Sunday 27 April 2014

USM Tidak Selamat Bagi Pelajar?


~Assalamualaikum wbt~


Ermm mungkin di antara korang terkejut dengan tajuk entry kali ni ye. Terutamanya mahasiswa mahasiswi USM. Pertanyaan ini “adakah USM tidak selamat lagi bagi pelajar” bermain di benak fikiran den bilo mendapat tahu hal ini daripada kawan den yang belajar di USM.

Universiti seharusnya menjadi tempat yang selamat bagi pelajar mendalami ilmu..

Hal apakah yang berlaku sehingga entry ini dihasilkan? Untuk pengetahuan korang semua, semalam den dapek berita dimana seorang mahasiswi USM nyaris-nyaris menjadi mangsa culiK dan lebih memeranjatkan ianya berlaku didalam kawasan sekitar USM itu sendiri.

X percaya? Tengok status ini:



Ianya di muatnaik oleh seorang mahasiswi USM yang nyaris-nyaris menjadi mangsa culik dengan menggunakan kereta. Hal ini harus dipandang serius oleh pihak pengurusan universiti kerana ianya melibatkan hal keselamatan pelajar terutama mahasiswi.

Didalam hal ini MPP juga selaku perwakilan bagi pelajar seharusnya memainkan peranan dalam mewakili suara pelajar melaporkan pada pihak universiti bagi memastikan hal tersebut tidak berulang lagi.

Bila terjadinya hal sedemikian, ianya sedikit sebanyak akan mencalarkan imej universiti kerana ianya berlaku di dalam kawasan universiti tersebut. Persoalannya disini, adakah pihak keselamatan universiti tidak menjalankan tugas @ pemeriksaan keselamatan di USM terlalu longgar?


Diharap pihak universiti memandang serius hal ini seterusnya mengambil jalan penyelesaian secepat yang mungkin supaya hal ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan dan membolehkan mahasiswi serta mahasiswa dapat belajar didalam persekitaran yang lebih selamat.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment