Friday 11 September 2015

Biasiswa Kerajaan Jepun 2015/2016

Biasiswa Kerajaan Jepun (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) 2016 Young Leader's Program (YPL)





Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini JPA sekali lagi telah menerima tawaran Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2016 Bagi Pengajian Peringkat Sarjana. Sehubungan dengan itu, permohonan program ini dibuka mulai 20 Ogos 2015 sehingga 18 September 2015.


Syarat-syarat Permohonan


Bagi calon BUKAN kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT).
**Bagi calon kakitangan Kerajaan, perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur (Monbukagakusho: MEXT) dan juga memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar yang telah ditetapkan seperti berikut :-
  1. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Oktober 2016 (Lahir selepas 2 Oktober 1976);
  2. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas);
  3. Berkhidmat secara tetap;
  4. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
  5. Mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik;
  6. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh 3 tahun (genap 36 bulan) berturut-turut (2012, 2013 & 2014);
  7. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka pendek/panjang sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 seperti berikut (jika berkenaan):-
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap satu (1) tahun tamat kursus terdahulu ;dan
    • Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam dan di luar Negara mestilah melepasi genap dua (2) tahun tamat kursus jangka panjang terdahulu.
  8. Telah mengisytiharkan harta;
  9. Tidak disenarai hitamkan / tersenarai sebagai peminjam tegar;
  10. Bersih daripada pertuduhan tatatertib; dan
  11. Bebas daripada dakwaan Mahkamah.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment