Tuesday 15 July 2014

Dimana UAE Ketika Palestin Dibedil



Pasti ada dalam kalangan pembaca tertanya-tanya, apa kaitannya serangan Israel di Palestin dengan rancangan kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mahu membina pusat membeli-belah terbesar di dunia?

Jawapannya mudah sahaja. Bayangkan segala peruntukan yang menelan belanja berbilion dolar untuk membina Dubai Mall Of The World itu disalurkan untuk menampung kos perubatan, pembangunan bumi Palestin atau kelengkapan bagi rakyatnya mempertahankan diri. Sudah tentu Palestin tidak melarat dan dihentam teruk oleh rejim zionis Laknatullah.


Berbalik kepada projek super-mega kerajaan UAE, ia diramal akan dibina di atas tanah berkeluasan sebanyak 8 juta kaki persegi yang akan menyambungkan 100 buah hotel.

Suhunya akan sentiasa nyaman kerana dikawal bagi memenuhi keselesaaan para pelanggan dan peniaga di sepanjang tujuh kilometer kompleks perniagaan itu.


Taman tema terbesar di dunia khas untuk hiburan mereka yang berkeluarga juga turut akan dibina di tempat yang sama.

Di dalam Mall of The World juga akan dibina kawasan menyerupai Oxford Street London untuk membeli belah, kawasan hiburan menyerupai Broadway New York dan kawasan taman santai seperti di Barcelona.

sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment