Friday 11 September 2015

Biasiswa Kerajaan Jepun 2015/2016

Biasiswa Kerajaan Jepun (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) 2016 Young Leader's Program (YPL)





Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2016 Bagi Pengajian Peringkat Sarjana. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 18 September 2015.


Syarat-syarat Permohonan


Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).
**Bagi calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :-
  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2016 (Lahir selepas 2 Oktober 1976);
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  3. Berkhidmat secara tetap;
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  5. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  6. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan):-
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus terdahulu ;dan
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang terdahulu.
  8. Telah mengisytiharkan harta;
  9. Tidak disenarai hitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar;
  10. Bersih daripada pertuduhan tatatertib; dan
  11. Bebas daripada dakwaan Mahkamah.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

I Come Back Again!!


ASSALAMUALAIKUM





Sey muncul kembali after berdiam diri sampai bersawang blog ni!!! 
Yeah maybe agak busy dgn kerja segala macam. 
For me update this blog everyday or maybe every week sgt-sgt mustahil dalam keadaan and masa ni. 


But, hobi menulis something news or information tak pernah sey lupo an, cumo berehat n take time for me getting and charge my mind hahahaha... 
Mungkin at the first time sey open and write this blog sey still or baru yo grad from my degree, jadi xdo kojo and I'm not do anything. 
Yolah mood honeymoon lagi kn.




Tapi bilo sey dapek interview kek sano sini and maybe my rezeki at that time sey dapek kojo jdi mulalah episode bersawang bersemak sey punya blog.
 Bukan apa takdo maso kobaan. 
La ni sey bulehlah dikobaan ado maso sobab ehh sey dah resign hahahaha...


Jadi ehh den terfikir untuk menulis balik dalam blog yang udah lamo sey ningga. 
Sey harap after sey resign and now is time to me to start getting my MASTER, 
sey ado maso menulis dalam blog nih!!








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday 28 May 2015

Bulan Sya'ban Bulan Latihan

ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, insya Allah 23 Mei yg lalu kita telah memasuki bulan Sya’ban, bulan dimana kita disunnahkan untuk melakukan amalan-amalan shalih di dalamnya karena banyak sekali keutamaan yang bisa kita raih dalam bulan Sya’ban ini. Berikut ini ada beberapa amalan yang dikerjakan oleh Rasulullah صلي الله عليه وسلم khusus pada bulan Sya’ban:
1. Memperbanyak puasa sunah
Dalam lafazh Muslim, ‘Aisyah رضي الله عنه mengatakan,
كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلاَّ قَلِيلاً
“Nabi صلي الله عليه وسلم biasa berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya. Namun beliau berpuasa Sya’ban semuanya kecuali hanya sedikit hari saja (sedikit hari yang beliau tidak berpuasa padanya).” [HR. Muslim no. 1156]
2. Memperbanyak amal ketaatan pada waktu-waktu yang banyak manusia lalai darinya
Rasulullah صلي الله عليه وسلم bersabda,
ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ
“Bulan itu, banyak manusia yang lalai, yaitu (bulan) antara Rajab dan Ramadhan…” [Hasan: HR. An-Nasa’i (IV/201), Ahmad (V/201) dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 1898)]
Dikarenakan puasa Sya’ban merupakan mukaddimah untuk memasuki puasa Ramadhan, maka dianjurkan pula untuk banyak membaca Al-Qur’an dan bersedekah serta memperbanyak amalan-amalan shalih lainnya. Hanya saja kita dilarang untuk melakukan puasa ketika sudah mendekati akhir Sya’ban kecuali jika kita sudah terbiasa berpuasa sebelumnya.
3. Memperbanyak amalan shalih
Sebab pada bulan Sya’ban amal-amal seluruh manusia akan diangkat kepada Allah سبحانه وتعالى. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah صلي الله عليه وسلم,
وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“… dan di bulan itu diangkatnya amal-amal kepada Rabb semesta alam, dan aku ingin amalku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.” [Hasan: HR. An-Nasa'i (IV/201), Ahmad (V/201) dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 1898)]
4. Kesempatan untuk mengqadha’ puasa Ramadhan
Wajib untuk diperhatikan dan menjadi pertingatan bagi orang yang masih mempunyai utang puasa Ramadhan sebelumnya untuk membayarnya sebelum masuk bulan Ramadhan berikutnya. Dan tidak boleh mengakhirkannya hingga Ramadhan berikutnya, kecuali darurat. Misalnya, udzur yang terus menerus sampai dua Ramadhan.
5. Puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan atau pemanasan sebelum memasuki bulan Ramadhan.
Jika seseorang sudah terbiasa berpuasa sebelum puasa Ramadhan, tentu dia akan lebih kuat dan lebih bersemangat untuk melakukan puasa wajib di bulan Ramadhan.
Semoga Allah سبحانه وتعالى memudahkan kita mengikuti suri tauladan kita untuk memperbanyak puasa di bulan Sya’ban. Semoga dengan melakukan hal ini kita termasuk orang yang mendapat keutamaan yang disebutkan dalam hadits qudsi berikut.
وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ
“Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku akan memberi petunjuk pada pendengaran yang ia gunakan untuk mendengar, memberi petunjuk pada penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, memberi petunjuk pada tangannya yang ia gunakan untuk memegang, memberi petunjuk pada kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Jika ia memohon sesuatu kepada-Ku, pasti Aku mengabulkannya dan jika ia memohon perlindungan, pasti Aku akan melindunginya.” [HR. Bukhari no. 2506]






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ