Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

Kehamilan Almy Nadia Dipertikai



Umum mengetahui, pelakon jelita yang baru melangsungkan perkahwinan pada April lalu, Almy Nadia kini disahkan hamil anak pertama bersama suaminya, Fizz Fairuz. Berita ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat peminat mereka namun sebaliknya pula berlaku.

Ada segelintir peminat tidak percaya dengan tempoh kehamilan Almy kerana dikatakan terlalu cepat sehingga dianggap sebagai bunting pelamin. Benarkah?

Terdahulu, pelakon Diana Danielle juga pernah mengalami situasi sama namun kontroversi itu perlahan-lahan menjadi reda sehinggalah kandungannya dilahirkan pada Jun tahun lalu.

Bagi menjawab tuduhan mereka yang tidak berasas, Almy telah tampil kepada media. Mari baca penjelasan panjang lebar aktres berusia 28 tahun itu di bawah :


sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Pengakuan Mengejut Azwan Ali Terhadap ASTRO



Diva Azwan Ali memang sinonim dengan ayat-ayat mencarut dan bermulut puaka kerana keberanian dan kelantangannya memaki hamun rakan selebriti lain secara terbuka.

Sehingga kini, bilangan artis yang menerima cemuhan pedas dari Azwan Ali tidak terkira dan ramai yang menjadi musuh ketatnya. Meskipun begitu, adik Mohamed Azmin Ali itu tidak memperdulikan kebencian mereka dan terus menjalankan tugasnya dengan begitu sempurna.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal itu tampil membuat pengakuan mengenai tindakannya sering melemparkan tomahan dan cemuhan kepada orang lain terutamanya dalam program MasterChef Selebriti 2 tahun lalu.

Menurut Azwan, beliau sebenarnya dibayar ribuan ringgit oleh pihak ASTRO untuk melakukan tugas mengkritik dan mengulas secara pedas setiap peserta MasterChef Selebriti 2.


sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 29 June 2014

Zizan Umum Undur Dari Melodi



Memang mengejutkan pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara, pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi program Melodi di saluran TV3.

Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu.

Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan.

Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.

Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.

Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini.

Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti…

sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Rania Nama Baru Felixia Yeap

Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap,28 yang bakal mengucap syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam? Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT.

"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya.

sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saturday, 28 June 2014

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan



Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.

Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.

"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam semalam.

‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.

Felixia ketika program malam semalam  turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya. 

"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.

Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya. Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya. 

"Perbezaannya kini, saya tahu Allah berada di sisi dan saya berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎," katanya.

Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah.

"Saya tidak boleh dedahkan tempat itu kerana ia peribadi. Nama Islam saya juga akan umumkan kemudian," katanya.

Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu.

"Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Saya berharap mampu untuk berpuasa penuh," katanya, sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi "saya belajar bagaimana untuk mengatasi hal itu".

"Saya sudah bersedia, cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu saya uruskan kerana saya tinggal seorang," katanya.

Pada acara tersebut, Felixia turut diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.

‎Felixia berkata, beliau mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga.

"Ciri suami saya kini perlulah beriman, yang dapat membimbing sehingga ke syurga, yang sayang saya dan Allah.
"Kerana lepas masuk Islam, saya adalah mualaf, saya perlu bimbingan maka saya perlu teman hidup yang benar kuat dalam membantu saya," katanya.

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 13 June 2014

Gaya Teletubbies Membawa Perubahan Pada Fesyen Rabecca Nur Al-Islam




Pelakon Rabecca Nur Al-Islam merupakan antara selebriti yang telah mengambil keputusan untuk bertudung mengikut jejak langkah beberapa artis terkenal lain seperti Erma Fatima, Siti Nurhaliza dan Diana Amir.

Meskipun begitu Rabecca sebelum ini sering dibayangi dengan cara pemakaiannya yang menjolok mata dan serba ketat sehingga sering mengundang kontroversi berkaitann ketidaksesuaian dengan imej bertudungnya. Ekoran itu, beliau dikecam teruk peminat di laman sosial.

Mungkin kerana terkesan dengan teguran orang ramai melalui pelbagai saluran di media dan laman sosial, kini aktress jelita berusia 28 tahun itu mengubah cara pemakaiannya supaya kelihatan kurang menjolok mata dan penulis pasti akan mengejutkan haters Rabecca sebelum ini.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 6 June 2014

Wajah Isteri Kedua Suami Erma Fatima



Pengarah popular Erma Fatima, Bade Azmi telah berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita pilihan hatinya yang bernama Aida Abdul.

Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma yang kini berada di Sepanyol kerana terikat dengan komitmen kerja.

Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 30 May 2014

FELIXIA YAP KAYA TAYANG RESIT BANK BAKI RM7 JUTA




Selepas bekas model Playboy Felixia Yap memberikan kata-kata pedas kepada beberapa pihak yang cuba mengaibkannya baru-baru ini, kali ini di laman Facebooknya beliau cuba memberi motivasi kepada orang ramai.

Felixia memaparkan gambarnya sedang memegang sekeping resit baki sebuah bank dengan baki akaunnya berjuta-juta.

“Siapalah yang kaya sampai tahap ni?.. Hmm.. tapi tak mengapa kalau akaun bank tak melimpah sebegini.

“Biar kaya iman, kaya budi bahasa, kaya pengetahuan dan kaya pahala.. daripada kaya dalam bank akaun, tapi miskin untuk dunia akhirat,” katanya menyindir pedas.

Resit bank berkenaan tertulis baki sebanyak RM7,000,987.35 yang memang melimpah ruah duitnya.

Dihujung status Facebooknya, rupa-rupanya slip bank berkenaan adalah resit yang direka untuk tujuan penggambaran bagi sebuah drama telemovie hari ini.

Felixia pada satu artikel dilaporkan di Mynewshub hanya menunggu sahaja saat beliau akan memeluk Islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah.

Di laman Facebooknya atas nama Felixia Yap pun sudah berlumba-lumba lelaki yang pelbagai jenis nak berkenalan dan mahu menjadikan Felixia sebagai teman hidup.

Kita berharap Felixia yang cantik jelita ini akan segera memeluk Islam dan boleh menggunakan keayuan dan kebaikannya untuk menarik ramai lagi wanita untuk berhijab dan menjadi Muslimah yang baik.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Berita Gumbira: Mawar Fareeda Mengandung!




Pelakon terkenal, Fizo Omar telah mengemaskini sebuah status menerusi laman Instagram miliknya yang menunjukkan dirinya dan isteri iaitu Mawar Fareeda bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.


Kalau ikut logik akal, memang ramai yang akan berfikiran sebegitu lebih-lebih lagi selepas membaca caption yang ditulis sendiri oleh Fizo Omar.

Dalam masa beberapa saat sahaja, penuh ruangan komen dibanjiri dengan rasa syukur oleh peminat.

Lebih kelakar lagi bila rata-ratanya secara rambang mengatakan badan Mawar kelihatan lebih berisi kerana pembawakan budak.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 29 May 2014

"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." : Abby Abadi




Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .

"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.

"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.

Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 28 May 2014

Abby Dapat SMS Cerai



Kuala Lumpur: Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar.

“Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.

Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu.

Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.

Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu.

Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.

Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Abby Abadi Fail Cerai




Pendakwah dan pelakon, Abby Abadi yang mendirikan bahtera perkahwinan beberapa bulan yang lepas nampaknya bakal roboh apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada esok hari.

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira pukul 9 pagi.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Soo Wincci Akui Cabar Iqram Dinzly Hantar Mesej Berbaur Lucah



PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci berasa bersalah apabila tindakannya mencabar pelakon Iqram Dinzly untuk menghantar mesej berbaur lucah melalui aplikasi Whatsapp kepada seorang kenalan lelaki mereka telah disalah tafsir.

Soo Wincci, 28, berkata, dia melakukan perkara tersebut kerana ingin bergurau memandangkan pelakon lelaki itu seringkali didakwa mengamalkan hubungan sejenis.

"Ini semua salah saya. Perkara ini terjadi disebabkan tindakan saya yang mencabar Iqram supaya bercakap seperti itu dengan seorang lagi kawan kami.

"Saya sengaja minta dia berbuat begitu kerana banyak gosip tentang dia berkaitan hubungan songsang atau 'gay', jadi saya anggap ia sebagai gurauan sahaja dan tidak sangka perkara ini boleh tersebar serta disalah tafsir," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi whatsapp, di sini, Selasa.

Soo Wincci berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambar mesra dan mesej berbaur lucah milik seorang pelakon lelaki yang didakwa Iqram Dinzly didedahkan sebuah laman blog pada Isnin.

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berunsur lucah itu kononnya adalah mesej perbualan antara Iqram dan seorang lelaki.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, lelaki itu juga merupakan salah seorang peminatnya yang kini menetap di London.

"Lelaki tersebut peminat saya dan dia ingin jumpa kami dan bawa jalan-jalan di London memandangkan dia masih lagi belajar di sana.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat pergi kerana sibuk dengan urusan kerja di Taiwan dan minta dia untuk membantu Iqram sepanjang berda di sana," katanya.

Dalam pada itu, Wincci turut berasa terkilan apabila pelakon lelaki tersebut tidak menceritakan perkara sebenar dan melibatkan dirinya dalam menyelesaikan isu tersebut.

Soo Wincci yang mengakui masih berkawan rapat dengan Iqram turut menganggap gurauan berkaitan isu hubungan sejenis merupakan perkara biasa.

"Saya marah apabila dia tidak ceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu libatkan saya. Alasannya tidak mahu menganggu kerja saya di Taiwan.

"Tetapi saya sendiri rasa bersalah dan mahu menceritakan perkara sebenar disebalik salah faham ini, kami anggap isu ini hanya gurauan semata-mata," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Soo Wincci kini menetap di Taiwan bagi menguruskan kerjaya nyanyian dan lakonannya di negara tersebut.








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 22 May 2014

Tindakan Norman Hakim selepas tahu rumah tangga Abby Abadi goyah





PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya iaitu Abby Abadi dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang baru dibina sedang bergolak.

Norman berkata, sebaik sahaja mendapat tahu masalah itu dia segera menghubungi Abby untuk bertanya khabar selain mendoakan agar kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terhadap masalah yang timbul.

"Saya sangat terkejut apabila isteri saya, Memey memberitahu dia terbaca kapsyen foto di Instagram Abby seolah-olah perkahwinan Abby sedang berhadapan dengan masalah.

"Sebagai bekas suami dan ayah kepada anak-anak Abby, sudah pasti saya mengambil berat terhadap masalahnya. Saya terus menghubunginya dan bertanya 'awak ok?'

"Dan Abby pula balas; 'Ok! Saya ada Allah...' Apabila dia hantar mesej seperti itu, saya tidak bertanya banyak perkara kerana menghormati privasinya," kata Norman yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Terdahulu pada Sabtu lalu Abby memuat naik status pada Instagram miliknya seolah-olah rumah tangga dia berhadapan dengan ujian selain memohon peminat mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

Status tersebut membuatkan ramai yang mengandaikan hubungan Abby dan Muhammad Noor Farhan sedang bergolak.

Dalam pada itu, tambah Norman, dia juga meminta orang ramai untuk berdoa agar pasangan berkenaan dapat menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin.

"Diharap kita semua berdoa sahaja untuk kebahagiaan Abby dan Farhan. Saya pun tidak mahu masuk campur urusannya. Moga masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," ujarnya.

Abby atau nama sebenarnya  Arbaiyah Abdul Manan, 37, bernikah dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pemuda yang 12 tahun lebih muda daripadanya pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Sebelum itu Abby pernah berkahwin dengan  Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kini suami kepada pelakon Memey Suhaiza.









Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Suami Izreen Azminda nafi ceraikan isteri di lokasi penggambaran




Suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda, Muhamad Riza Baharuddin menafikan telah melafazkan talak terhadap isteri di lokasi penggambaran pada 16 Mei lalu seperti didakwa sebuah akhbar tempatan.

Beliau yang dihubungi wartawan mstar memberitahu, tujuannya datang ke set penggambaran di Pulau Pinang ialah untuk menemukan anak mereka, Muhammad Adrian Umar, 11 bulan, kepada Izreen bagi melepaskan rindu selepas pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.














Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Doktor Nasihat Fizo & Mawar Tidak Hidup Tertekan Jika Mahu Anak




KUALA LUMPUR: Doktor menasihati pelakon Fizo Omar dan isterinya iaitu Mawar Abdul Karim, 25,  agar tidak berada dalam keadaan tertekan sekiranya mereka berhasrat untuk mendapat anak selepas enam bulan berkahwin.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, mereka juga tidak dibenarkan untuk kuat bekejra kerana perkara ternsuet anatra penyumbang sukarnya seseorang isteri itu hamil.

"Saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan minta nasihat doktor bagaimana isteri saya boleh mempercepatkan kehamilan. Seperti tempoh perkahwinan kami yang baru enam bulan ini doktor  menasihatkan beberapa perkara terutama posisi ketika bersama perlu betul.

"Jika gagal juga barulah dia akan panggil kami berdua untuk langkah seterusnya. Insya-Allah bulan depan kalau tiada apa-apa lagi (hamil) kami akan ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut," katanya.

Fizo ditemui pada majlis pelancaran tajaan barangan kemas Reflesia dan promosi penerbangan Airfrance bersama selebriti ke Barcelona, Perancis, di Hotel Parkroyal, di sini pada Rabu.

Antara artis yang turut terlibat ialah Kamal Adli, Miera Liyana, Tasha Shilla dan Hairul Azreen.

Dalam pada itu, Fizo berkata, dia memang sudah bersedia dan berharap agar dikurniakan cahaya mata dalam tempoh terdekat ini.

Dia juga sudah berjaya meyakinkan isterinya untuk bersedia mempunyai cahaya mata biarpun pada awalnya Mawar merancang untuk fokus kepada perniagaan tudung Fareeda terlebih dahulu.

"Saya memang mahu anak. Kalau boleh kembar kerana saya ni sangat suka budak kecil. Saya sudah berjaya yakinkan Mawar untuk bersedia juga walaupun pada awalnya dia tidak mahu.

"Dia mungkin kurang suka budak kecil, namun melihat keinginan saya dia pun setuju untuk ada anak tetapi belum lagi rezeki kami," katanya.

Tambah Fizo, kesihatan dan kesibukan isterinya menjadi faktor penyumbang untuk sukar mengandung.

"Mawar ada masalah kesihatan apabila kitaran haid dia tidak teratur yang mungkin disebabkan terlalu sibuk selain mengalami tekanan kerja.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 November 2013.










Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Tuesday, 13 May 2014

Kepelikkan Pada Hidung Nasha Aziz




Apa dah jadi dengan hidung mancung Nasha Aziz yang dulunya cantik dan menawan? Walaupun mewarisi hidung mancung dari ayahnya, namun daripada sekeping terkini gambar wajah Nasha yang diambil dari forum.cari.com.my, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena.

Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, den kurang pasti kesahihan dakwaan mereka ini.


sumber






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Adam Tun Tuah, Kekasih Baru Shilla Amzah?



Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki secara terbuka selain Nazim Othman.

Bagaimanapun, ramai mengetahui penyanyi berusia 23 tahun itu pernah memberikan beberapa klu di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum.cari.com.my menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Menariknya, kesemua gambar itu dimuatnaik oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption-caption yang agak romantis dan berbaur pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?












Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Jue Aziz Sudah Berkahwin Dengan Gitaris Indonesia



Pelakon terkenal tanah air, Jue Aziz telah dikatakan sudah bernikah secara senyap di Indonesia dengan seorang gitaris kumpulan DV8 iaitu Bayu Daniels.

Yang terkini, inai di jari Jue yang dilihat ketika Bayu mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur telah menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka baru bernikah beberapa bulan yang lalu.

Bukti Jue Aziz Sudah Berkahwin Dengan Gitaris Indonesia

Apa yang lebih menarik, Bayu Daniels telah memuatnaik sekeping gambar dirinya bersama Jue Aziz bersempena dengan sambutan hari ibu semalam.

“Happy mothers day cinta @jueaziz_22 .

.wish u always be a good mother for our kids :* God bless u always…Amin,” dipetik dari Instagram milik Bayu.








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saturday, 10 May 2014

"Mak Semakin Angau, Gigih Kuruskan Badan" - Adlin Aman Ramlie



Lebih kurang seminggu saja lagi pelakon veteran kesayangan ramai, seniwati Ruminah Sidek atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan seorang peneroka felda, Al-Fatah Rahim Ismail, 70. Dan kalau Mak Mah yang kami dapat rasakan kini sedang berdebar-debar menanti hari bahagiannya tu, bagi anak-anaknya pula, tentunya gembira kerana bakal mendapat ayah baru.

Barangkali jodoh Mak Mah kali ini boleh dikatakan sebagai antara hadiah sempena Hari Ibu paling bermakna dalam hidup wanita berusia 68 tahun itu.

Bagaimanapun menurut salah seorang anak Mak Mah iaitu pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramlie, beliau tidak menganggap lelaki yang bakal mengahwini ibunya pada 17 Mei ini sebagai kurniaan 'bapa baru".

"Bagi saya, sebagai seorang anak tiada konsep “ayah baru”. Sebaliknya ini merupakan kehidupan mak bersama suami baru. Jadi kami sebagai anak tidak meletakkan apa-apa syarat, yang penting selepas ini beliau bahagia bersama suami baharu dan semoga ini merupakan perkahwina terakhirnya", katanya ketika dihubungi Malaysia Digest.com

Menyifatkan ibunya sebagai seorang yang cukup berahsia, Adlin berkata, sebelum ini ibunya sekadar ada bercerita yang dia mengenali seorang lelaki dan berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Kemudian ketika kali kedua bercerita kepada Adlin dan adik beradik lain, barulah Mak Mah terus menyatakan hasrat yang dia dan bakal suaminya sudah sepakat mahu berkahwin.

Sebagai anak-anak Adlin berkata, semestinya mereka adik-beradik sangat berbahagia melihat ibu mereka yang sekian lama bergelar ibu tunggal kini akan kembali bergelar isteri.

"Alhamdullilah, kami anak-anak tumpang gembira apabila melihat mak bahagia. Kami gembira dengan keputusan mak. Mak sekarang nampak lebih angau daripada orang muda yang nak naik pelamin. Mula-mula mak kata nak edar 300 kad jemputan sahaja. Tapi sekarang sudah 3000 kad jemputan telah disediakan olehnya.

"Mak juga sekarang tengah berusaha menguruskan badan agar dapat memakai kebaya. Sampai pitam-pitam mak berusaha pakai kebaya,” dedahnya sambil tergelak kecil.

Mak Mah mula berkenalan dengan Al-Fatah Rahim Ismail ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu. Mereka kemudiannya telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang.

Sementara itu dari segi persiapan pula, kata suami kepada pelakon Emelda Rosmila ini, dia dan adik beradik tidak terlalu mencampuri urusan persiapan majlis bersejarah ibunya itu kerana semua persiapan dilakukan oleh adik beradik di sebelah ibunya.

"Mak Mah ialah anak kedua daripada 13 adik beradik. Selama ini mak yang berusaha mencari rezeki untuk adik beradiknya. Jadi sekarang ini, giliran adik beradik mak pula membantu membuat persiapan kahwinnya", tutur Adlin yang sekarang sibuk dengan program 'Bintang Mencari Bintang' musim kedua.

Ditanya sekiranya ada mana-ama penerbit atau pengarah mahu memfilemkan kish ibunya, Adlin berkata,

"Saya tidak menghalang sekiranya ada mana-mana pihak ingin menerbitkan filem mengenai kisah mak. Namun, pembikinan filem tersebut akan dipantau oleh saya meliputi tujuan utama filem itu ingin diterbitkan. Jika ianya hanyalah gimik semata-mata, jadi tidak perlulah.

"Tetapi, jika ia melibatkan kisah mak sebagai anak seni dan ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak serta memberi impak yang positif kepada semua pihak, kami akan menyokong", ujarnya yang juga kini rancak menjalankan perniagaan pemasaran networking.

Sebelum mengakhiri perbualan, Adlin sempat menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu. Mengambarkan Mak Mah sebagai seorang yang cukup rapat dan mesra dengan anak-anak, ujar Adlin, maknya cukup memahami sifat anak-anak. Mak tidak suka meminta-meminta dengan orang lain namun, apa yang diinginkan, beliau akan meminta kepada Allah S.W.T.

"Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada mak semoga sihat dan berbahagia sehingga ke akhir hayatnya", katanya.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ