menggangu promosi filem Pengantin Malam tersebut yang turut dibintangi pelakon seperti Nina Iskandar, Ellie Suriati dan ramai lagi.

Suntingan



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Bergelar Usahawan, Abby Yus Kini Mampu Miliki Kereta Mewah

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak ini yang telah lama menghiasi dan menceburi dunia seni tanah air. Setelah lebih tiga dekad bergelumang dan bergelar anak seni, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya. 

Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia seharusnya berbangga kerana memperolehi daripada titik peluhnya sendiri.

Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihan membawa hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz. Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar luas di Internet.  


Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut. Walaupun begitu, beliau masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang mana telah diceburinya sejak 1983 itu.

Pelawak yang sering tampil dengan loghat Negeri Sembilannya itu masih lagi bujang dan pastinya selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya sebagai usahawan.

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Monday 23 June 2014

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sarah Ashraf Muslim


Baru-baru ini telah berlangsung dengan meriahnya satu majlis aqiqah untuk anak Ashraf Muslim bersama isteri keduanya Wan Sakinah. Isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana juga turut serta didalam majlis yang diadakan di kediaman mereka.

Bukan sahaja tertarik melihat majlis sambutan itu dihias cantik dengan buaian berendoi dan mini taman warna biru dan merah, tetapi juga kemesraan dan keikhlasan jelas terpancar diantara Dayana dan Sakinah.



Daripada gambar-gambar yang telah diambil oleh jurugambar rasmi, The Photolicious, Dayana sanggup menjadi salah seorang individu terpenting yang mengiringi Sakinah dan Sarah sewaktu upacara dijalankan. Lebih manis lagi apabila Ashraf sempat bergambar sambil diapit oleh kedua-dua isterinya. 


Semoga kebahagiaan keluarga ini terus berkekalan dan pastinya ramai juga yang mendoakan agar Dayana dikurniakan anak secepat mungkin.






Disunting dari : hmetrolive



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Kepoh Juara Bintang Mencari Bintang 2014



Shah Alam: Selepas 14 minggu bertarung, akhirnya gelaran juara Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) menjadi milik kumpulan Kepoh.

Anak didik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie itu berjaya menewaskan dua kumpulan lain iaitu MMMMM dan Sumbu anak didik kepada Afdlin Shauki serta Ebby Yus.

Menerusi kemenangan itu, kumpulan Kepoh yang dianggotai Izu dan Pian membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM200,000.

Tempat kedua menjadi milik kumpulan Sumbu diterajui Kamal dan Ariff yang memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Manakala, kumpulan MMMMM terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga dan menerima wang tunai RM50,000.

Mereka dinilai empat juri iaitu A R Badul, Ogy Ahmad Daud, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan penyanyi dangdut, Mas Idayu sebagai juri jemputan.

Sumber : myMetro


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday 22 June 2014

5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar


Kita semua pernah ditakutkan oleh folem-filem seram pada satu-satu masa dalam hidup kita. Tapi itu semua hanyalah filem-filem kan? Namun, beberapa siri peristiwa seram dan menggerunkan telah menyusuli produksi filem-filem ini di belakang tabir. Kebetulan? Anda sendiri tentukan. Yang pasti sesuatu yang pelik dan di luar kawalan yang tidak dapat diterangkan dengan nyata telah berlaku di set-set penggambaran ini.

The Omen (1976)


Tragedi bermula di set penggambaran apabila juru urus haiwan di makan hidup-hidup oleh seekor singa. Kemudian, Gregory Peck dan Mace Neufeld dipanah petir, diatas kapal terbang yang berasingan tetapi bernasib baik dan terselamat.

Insiden paling pelik, walau bagaimanapun adalah kemalangan maut kereta hanya beberapa ketika selepas keseluruhan penggambaran filem tersebut selesai.

Designer filem The Omen, John Richardson, terperangkap dalam perlanggaran kereta yang meragut nyawa teman wanitanya, yang terpancung hampir sama seperti watak Jennings yang terbunuh di dalam filem itu.

Rosemary's Baby (1968)


Penerbit, Castle, yang sangat terkesan dengan filem ini dan surat benci serta ugutan bunuh yang tidak putus-putus dari 'peminat-peminat' yang terganggu dan apabila beliau dirawat kerana jangkitan urin dengan tidak semena-mena menjerit, "Rosemary, turunkan pisau kamu itu!"

Paling menyeramkan antara semuanya adalah isteri kepada pengarah filem ini, Sharon Tate bersama tiga orang sahabat dan anak yang dikandungnya dibunuh oleh pengikut-pengikut Charles Manson menggunakan motif 'Satanic' yang ditiru daripada skrip sebenar Rosemary's Baby.

Poltergeist (1982)




Pelakon-pelakon muda Poltergeist sememangnya tidak bernasib baik. Atau, adakah mereka sebenarnya disumpah?

Pada mulanya, si kecil Oliver Robbins (Robbie Freeling) hampir menemui ajal apabila dia dicekik oleh tangan patung jahat yang mengheretnya ke bawah bantal.

Kemudian, bintang muda, Heather O'Rourke yang melakonkan watak Carol Anne Freeling. mati selang beberapa tahun selepas filem ini ditayangkan buat pertama kali semasa pembedahan rutin biasa di hospital.

Lebih menyeramkan adalah berita pembunuhan Dominique Dunne, berusia 22 tahun (watak kakak kepada Carol, Dana Freeling) yang dicekik oleh bekas kekasihnya yang ganas.

Psycho (1960)




Psycho mengejutkan dunia dengan gabungan keganasan yang sangat grafik dan ketakutan psikologi, tetapi kejadian jenayah yang ditiru selepas pelancarannya juga menghantui perasaan.

Penyiasat Zodiac, Robert Graysmith melaporkan insiden tersebut di dalam bukunya, "The Girl in Alfred Hitchcock's Shower".

Seorang wanita bernama Myra Davis yang bekerja sebagai pembantu pencahayaan untuk filem Psycho, dibunuh oleh Kenneth Dean Hunt, seorang yang obses dengan Hitchcock dan dikatakan adalah Psycho sebenar.

Terlalu banyak kekeliruan yang berkisar mengenai kes tersebut di mana pelakon ganti untuk Janet Leigh bagi babak mandi yang kontroversi itu juga bernama Myra Davis.

The Exorcist (1973)




The Exorcist dipenuhi dengan kematian dan kecelakaan. Jack McGowran (Burke Dennings) dan Valsiliki Maliaros (Mrs Karras) meninggal dunia sebelum The Exorcist dilancarkan, dan Ellen Burstyn serta Linda Blair mengalami kecederaan tulang belakang yang agak teruk semasa di set lakonan.

Secara mistiknya, sebahagian daripada set The Exorcist tiba-tiba terbakar di rumah Reagan, kecuali bilik tidurnya dan terpaksa dibina semula. Ini sangat menakutkan pelakon-pelakon serta krew sehingga paderi dipanggil untuk melaksanakan 'Exorcism' (upacara menghalau roh jahat) yang sebenar.

Fakta atau fiksyen? Anda mungkin terpaksa mengakui info ini amat menyeramkan..


sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wajah Sebenar Ibu Budak OKU Yang Di Kurung



Gambar wajah ibu kepada budak OKU yang dikurung hingga kurus kering tersebar. Menerusi laman sosial, telah tersebar foto ibu kandung kepada Muhammad Firdaus Dullah budak OKU yang bernasib malang. Ibu mangsa merupakan seorang warganegara Malaysia dan berasal dari negeri Sabah. Terdahulu, penemuan Muhammad Firdaus, 15, pada 21 Jun 2014 di rumah pangsa Taman Semarak Nilai telah menggemparkan negara apabila kanak-kanak OKU itu ditemui dalam dengan keadaan kurus kering, baju reput dan lantai yang dipenuhi najis dan tanah.








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Piala Dunia: Pemegang Tiket OKU Kantoi Melompat




RIO DE JANEIRO – Polis Brazil menyiasat kemungkinan tiket khas Piala Dunia 2014 untuk golongan kurang upaya diseleweng selepas ada penonton yang menggunakan tiket khas penonton berkerusi roda dilihat bangun melompat semasa aksi perlawanan.

Polis dilaporkan sedang meneliti bukti rakaman visual daripada CCTV dan foto yang tersebar melalui media sosial. Visual berkenaan antaranya dirakamkan semasa perlawanan pembukaan Brazil menentang Croatia.

Bagaimanapun siasatan polis ini dijangka sukar dan sensitif.

Ini kerana sesetengah kes itu mungkin kerana orang berkenaan tidak boleh berjalan jauh tetapi tiada masalah untuk berdiri sekejap.

Sekurang-kurangnya ada 22 rakaman daripada CCTV yang menunjukkan penonton berkerusi roda bangun melompat semasa perlawanan yang menyaksikan England kalah kepada Uruguay beberapa hari lalu.

Ada juga hampir 30 foto seperti itu yang tersebar melalui jaringan media sosial yang dikongsikan oleh peminat bolasepak.

FIFA sebelum ini megah mencanangkan semua orang akan ada akses kepada Piala Dunia 2014 di Brazil ini. Selain tempat duduk khas untuk mereka yang menggunakan kerusi roda, sesetengah stadium menyediakan kemudahan audio ulasan selari.

Polis percaya tiket-tiket konsesi yang dikhaskan untuk penonton kurang upaya terutamanya bagi perlawanan tumpuan telah jatuh ke tangan ulat tiket.

Laporan media menyebut ulat tiket menjual tiket khas untuk orang kurang upaya di luar stadium dan melalui jaringan media sosial. Mereka dipercayai mengaut untung besar kerana setiap tiket untuk penonton yang berkerusi roda datang dengan satu tiket untuk pendorong kerusi roda.

Sementara itu, dua orang ditahan kerana cuba menjual tiket percuma yang diedarkan oleh FIFA kepada syarikat penaja dan persatuan bolasepak. Mereka menjual tiket itu di sebuah hotel yang didiami oleh pegawai FIFA.

Dua lelaki itu mempunyai 50 tiket percuma dalam tangan. Tiket itu kemudian dirampas dan dibatalkan.

Dalam pada itu, polis Brazil juga mengesan penjualan tiket pasar gelap yang mencecah sehingga 10 kali lipat lebih mahal terutamanya bagi perlawanan yang melibatkan pasukan tuan rumah.




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Zara Zya Kemalangan Kereta Dilanggar




Port Dickson - Satu kemalangan kereta telah berlaku yang membabitkan pelakon Zara Zya yang pernah popular menerusi drama Love You Mr.Arrogant.

Ianya nya telah berlaku pada awal pagi ini di Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson. Insiden yang berlaku pada lebih kurang jam 1.15 pagi menyebabkan kereta Suzuki Swift milik  pelakon Zara Zya remuk kesan akibat dirempuh oleh sebuah kereta Honda Prelude yang terbabas di bahu jalan. 

Ketika insiden berkenaan, Zara Zya sedang menjamu selera di gerai di tepi Pantai Bagan Pinang bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dan melihat keretanya serta tiga lagi kereta pelanggan lain dilanggar hingga rosak teruk. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelakon tersebut

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ