Wednesday 30 April 2014

Tidak Bercerai, Sari Yanti Kembali Taat.



Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz. Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. 

Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. 

Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009. 


Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Berkahwin Kerana Kecewa? Faralyna Idris




Gambar bakal suami pelakon Faralyna Idris - Pelakon terkenal yang juga bekas kekasih aktor Hairul Azreen, Faralyna Idris membuat pengumuman bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati pada hujung Disember ini.

Sambil menafikan kekecewaan sebagai punca berkahwin di usia muda iaitu 23 tahun, Faralyna memberitahu keputusannya itu disebabkan beliau tertarik dengan sikap bakal suami yang bertanggungjawab dan sangat memahami.



Untuk makluman, Faralyna Idris dan bakal suami kini sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan mereka pada 31 Mei ini. Den ucapkan tahniah, tidak lama lagi akan bergelar tunangan kepada orang lain. 





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Nasi Lomak Longgok: Makan ke Mantedaghah ni?



Mano nak dapek Nasi Lemak longgok macam ni? nak koba buek kenduri tak kan la macam ni? mantedaghah ko apo ni?. Nampak cam kek hotel tapi den tak tau lak kek mano ni? 

Nampak dio susun cantik amek, capo-capo nak buek kenduri tu buleh la cari orang yang uruskan bondo nih. Den cayo kalo korang buek macam nih meletop kenduri korang tu hiks3, ader berani ka?

Yang mcm ni ado la jumpo
Bilo di tengok lamo-lamo lawak pon ado capo nak makan kalo longgok macam nih, dah di cekur tak lalu den nak makan, laei satu nasi lomak kok di cekur-cekur copek basi ehh bang oiiiii....



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Artis Lelaki Korea Bertubuh Tinggi



Kenapa orang Korea ni terutama lelaki tinggi gila macam galah? Nak koba faktor genetik kalo tengok omak ngan ayah mereka tak la tinggi nau. Jika nak dibandingkan dengan lelaki asia laen seperti tanah tumpahnya darahku ni, nk jumpa lelaki tinggi agak jarang la.

Mungkin faktor makanan mempengaruhi kitaran kadar pertumbuhan seseorang, apo tak ehh tengok makanan orang kita ponuh ngan minyak, kalo nak minyak antara salah satu penyebab bantutnya seseorang itu adolah minyak. Makanan orang korea kebanyakkannya diperap,kukus,grill dan kalo nak guna minyak pon memang sangat sedikit. 

Orang korea suka makan makanan mentah macam orang jepun. Ok kita tinggalkan bab pemakanan kita dulu. Berbalik pada tajuk entry kita, dalam industri hiburan Korea, terdapat ramai penyanyi dan pelakon lelaki memiliki tubuh yang tinggi. Disini den sertakan antara mereka yang memiliki tubuh yang panjang macam galah ye:-


KIM BEOM 180cm


PARK YOO CHUN 180cm


JUNG YONG HWA 180cm


YOO SEUNG HO 182cm


JANG KEUN SUK 182cm


LEE SEUNG GI 182cm


TAEC YEON 184cm


HYUN BIN 184cm


LEE JONG SUK 186cm


LEE MIN HO 187cm


KIM WOO BIN 188cm








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Tuesday 29 April 2014

Foto Intim Hans Isaac dan Fazura Tersebar




Portal rotikaya telah berkongsi sekeping foto Hans Isaac dan Fazura yang kelihatan agak intim di laman fanfage facebook mereka di mana kedua-dua selebriti tersebut mengenakan pakaian hitam.

Ianya telah telah mendapat pelbagai respon daripada para pengguna-pengguna facebook terutamanya peminat-peminat mereka. Ada di antara mereka memberi komen dimana Hans Isaac dan Fazura lebih sepadan jika dibandingkan Hans Isaac dan Neelofa.


Kebanyakkan komen yang diperolehi rata-rata mengatakan rupa Hans Isaac yang matang sesuai di gandingkan dengan Fazura yang tidak boleh disangkal kecantikannya. Apapon den doakan yang terbaek jika ada jodoh mereka berdua ataupun jodoh antara Hans Isaac dan Neelofa.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Gigi Kuning? Jangan Risau ikut Petua ni.

~Assalamualaikum wbt~



Selopeh den baghi tips untuk lelaki kurang hensem boleh baca DISINI, kali ni den nak baghi tips macam mano nak baghi gigi putih yo. Al maklumlah kesihatan gigi kono jago, apo tak ehh nak bercakap dengan oghang kono gigi putih nafas segar x berbau boto tak?

Kok berbau kan sogan kito laei-laei dopan mak mertuo hiks3, bukan kesihatan tubuh badan, muko yo kono jago, gigi pon penting kono jago selalu, kang kok lompong dek kito tak jago. Ni den baghi antara petuo oghang dulu-dulu sobab ehh den ni oghang kampung dan suko dongar oghang tuo-tuo dulu koba.



  • Hancurkan daun lalang lopeh tu gosokkan kek gigi
  • Bakar duo biji pinang tuo hingga menjadi arang, gosokkan pado gigi biar seketika lopeh tu basuh dengan air.
  • Goreng biji asam jawo tanpa minyak. Lopeh tu tumbuk sampai jadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu ye.
  • Kayu arang juga buleh digunakan dengan menumbuk hingga halus lopeh tu gosok pada gigi ye.
  • Gunakan garam halus dan campurkan pada ubat gigi.
  • Sebelum kita gosok gigi, gosokkan dahulu dengan serbuk penaik kumur dan diakhiri dengan mengosok gigi menggunakan ubat gigi. Cara ini amat berkesan untuk menghilangkan bau serta plak-plak degil yo.


Korang boleh pakai salah satu petuo di ateh yang korang suko dan sonang nak buek. InsyaALLAH menjadi, tapi kono ingat jangan lupo gosok gigi yo lopeh buek petuo ni, sobab ianya penting. Pilih ubat gigi yang sesuai dengan korang yo..





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Nuffnang Bank Para Bloggers

~Assalamualaikum wbt~


Hi semua, hari ni den nak kongsikan kek kowang semuo mengenai Nuffnang. Mungkin expert bloggers & Nuffnangers dah tahu bondo ni semuo. Tapi buek oghang macam den ni ha, baru nk berjinak-jinak dalam penulisan blog ni Nuffnang adalah baru bagi den dan den ghaso memang patut den kuarkan entry ini.

Mulo-mulo den join blog den tak tahu apo tu Nuffnang, tapi melalui blogwalking yang den buek, den kumpul maklumat pasal Nuffnang & den pon join. Kacang yo nak join die. Mungkin banyak persoalan korang semuo yang masih baru tentang Nuffnang boto tak?


Persoalan yang sering bermain kek otak den ni “Macam mana nak join Nuffnang ni?,”Kena bayar ke?”,”Kena ada akaun bank ke?”,”Macam mana nak letak iklan Nuffnang dalam Blog?,”Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang?”,”Apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings?”,”Macam mana nak dapatkan Buffered Earnings?”…

Yolah kito ni baru belajar tulis blog, zero pasal Nuffnang, template blog la layout la, semuo kono belaja sendiri. Nasib baek ado blog-blog senior yang expert belajar dhagi dorang yo. Wokeh berbalik pada Nuffnang,Nuffnang adalah Agen Pengiklanan yang meletakkan iklan mereka didalam blog
kita. 

Nuffnang adalah program buat duit yang berkonsepkan Pay Per Click (PPC).
Ia macam program PPC lain jugak la..contohnya macam Google Adsense dan
program PPC yang lain tu. Pengiklan akan  mengiklankan produk-produk 
mereka di blog-blog yang berdaftar dibawah Nuffnang.

Untuk pengetahuan korang yang kurang berpengetahuan macam den nie, Advertiser akan membayar kepada Nuffnang dan Nuffnang pula akan membayar kepada kita. Tapi korang kono pastikan korang kerap kemaskini blog dan cuba untuk tingkatkan traffic blog korang..hihi..tu je!

Okey, sampai sini ajer ye! kalau korang nak tips yang lain silalah bertanya 
kepada Encik Google yang baik hati nie..semua soklan dia boleh
tolong jawabkan. Kalau nak aku yang tulis sampai esok pun belum tentu habis!


Next entry den ajar macam mana nk lotak iklan ni yo. Harap-harap Cik Nuffnang kita baek ati kek den nak bahgi iklan yo hiks3.

Thanks for reading this entry!




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Pelakon Wanita Mabuk Teruk di Sydney



Satu gosip paling juicy diterima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

Apa yang lebih memalukan aksi buruk pelakon wanita berketurunan Melayu itu turut disaksikan oleh Konsulat Malaysia, yang kebetulan berada di dalam restoran tersebut! Haih, apa nak jadi dengan kamu ni? Ingatkan dah insaf selepas kemalangan jalanraya pada tahun lalu akibat pengambilan alkohol berlebihan. Rupa-rupanya masih berperangai lama!


Menurut sumber lagi, pelakon tersebut berada di Sydney lebih kurang 12 hari bersama seorang lagi pelakon wanita iaitu Christina Suzanne dan krew-krew pengambaran sebuah siri drama bukan terbitan Astro. Christina turut dilaporkan bengang dan kecewa dengan perangai rakannya itu yang dianggap tidak profesional. Pengambaran drama tersebut telah pun tamat pada minggu lalu dan mereka kini sudah pulang ke Malaysia.

Kepada pelakon wanita yang dimaksudkan ini, cukup-cukuplah berperangai sedemikian. Bila lagi nak berubah perangai baik dan kembali sopan? Bukan niat kami ingin mengaibkan pelakon wanita ini tetapi kelakuan kurang sopannya ini boleh mencalar nama baik negara kita serta produksi pengambaran yang terlibat! Hmmm.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Selfie & SMS Hingga ke Longkang



Trend Selfie sudah menjadi satu demam buat anak anak muda, kini golongan meningkat usia juga tidak ketinggalan untuk berselfie. Hari ini dengan teknologi yang canggih, manusia tidak kira dimana sahaja untuk menyapa kawan kawan dengan menggunakan telefon bimbit, dan berkongsi gambar terkini mereka dengan kawan kawan di instagram, facebook mahupun twitter. 

Harapan penulis anda jangan jadi seperti gambar dikongsikan ini, disebabkan terlalu kusyuk Longkang adalah tempat terakhir mereka sebelum berselfie ataupun berSMS.



Kok iyo pon nak main fon ingat-ingat lah, den ponw suko gak kek selfie-selfie nih hiks3 tapi xdo la macam ni sangat, ni terlobih nau. Keselamatan diri pon tak jago. 

Nak tergolak den dibuek ehh hahahaha...




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Suami Jadi Mangsa Yoga Fouziah Gous



Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.


Walaupun, Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.

Lagi Afdal buek kek dalam ghumah orang ghamai x nampak.. Den pon nak cari yang laei tinggi dhari den la murah rezeki hiks3.




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Suku di Rembau Asal Siak? W.A.R.I.S Please Buek Lagu Yo.


~Assalamualaikum wbt~




Mungkin ramai yang tidak mengetahui loghat Negeri Sembilan sebenarnya adalah mirip dengan loghat Siak di Sumatera. Orang Rembau pada awalnya ramai berasal dari Siak yang datang ke Rembau pada awal kurun ke 13. Ada suku-suku di Rembau yang sama namanya dengan suku-suku di Siak, seperti suku Tanah Datar.


Itu sebabnya Bahasa Minang tak sama dengan loghat Negeri Sembilan.

Perbilangan adat , “ Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau” bermaksud Yamtuan Besar Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, mendapat perkenan Sultan Johor, ditabalkan di Rembau yang mempunyai pertalian rapat dengan Siak.


Tak cayo? Cubolah buek lawatan ke Siak lopeh ni.

Lopeh ni bulehlah artis W.A.R.I.S buek lagu pasal Ghombau dan Siak. Rupanya kita di Negeri Sembilan ini merupakan Pendatang Asing.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Kurang Hensem? Ni Tips Untuk Anda.


~Assalamualikum wbt~



Ok kali den nak nulis santai-santai ckit hiks3, hari-hari hiburan yo, tertutup minda ehh boto x? Erm kali ni den nak baghi tips. Bukan sonang den nk baghi dan korang nak dapek hiks3.

Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati yo bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya .

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu keturunan.. iya kan??


3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.



4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa


6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)


7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, maknanya pindah ke sana aja hehehehe.

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…




Senyum Selalu
Bilo Dapek Duit Kek Sini



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Monday 28 April 2014

Anzalna Nasir Bergaun Ketat di Pantai




Den memang excited bilo nak koba hal-hal berkaitan Anzalna Nasir sobab ehh memang den minat sangat kek dio ni hiks3. Comel, manis terlebih. Tapi baghi den dio ni agak seksi sedikit.


Baghi den setiap orang punyai citarasa dan keseronokan sendiri untuk melakukan aktiviti santai seperti berjalan-jalan di pusat membeli belah, beriadah di taman-taman menarik, menonton wayang dan sebagainya.


Begitu juga dengan aktres cantik dan jelita, Anzalna Nasir yang tidak ketinggalan untuk bersantai bagi merehatkan fikiran yang kusut dan penat lelah ketika bekerja di set penggambaran. Menariknya, pelakon itu dilihat tetap mengenakan pakaian cantik walaupun sekadar pergi ke pantai.

Korang boleh perhatikan foto penampilan Anzalna yang begitu memukau dan amat memikat hati. Den cayolah, sesiapa pun jejaka yang terserempak dengannya di mana-mana pantai yang beliau lawati pasti akan terpaut hati dan tidak senang duduk.


Tapi den suko laei gambo ehh yang kek bawah ni, manis, cute sumo ado hiks3... Kalo jumpo dio buleh mintak bergambo x hu3..


Banyak gambo Anzalna Nasir ha amik kau...





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wajah Menakutkan Nasha Aziz


~Assalamualaikum wbt~


Ermm mungkin entry kali ini agak keterlaluan hiks3, bukan apa dah itu yang den lihat, yang tu la den bagi tahu.

Wajah terkini Nasha Aziz yang agak menakutkan - Apa dah jadi dengan wajah pelakon jelita, Nasha Aziz? Lain macam je tengok pula. Dia buat pendedahan ke ni atau sekadar make-up je?

Dua keping foto di bawah den amik dari akhbar utusan malaysia menerusi artikel hiburan terbaru mereka berjudul Erti Cinta Nasha. Kalau dulu, kecantikan Nasha nampak natural namun macam dah berubah pula sekarang, pada ketika usianya semakin meningkat.




Den rasa dulu laei ok,ermm x tau apo dh jadi. Nak koba sal dh meningkat umur, Erra Faziza meningkat umur gak tapi den lihat bertambah manis hu3, entah lah Mak Jah oiii..






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Isu Bercium: Fazura Menempelak Wartawan Sinar Harian?



Melalui akaun Twitternya, pelakon cantik manis Fazura, telah  meluahkan ketidak puasan hatinya tentang satu bingkisan akhbar tempatan tentang gossip kononnya dia bercium dengan teman baiknya, Randy Seeidman ,  seorang Deejay dari Los Angeles. Artikel bertajuk Fazura ‘lari‘?



Penulisan wartawan tersebut menggambarkan seolah-olah Fazura cuba mengelak dari berdepan dengan kontroversi tersebut. Wartawan tersebut turut menulis yang Pegawai Perhubungan Awam yang mengendalikan majlis pelancaran wangian produk terbaru Lux di Sunway Resort Hotel & Spa,telah memberi peringatan supaya tidak bertanyakan soalan peribadi dan kontroversi kepada beliau sehingga menampakkan seolah-olah Fazura cuba lari daripada menjawab lagi isu berkenaan.


Macam-macam la yang jadi ha, tapi yang penting Fazura memang lawa hiks3.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ