Monday 21 April 2014

"Adegan Bercumbu" Apa Kata Fazura



~Assalamualaikum wbt~




CERITA gossip ini,  membentangkan cara fikir seorang artis. Mari nilaikan dari sudut Islam 'agama bagi Persekutuan' (Fasal 3) menurut perlembagaan negara.

Masih ingat lagi kontroversi panas yang mendakwa Nur Fazura melakukan aksi tak senonoh bersama seorang lelaki di KLIA bulan lepas? Tak mungkin dah lupa, kan? Menerusi beberapa laman hiburan sebelum ini, Fazura dikatakan bercium dengan seorang jejaka mat salleh dipercayai ‘teman baiknya’ iaitu Randy Seidman hingga ada adegan memasukkan tangan ke dalam baju.

Ketika itu, segala usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Fazura gagal kerana pelakon tersebut berada di luar negara untuk bercuti. 

Ramai sudah tahu akan hubungan mesra pelakon dan model jelita iaitu Fazura yang dikatakan bercinta dengan seorang DJ bernama Randy Seidman. Bagaimanapun, Fazura pernah menegaskan bahawa jejaka itu hanya dianggap sebagai ‘teman baik’ sahaja. Yakni bukan suami-isteri. Namun, kemesraan mereka jelas menunjukkan yang mereka kini sedang bercinta, tetapi dalam maksiat.

Bagaimanapun, semalam (beberapa hari lalu) peluang menemui Fazura di majlis pelancaran wajah baru mStar Online  tidak disia-siakan bagi bertanyakan tentang hal itu. Sebaik sahaja diajukan soalan mengenai kontroversi berkenaan, Fazura dilihat seolah-olah tidak senang dan berkali-kali bertanya kepada wartawan tentang aksi tersebut. 



"Bercium macam mana? Bercumbu macam mana tu? Bercumbu ni ada macam-macam jenis, yang mana satu? Saya tak fahamlah. Saya tak tahu cerita."

Namun sebaik dijelaskan serba sedikit, Fazura serta merta memberitahu baru mendengar mengenai isu panas itu hari ini dan enggan mengulas lanjut. 

"Saya baru dengar hari ni, anda kata saya bercium, saya pun tak tahu bercium macam mana. Saya cuma bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu sahaja. 
"Saya tak ada komen, saya rasa tak ada pun aksi-aksi bercium. Tanya dioranglah, buat apa tanya saya. Tak payah tanya saya. Orang yang keluarkan cerita ni mesti lagi tahu, so tanya mereka je. Semua ni tak ada kaitan dengan saya."

Dalam pada itu, Fazura turut ditanya adakah perkara ini menjejaskan namanya sebagai selebriti, namun pelakon cantik ini tidak menjawab soalan itu sebaliknya menegaskan Tuhan lebih arif tentang perlakuan manusia.

"Terpulanglah kepada orang yang buat cerita tu. Kalau dia rasa cerita tu betul, jadi betullah. Saya rasa Allah S.W.T lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Saya tak nak komen lagi."

 'Kawan biasa' atau kawan rapat. Itu yang disalah ertikan, sehingga tidak kenal halal-haram pergaulan dari sudut agma. Astaghfirullah! Haram tetap harap cik adik manis oiii..





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment