Saturday 5 July 2014

Anak Linda Rafar Meninggal Dunia



Kuala Lumpur - Anak lelaki penyanyi serta pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Beliau memaklumkan pemergian anaknya melalui laman sosial Instagram miliknya kira-kira jam 6 petang tadi. Linda juga memuat naik gambar anak lelakinya, Rezaimen Keiflin, beserta dengan kapsyen;

“Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Sebelum pemergin anak lelaki beliau, dua hari yang lalu Linda sempat meminta pengikut-pengikut laman sosial miliknya agar mendoakan kesembuhan serta keselamatan anak lelakinya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Al-Fatihah.

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment