Wednesday 16 April 2014

Ya HaNaNa Ko DisKo?


~Assalamualaikum wbt~ 


Erm agak sensitif tajuk entry kito yo, jangan salah sangko lak yo den bukan nak mengundang kontroversi tapi ini yang berlaku. BUDAYA mengalunkan qasidah ketika ini dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai khususnya melalui penganjuran Malam Selawat Perdana dan Malam Cinta Rasul di negara ini.

Biasanya alunan qasidah ini dipelopori oleh Habib Syech As Seggaf yang berasal Pasar Kliwon di daerah Surakarta di Indonesia.

Penganjuran majis sama turut diadakan di beberapa lokasi lain secara persendirian.

Antara alunan qasidah yang popular ialah Ya Hanana yang bermaksud ‘Betapa Beruntungnya Kami’ yang mana ia dialunkan di majlis-majlis kesyukuran dan juga perkahwinan.

Bagaiamanpun tersebar di laman sosial ialah alunan Ya Hanana dalam gaya yang pelik bercirikan ala-ala disko.

Ia dilihat dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook. Video berkenaan menunjukkan gelagar sekumpulan wanita di dalam satu dewan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.’

Ia dialunkan mereka dalam suasan gelap seperti disko dan turut menghayunkan sejenis alat yang memantulkan cahaya yang biasa digunakan dalam pusat hiburan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.

Sudah pasti jika mengalunkan sesuatu berkenaan Islam tetapi mengikut gaya kehidupan Barat yang menyeleweng, ia pasti melanggar syarat-syarat dalam Islam.

Lebih-lebih lagi apabila ia diadakan dalam suasana gelap dan kelam.

Tidak dapat dipastikan kumpulan apakah yang mengalunkan qasidah berkenaan. Pemerhatian awal penulis ia adalah seperti sebahagian satu program seminar atau kursus yang diadakan dalam sebuah dewan.

Tindakan pihak penganjur memaparkan pula nama kelab malam terkenal di Kuala Lumpur, “Zouq” di atas paparan skrin besar di pentas juga tidak diketahui motifnya, adakah hendak mewujudkan suasana sama dengan Zouq dengan cara sebegitu?

Banyak cara untuk membawa golongan muda dekat dengan Rasulullah atau Islam, kalau dengan menyamakan disko dengan agama den rasa ia agak tidak sesuai. Den pun suko donga tapi yang ni agak polik, ekstrem, nak tergolak pon ado den tgk, apo lak cam tu sekali yo x?







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment