Sunday 20 April 2014

FoOD froM JaVa 9 : BuBuR Sum Sum


~Assalamualaikum wbt~


Erm bilo dah nulis sal resepi ado yo yang terlinteh kek akal nak nulis sal resepi apo yo dak. Ok kali ni den nak kongsi macam mana nak buek desert orang jawo. Dessert gitu kan hiks3, padahal bubur yo hua3.

Den buek pertama kali mencubo wah macam berada diawang-awangan apo x ehh dengan manisnya lomaknya semua cukup. Laei ponw memang sonang nak masak bondo ni. Ringkeh yo bahan-bahan die. Rugi kalo capo x buek.

Ni buek pertamo kali ni den up entry sal dessert, insyaALLAH kok ado rezeki laei den up laei pasal dessert orang jawo ni yo. Meh kito salin resepi yo..


Bahan-bahan: 

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 liter santan (dari sebiji kelapa)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam bekas.Kacau sekata.
2.Masak dalam periuk/ kuali atas api sederhana .Kacau sentiasa sehingga bancuhan tepung menjadi likat dan meletup-letup supaya tanak.
3.Matikan api.Sudukan bubur sum sum ke  dalam bekas yang sesuai.
4.Hidangkan bersama air gula merah.Sedap di makan ketika sejuk.

Air Gula merah/ Sirap

  • Bahan-bahan:
  • 1 cawan gula merah
  • 2 sudu besar gula
  • 800 ml air
  • 2 helai daun pandan

Cara:
1.Satukan kesemua bahan dalam periuk.Masak hingga mendidih.
2.Tapiskan.


Bubur ni seriously memang sodap bilo kito makan waktu sojuk. Ghoman cam tau fu fah kan padahal x, laei sodap dari tu hiks3.

Kalo x nak dio warna putih kito buleh lotak pewarna hijau kok nak cantik la yo.. Ermm jangan lupo mencubo dessert ni yo...






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment