Friday 25 April 2014

Felixia Yeap Minat Ustaz Don: Cute Katanya.


~Assalamualaikum wbt~


Niat baik model manis Felixia Yeap untuk memeluk islam Ramadhan ini sangat menarik perhatian orang islam di Malayasia. Apo x ehh berubah ke arah yang lebih baik,manis bertudung walaupun belum islam.

Tajuk entry kali ini jangan yang ada salah sangka pulak ye, Minat boleh diketegorikan umum disini, dalam hal ini, si cantik manis ni minat dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Don. Yolah macam den minat sangat dengar ceramah Ustaz Kazim. Bukan bondo laen yo..


Cute and kelakar betul Ustaz Don, tulis bekas model majalah Playboy Felixia Yeap di dalam facebooknya.

Beliau menulis demikian merujuk kepada video di Youtube cara membaca surah al-Fatihah yang betul yang ditunjukkan oleh Ustaz Don. 


Tulisnya lagi, especially bila dia sampai part "ihdinas-siraatal mustaqeem"...

Susah juga nak baca bila berpelat macam saya ni...haha. Saya yang dengar cara saya sendiri baca pun rasa nak tergelak...berpusing2 berbelit2 lidah ni jadinya...

Dalam perkembangan yang sama, Felixia sudah ada perancangan membuat bisnes fesyen busana muslimahnya sendiri

Terdahulu, tindakannya memilih memakai pakaian muslimah memandangkan Felixia masih belum memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ada yang menyokong malah ada juga segelintir pihak yang sangsi dengan tindakannya itu




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment