Tuesday 29 April 2014

Suku di Rembau Asal Siak? W.A.R.I.S Please Buek Lagu Yo.


~Assalamualaikum wbt~




Mungkin ramai yang tidak mengetahui loghat Negeri Sembilan sebenarnya adalah mirip dengan loghat Siak di Sumatera. Orang Rembau pada awalnya ramai berasal dari Siak yang datang ke Rembau pada awal kurun ke 13. Ada suku-suku di Rembau yang sama namanya dengan suku-suku di Siak, seperti suku Tanah Datar.


Itu sebabnya Bahasa Minang tak sama dengan loghat Negeri Sembilan.

Perbilangan adat , “ Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau” bermaksud Yamtuan Besar Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, mendapat perkenan Sultan Johor, ditabalkan di Rembau yang mempunyai pertalian rapat dengan Siak.


Tak cayo? Cubolah buek lawatan ke Siak lopeh ni.

Lopeh ni bulehlah artis W.A.R.I.S buek lagu pasal Ghombau dan Siak. Rupanya kita di Negeri Sembilan ini merupakan Pendatang Asing.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

3 comments:

Anonymous said...

saya keturunan melayu riau, my dad dari dumai (keturunan siak yemen), my mom dari teluk kuantan, pekan baru. i can say that bahasa my dad lagi dekat dengan loghat negeri sembilan. bahasa belah my mom lagi TERSANGAT pekat. tapi kami bukan kategori minang. i dont know kalau kat negeri sembilan ni mostly came from minang or what. hakikatnya, memang melayu kat malaysia asal dari seberang. tapi taklah bermakna kita ni pendatang. cuma sempadan antarabangsa yang memisahkan kita, :)

Unknown said...

@Anonymous wow interesting,i know that loghat n9 ada prsamaan bahasa org siak lebih2 lg satu daerah di n9 iaitu Rembau.Blh dikatakan masyarakat di Rembau ada hubungkaitnya dengan masyarakat siak i mean pertalian darah. Jika diteliti perbilangan yang berbunyi, Beraja ke Johor, bertali ke Siak dan bertuan ke Minangkabau." bertali ke Siak membawa maksud pertalian darah dengan orang siak. Suku-suku di Rembau juga ada sama namanya dengan suku di siak sperti suku tanah datar n x terkejut bila awk cakap yr dad language more similar with loghat N9. N9 ada sembilan daerah n Rembau salah satu daerah, thats mean 8 daerah lg mostly orang minang, but it's not easy to find pure minang coz dh bercampur-campur. Tapi mengikut sejarah Siak berasal dari minangkabau itu sendiri(betulkan kalau sy salah). Bahasa minang mmg belainan dengan bahasa n9 tp ad persamaan. Bahasa ini telah berubah bila mana orang minang dtg & berkhwin dengan org asli asal N9. tetapi tradisi budaya adat tetap sama dengan org minang n still diamalkan termasuk keluarga sy. Melayu Riau ada hubungkait dengan kerajaan johor pd satu ketika dhulu. For yr information bkn smua melayu kt mlaysia asal dri sberang,ada yg brasal dri indochina trutama di kelantan, terengganu, kedah n perlis.

nizam said...

sebenarnya taklah mirip sangat loghat siak dgn n9 ni .. loghat siak lebih dekat ke dialek johor/kep.riau.. tapi bezanya loghat siak ni guna O dihujung .. tu yg terdengar bunyinya mcm n9 .. loghat siak tak sebut perkataan mcm "buek,lopeh,sogan"etc .. tapi "buat,lepas,segan" (mcm dialek mly yg biasa) .. tapi sy tak penah dgr loghat rembau mcmmana..

Post a Comment