Wednesday, 23 April 2014

Sihir & Dadah Untuk Berjaya: Hafiz AF



~Assalamualaikum wbt~


Ha tu la deh, owg-owg kito ni pantang tengok owg nak berjayo ckit, ado yo yang x kono. Dikoba an ni la dikoba an itu la macam-macam. Kesian den tengok an si Hafiz AF ni ha, den ghaso die guno nikmat ciptaan ALLAH  yo, usoho die. Ni x owg koba dio macam-macam. Apo x cayo meh kito baco..

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz Suip telah dikatakan menggunakan ilmu sihir untuk mencipta rekod kegemilangannya sekaligus melipatgandakan lagi pencapaiannya.

Namun begitu, Hafiz Suip menafikan semua dakwaan mengarut itu sambil mengatakan dirinya masih berpegang teguh dengan agama Islam yang dianutinya sejak lahir lagi.



“Saya amalkan ilmu hitam? Itu mengarut! Bagi saya kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya tak jadi penyanyi. Mak ayah saya berpesan, kalau nak sesuatu itu biar atas daya usaha kita sendiri. Apa yang saya kecapi ini atas usaha gigih saya sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Hafiz tidak marah dengan dakwaan tersebut sebaliknya menyifatkan itu semua adalah lumrah dalam perjalanan untuk berjaya.

“Biasalah manusia ni kadang kadang tak boleh tengok orang lain senang. Mulalah timbul buruk sangka dan andaian yang bukan-bukan terhadap kita,” tambahnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Hafiz dituduh pula mengambil dadah.

Menguatkan lagi spekulasi, kerana susuk tubuh pelantun Deritaku Bahagiamu ini dilihat kini semakin susut.

Sekali lagi Hafiz tertawa mendengar tuduhan tersebut & memberitahu dia memang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya disamping kesan daripada letih bekerja. Bahkan Hafiz berani dan bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah.

“Bila orang tengok kita gembira, mula lah mereka tak senang dengan kita. Kenapa saya nak kena ambil dadah kalau ianya akan membunuh karier kita. Impak dan kesan pengambilan dadah tu sangat dasyat. Kenapa saya nak rosakkan diri saya dengan melakukan perkara sebegitu.

“Kalau ada pihak yang mendakwa saya mengambil dadah, saya bersedia untuk membuat ujian urin. Saya berani katakan yang saya bersih,” tegasnya.

Boto la tu Hafiz oii, buek x tau yo beso la mulut owg kok mulut tempayan tu buleh la kito tutup...






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

2 comments:

Arikel Menarik,Unik Dan Sensasi said...

itu la kan..x boleh tengok orang senang,ade jer nak gumpat dan fitnah mcm2..kecian Hafiz Af tu..dia berjaya atas usaha sendiri dan berkat dr Allah SWT..

Saeful Zain said...

@Arikel Menarik,Unik Dan SensasiBiasa la,orang kita ni x blh tgk org lain sng skit, mcm ni la jdinya..

Post a Comment