Saturday 5 April 2014

FoOD froM JaVa 3 : AyAM mSK kiCAp



~Assalamualaikum wbt, kabare waras?~





Makin lamo makin menjadi pulak den buek entry pasal makanan yo. Bukan apo resepi ni elok di kongsi biar sumo ghaso yo dak hu3. 

Ok untuk kali ni den nk kongsi pasal Ayam Masak Kicap Ala Jawa. Dah tajuk ponw pasal food from java, jadi makanan sume brdasrkan masyrakat jawa la yo.

Ok, ayam masak kicap ni den belajar dari omak den, ingat laei omak den punya moto? RINGKAS ITU PASTI SODAP hik3. 

Ayam masak kicap ni omak den rajin buek tang rayo,cocah ngan ketupek memang x tingga. Bukan x buek lauk laen tapi keluargo den mesti cari lauk ni dulu, laen dari yg laen walaupn bahan ringkas. 

Jiran-jiran kalo bertukar makanan tang rayo mesti cari ayam masak kicap omak den hua3. Den yang nulis skang pon tertolan-tolan air liur hahaha. Ok tanpo buang maso laei meh kito tengok camno nak buek bondo ni yo.





Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 600 gram ayam dipotong kecil.
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Bawang putih 4 biji dan 1 Inci halia (ditumbuk)
  • Sebiji bawang besar dihiris
  • Dua bijik kentang (sebijik potong enam)
  • Lada besar (dipotong tengah)
  • Dua Sudu kecil serbuk lada putih dan Satu sudu kecil serbuk lada hitam.(lagi sedap kalau ditumbuk)
  • Kicap Manis (secukup rasa, kalau suka kuah lebih hitam boleh letak banyak)
  • Garam dan sedikit gula secukup rasa
  • Daun sup dihiris (hiasan)


Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Tumiskan bawang putih dan halia, serbuk lada putih dan hitam.
  • Bila tumisan naik bau, masukkan kicap (kacaukan).
  • Masukkan 6 sudu makan air.
  • Selepas 5 minit, masukkan kentang, lada besar dan ayam (tutup periuk, setiap 10 minit kacau ayam dan cucuk kentang dengan garfu, kalau kentang empuk, bermakna ayam tu dah masak).
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  • Tunggu hingga menggelegak, tutup api dan taburkan daun sup. sedap dimakan dengan nasi panas.

Ermm ringkas, mudah, murah, cepat dan yang penting sodap. Masak cincai orang tuo koba. Cincai-cincai pon sodap x cayo cubo. Kicap pakai kicap manis memang urmm. Kalo nak sodap laei pakai ayam tuo yo, ayam pencen. 





Apo laei SELAMAT MENCUBA!!





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment