Wednesday 23 April 2014

PAS & UMNO Bersatu Inilah Masanya


~Assalamualaikum wbt~



Mungkin entry kali ini mengundang kemarahan @ tidak pueh ati dikalangan penyokong-penyokong di kedua-dua parti. Mano x ehh UMNO & PAS bersatu? macam x iyo-iyo yo kan. Macam mustahil untuk berlaku apo x ehh, PAS ado sejarah tersendiri bilo bergabung dengan UMNO pado maso dahulu. Memang agak susah untuk lombut an ati pemimpin-pemimpin PAS ini. Begitu gak dari pihak UMNO itu sendiri.

Tapi bilo ianya bekaitan isu-isu yang melibatkan perlembagaan @ undang-undang islam, seharusnya kito sebagai makhluk ALLAH yang beragama ISLAM seharusnya bersatu untuk menegakkan undang-undang ini.

Cubo koba kek den ni, takkan lah kito nak nogakkan undang-undang islam ni kito kono koba kek oghang bukan islam dulu, kono dapek PASS daghi dwg baru buleh laksanakan. Capo pemimpin negara nih? Ha yang ni x boto, patut ehh dwg yang ikut kito bukan kito ikut dwg. 

Mmg boto penduduk malaysia berbilang bangso kono ado persefahaman, tanyo pendapat sumo tapi kato putus terserah kek parti-parti politik kek MALAYSIA ni laei-laei ahli politik beragama ISLAM, x kiro la pembangkang mahupun pemerintah, majoriti oghang ISLAM. 

Sebona ehh oghang-oghang bukan islam ni kurang ilmu ehh tontang undang-undang islam, ha itu tugeh kito nyampaikan maklumat. Bilo diteliti masalah sebona nak togakkan undang-undang islam ni berpunco daghi umat islam itu sendiri. Kalo PAS & UMNO xdo gaduh ngado-ngado cam bebudak, hal ni sonang yo nak direalisasikan, apo x ehh campur keduo-duo ni dah dapek suaro majoriti sonang cerito.

Tapi takdo berlaku ponw, kok sokong, ilang rakan politik daghi bangso laen, kok x sokong kito ni ugamo ISLAM berdosa menidakkan undang-undang ciptaan ALLAH. Serba salah dibuek ehh. Ditambah pemimpin yang koreh kepalo, laeii lah x solosai hal ni.

Penyokong pon x payah la taksub bona, gaduh sano gaduh sinun, caci sano caci sinun, lebel sano lebel sinun. Sesama menyokong kan buleh untuk hal-hal sebegini, awk tu mejoriti melayu, dah la melayu ISLAM lak tu, ha kan samo sedara seugama. Cukup-cukup lah ponek dibuek ehh nak bergaduh yo. Kalo x diselesaikan xdo sefahaman, ha macam ni la jadi ehh..


KUALA LUMPUR 21 April - Hasrat kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu terus berdepan kesukaran ekoran tiada konsensus dalam kalangan sekutu pembangkang berhubung isu tersebut.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, isu sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan DAP tidak menyokong pelaksanaannya. "Pendirian pembangkang tidak berubah kerana pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tidak berubah. "Di bawah pembangkang, mesti ada konsensus ketiga-tiga parti dalam hal dasar," katanya dalam kenyataan menerusi laman blog beliau di http://limguaneng.com hari ini.

Beliau menambah, dasar bersama dan manifesto pembangkang tidak memuatkan pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Jelas Guan Eng, ketetapan itu telah dipersetujui oleh kesemua parti pembangkang. Pada 13 April lalu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015. Walau bagaimanapun, DAP yang dilihat sebagai parti dominan dalam pembangkang konsisten dengan pendirian menentang pelaksanaan hudud malah baru-baru ini, seramai 38 Ahli Parlimen dari DAP menyatakan secara terbuka bahawa mereka tidak akan menyokong sebarang usul rang undang-undang persendirian berkenaan.

Mereka juga akan melobi 46 Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional (BN) untuk mencabar serta menolak pelaksanaan hukum tersebut. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berpegang kepada perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan pembangkang pada 2011 yang antara lain menyatakan tidak akan melaksanakan hukum hudud.

Ermm tu entry den, den nulis awal-awal tibo masa ehh bersatu. Den harap keduo-duo pihak dapek bersatu tuk tegakkan undang-undang islam ini. UMNO mahupun Pas janganlah sombong bona fikir hal sendiri yo, ISLAM UMNO mahupun PAS samo yo berdiri teguh dibawah AHLI SUNNAH WAL JAMAAH. Maso kek sekulah xdo diajar istilah ISLAM PAS, ISLAM UMNO ni do, yang ado ISLAM yang satu..

Semoga Undang-Undang Hudud dapat di realisasikan di malaysia selain undang-undang islam yang sedia ada seperti Qisas dan Ta’zir. InsyaALLAH..




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment