Saturday 5 April 2014

HiJAu @ BiRU



~Assalamualaikum wbt~





Biru ka Hijau? Erm itu la pertanyaan sesetengah ibu bapa yang agak kuat involve dalam politik ni bila si teruna berhajat untk meminang si dara. 


Kalo yang trlebih extreme disebabkan brbeza fahaman politik, perhubungan ini terpaksa diputuskan. Tapi tidak kesemuanya,contoh yang paling dekat abg n kakak ipar den. 


Wlaupun keluarga kedua belah pihak berbeza fhaman politik, tetapi dalam bab kebahagian anak-anak politik tidak boleh di campurkan. Den tertarik dengan pendekatan ayah mertua abg den “Politik itu pilihan masing-masing,kita ada hak untuk memilih. Kalo itu yang kita rasa betul pilihlah”. 



Walaupun den tahu ayah mertua abg den itu ‘ORANG KUAT PAS’. Pendekatan perilaku n peribadi semacam ini yang menarik minat den sebagai orang muda. Politik pilihan masing-masing, politik itu suci bersih tetapi manusia tu sendiri yang membusukkan & memburukkan. 


Islam tidak menolak politik, kerana politik itu lahir dari islam. Politik tidak dapat & tidak akan terpisah daripada agama.


Dan bagi yang tersangat extreme jaga tingkah laku anda,jangan lah semua benda perilaku, perbuatan, perkataan nak dikaitkan dengan politik udah-udah la tu.



"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)


Buek abg den n akak ipar semoga berkekalan hendaknya.




Wassalam!!











Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment