Wednesday 16 April 2014

Wardina Bidas Ceramah Ustz Don?


~Assalamualaikum wbt~



Erm macam-macam jadi sekarang ni kan. Artis kecam ulamak, ulamak kecam ulamak apo laei nk jadi. Jom kito tengok apo lak yang berlaku ni yo. 

Yang kes ni Wardina merangkap pengacara mengecam Ustaz Don Daniyal menggunakan bukti dan rujukan yang tidak sahih didalam beberapa ceramah yang di sampaikn sebelum ini. 

Selain itu, beliau menyeru kepada ulamak, ustaz, mufti supaya menyemak kembali apa yang di perkatakan oleh Ustaz Don Daniyal. Hangat diperkatakn di laman sosial facebook, Wardina Saffiyah memberikan pandangan dan komen kepada penceramah Ustaz Don Daniyal. 

Perkongsian tersebut mengundang reaksi kurang menyenangkan di kalangan pengguna facebook sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga yang menghentam tindakan pengacara itu. Di dalam status facebooknya pengacaratersebut turut berkongsi video Ustaz Don yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun facebook bernama Nur Puteri Dayana. 

Petikan dripada laman sosial FB

Video tersebut bertajuk Kompilasi Hadis Palsu & Penyelewengan Don Daniyal. Video tersebut menjadi viral di laman sosial selepas sejam di muat naik. Den ado la tengok video ceramah Ustaz Don yang dikobakan hadis palsu tuh. Lopeh tu ado gak den tengok video ponuh sal ceramah tu. Baru den dapek tau Ustaz Don caro ehh dia akan bagi penjelasan mengenai sesuatu hadis tuh dlm ceramah penuh. Samo ado ionya palsu ko tak ko, dio akn koba dengan longkap n ponuh. 

Masalah ehh sekarang ni, kito x kan dapek maklumat sepenuh ehh kok kito tengok video ni sekerat-sekerat yang dh dipotong lah sano sini. Bagi pendapek den la Wardina tak seharusnya berkonklusi secara mengojut @ terlalu awal begitu bilo tengok video sekerat-sekerat tu, cubo an tengok video ponuh ha kan dapek input ponuh ehh. 

Apopun ni pendapek den yang kurang ilmu ehh laei, duo-duo den hormat apo yang penting kaji sebelum bertindak yo..


~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment