Saturday 19 April 2014

Persaingan Tiga Penjuru Presiden FAM


~Assalamualaikum wbt~


Isu ini den ghaso memang menarik perhatian lagi-lagi peminat bola sepak seluruh Malaysia. Jika dilihat keadaan bola sepak Malaysia pada masa sekarang, ianya memerlukan Presiden yang betul-betul boleh membawa semula kepada era  kegemilangan bola sepak Malaysia pada masa lalu.

Dah den agak & jangko, walaupun jawatan ini akan dipertandingkan ianya akan dicabar oleh orang-orang yang setara dengan Presiden yang ada sekarang.

Mungkin Datuk-Datuk yang ado, takut untuk mencabar penyandang presiden yang sekarang. Dari di cabar baek mengikut kato alang-alang dapek anugerah yang lebih tinggi yo x?. Kecuali penyandang melepas jawatan dan ditandingi oleh rakyat jelata. X tau la nk koba apo...


PENYANDANG presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bakal dicabar anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada kongres tahunan ke-50 FAM, 25 Mei ini.
   
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiga calon bakal bersaing untuk mengisi dua slot jawatan Timbalan Presiden iaitu Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Seri Afandi Hamzah yang merupakan penyandang Naib Presiden, selain Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.
   
Katanya lapan calon akan bersaing merebut empat jawatan Naib Presiden iaitu Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Sudarsono Osman, Datuk Rozabil Abdul Rahman, Datuk Astaman Abdul Aziz, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Datuk Rosmadi Ismail, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.
   
"Nama-nama itu merupakan pencalonan yang kita terima (daripada anggota gabungan) sebelum tarikh tutup 23 Mac lepas, namun ada beberapa calon yang menarik diri di saat akhir atas beberapa faktor," kata Hamidin.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ke-11 FAM bagi penggal 2010-2014 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Ia dipengerusikan Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri Tengku Abdullah serta anggota gabungan FAM.
        
Senarai Penuh Calon Pada Kongres Tahunan FAM ke-50:

    
Presiden:
Sultan Ahmad Shah (penyandang)

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (penyandang Timbalan Presiden)

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (Presiden PBNJ)
    
Timbalan Presiden:

Datuk Seri Subahan Kamal (penyandang Naib Presiden)

Datuk Seri Afandi Hamzah (penyandang Naib Presiden)

Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (Timbalan Presiden FAS)
    
Naib Presiden:

Datuk Takiyuddin Hassan (Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia)

Datuk Sudarsono Osman (Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak)

Datuk Rozabil Abdul Rahman (Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis)

Datuk Astaman Abdul Aziz (Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur)

Datuk Rosmadi Ismail (Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan)

Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (Presiden Persatuan Bola Sepak Perak)

Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid (Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu)

Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera)


Bola sepak yang sepatutnya menjadi acara sukan kegemaran rakyat kini bertukar menjadi "Royalty Sport" apabila penerajunya dimonopoli oleh keluarga diraja pulak. Bola sepak memang menjadi tumpuan rakyat. Justru pihak penguruan pasukan sering menjadi perhatan dan kritikan jika pestasi pasukan yang mereka tunjukkan itu menghampakan rakyat. 

Sejak bolak sepak negara dinaik taraf kepada spara-profesional, imbuhan kewangan telah menjadi pendorong utama kepada sukan ini. Tidak seperti di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dulu dimana kecintaan kepada bola sepak itu menjadi pendorong utama untuk mereka menceburi sukan ini. Jadi tidak hairanlah kritikan demi kritikan terus dilontarkan kepada pasukan bolasepak pada hari ini malah ada juga kritikan yang ditujukan kepada peneraju FAM itu sendiri.

Jika peneraju FAM ini terus dikuasai oleh pihak istana, lama kelamaan hormat rakyat terhadap Istana semankin luntur apabila rakyat mula lantang mengkritik mereka dek kerana ketidakpuasan hati rakyat terhadap prestasi pasukan bola sepak negara.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment