Wednesday 16 April 2014

BoLa GanGster


~Assalamualaikum wbt~


Apo lak nak jadi kek negaro kito ni,maen bula ponw sampai nk gaduh. Padahal ghobut bola sebijik yo pon. Biaso la adat bersukan ado kalah ado monang, cubo terimo kenyataan macam den terimo kenyataan bula sepak N9 agak merudum sedikit. 

Ni x, abih satu stadium nk diamuk digasak ehh, padahal bangso samo yo negeri yo laen abg oiii. Udah- udah la tu dunio yang di cari bang oiii.. Jom kito tengok apo yang jadi. 

Empat penyokong Perak ditahan polis kerana merusuh dengan membaling batu, suar, mercun dan pelbagai objek ke dalam padang serta penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas menyaksikan pasukan mereka tewas 1-0 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, di sini malam tadi.


 Kekecohan itu turut mengakibatkan jurgambar NSTP Supian Ahmad dan beberapa penyokong JDT turut cedera akibat dibaling objek keras termasuk batu. Situasi semakin tegang menyebabkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengarahkan penyokong JDT masuk dan berkumpul di padang bagi mengelak daripada dibaling dan bertembung dengan penyokong Perak yang semakin tidak terkawal. 


Menjelang tengah malam ini, FRU mula menggunakan gas pemedih mata dan jentera menyembur air ke arah kumpulan penyokong Perak yang enggan bersurai manakala empat penyokong turut ditahan. 

Keadaan mula reda apabila penyokong JDT diiring polis keluar dari stadium hingga menaiki bas mereka sebelum kenderaan polis turut mengiring mereka ke plaza tol Lebuhraya Utara Selatan. 

Aii macam-macam, ghaso ehh bukan kelua malam sorang-sorang x selamat, poei tengok bola pon sekarang ni x selamat. Kok poei tengok tang kito lak monang dengan kito-kito di hamun di bodok ehh. 

Ganeh boto la peminat skang ni,kok iyo pon nak bergusti, bergusti la sorang-sorang jangan nak nyusahkan orang bang oiii...







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment