Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

10 Kelebihan Menjadi Lelaki Tidak Hensem



1) Tidak menjadi perhatian ; Bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Ye lah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun, bukannya orang perasan pun..Hahahaha

2) Tidak dikejar ; Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga (terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang.

3) Tidak dianggap gay ; ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri anda akan mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! rasa loya pulak!) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu homoseksual okay?

4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya” ; apabila wajah yang kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau “muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak, kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha

5) Mengahwini wanita yang best ; bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai seseirang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar.

6) Mengahwini wanita yang lawa ;  mengikut pengalaman la.. kalau pergi kenduri-kendara, kita dapat lihat kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa hensem. Tak tahu kenapa, mungkin sebab wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha

7) Boleh berjimat ; kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk. Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak, orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun rumah anak-anak yatim serta tabung surau.

8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah) ; sekarang ratio lelaki dan wanita amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan, yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak, mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm...

9) Terhindar daripada gossip ; bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasaraya bintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha

10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik; jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu, dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat hajat, lagi elok.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 30 April 2014

Artis Lelaki Korea Bertubuh Tinggi



Kenapa orang Korea ni terutama lelaki tinggi gila macam galah? Nak koba faktor genetik kalo tengok omak ngan ayah mereka tak la tinggi nau. Jika nak dibandingkan dengan lelaki asia laen seperti tanah tumpahnya darahku ni, nk jumpa lelaki tinggi agak jarang la.

Mungkin faktor makanan mempengaruhi kitaran kadar pertumbuhan seseorang, apo tak ehh tengok makanan orang kita ponuh ngan minyak, kalo nak minyak antara salah satu penyebab bantutnya seseorang itu adolah minyak. Makanan orang korea kebanyakkannya diperap,kukus,grill dan kalo nak guna minyak pon memang sangat sedikit. 

Orang korea suka makan makanan mentah macam orang jepun. Ok kita tinggalkan bab pemakanan kita dulu. Berbalik pada tajuk entry kita, dalam industri hiburan Korea, terdapat ramai penyanyi dan pelakon lelaki memiliki tubuh yang tinggi. Disini den sertakan antara mereka yang memiliki tubuh yang panjang macam galah ye:-


KIM BEOM 180cm


PARK YOO CHUN 180cm


JUNG YONG HWA 180cm


YOO SEUNG HO 182cm


JANG KEUN SUK 182cm


LEE SEUNG GI 182cm


TAEC YEON 184cm


HYUN BIN 184cm


LEE JONG SUK 186cm


LEE MIN HO 187cm


KIM WOO BIN 188cm








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Tuesday, 29 April 2014

Kurang Hensem? Ni Tips Untuk Anda.


~Assalamualikum wbt~



Ok kali den nak nulis santai-santai ckit hiks3, hari-hari hiburan yo, tertutup minda ehh boto x? Erm kali ni den nak baghi tips. Bukan sonang den nk baghi dan korang nak dapek hiks3.

Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati yo bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya .

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana tak hensem itu keturunan.. iya kan??


3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau berasa sisi luar anda memang hampeh.



4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem anda akan banyak dosa


6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)


7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, maknanya pindah ke sana aja hehehehe.

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…




Senyum Selalu
Bilo Dapek Duit Kek Sini



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ