Monday 14 April 2014

FoOD froM JaVa 5 : SaMbaL GoRenG



~Assalamualaikum wbt~






Ok tuk entry resepi kali ni selopeh den mendiamkan diri beberapa hari den nk baghi resepi Sambal Goreng jawa orang Johor. Bagi den yang sejak kecil sudah biasa disajikan dengan hidangan sambal goreng jawa ni, tentulah den lebih cerewet dan tahu hua3, bukan apo bayak nau sambal goreng la ni dah kono ubah-suai. Bukan x buleh tapi asli ehh dah xdo la kan? Tak boleh nak kata apalah, selera masing-masing.

Satu laei, Sambal goreng bagi masyarakat jawa ni sebenarnya bukanlah dihidangkan ikut suka hati, sambal goreng ini lazimnya ditemui setiap kali masyarakat Jawa mengadakan majlis Yasinan, kenduri tahlil ( dimakan dengan nasi ambeng ), hari raya dan majlis cukur jambul. Boleh dikatakan ia antara hidangan ekslusif dan kita ( orang-orang Jawa ) hanya akan dapat merasa sambal goreng pada waktu-waktu yang dinyatakan.

Sebenarnya boleh je kalau nak masak dalam menu harian, tapi memandangkan sambal goreng ini mengandungi campuran pelbagai bahan, kalau masak sikit pun jadi banyak kan. So, sambal goreng Jawa ni kira paling afdal disediakan time ada keramaian atau kenduri kendara. Jadi, time raya-raya ni waktu paling tepatlah untuk sediakan sambal goreng jawa ni.

Sebelum ni den baghi resepi yang simple n mudah diesediakan. Yang ni kira simple gak tapi bahan-bahan yang digunakan agak banyak maklumlah ekslusif hiks3. Apo laei jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan sambal goreng ni ye..





Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan


  • Bawang merah- 10 biji
  • Bawang Putih- 5 biji
  • Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
  • Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
  • Serai 1/2 inci
  • lengkuas 1/2 inci


Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :


  • Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
  • Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
  • Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
  • Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
  • Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
  • Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
  • Bawang Besar  2 biji ( di hiris )


Bahan-Bahan lain :


  • Kicap lemak manis
  • Santan pekat 1 1/2 cawan
  • Asam jawa 1/4 cawan
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti 
    goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.



Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.

Walaupun bahan agak banyak tapi senang disediakan main campak-campak dh jadi he3, selamat mencuba..



~Wassalam~






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment