Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, 10 June 2014

Tak dapat Mercedes Kompresor, Kompresor Angin Pun Jadilah



PETALING JAYA: Lupakan soal kek dan sirih junjung, seorang pengantin perempuan memberikan bakal suaminya hadiah perkahwinan paling bermakna iaitu sebuah kompresor angin.

Gambar hadiah hantaran unik itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Beberapa perkakasan pertukangan yang dihias cantik di atas dulang turut menjadi sebahagian daripada hadiah hantaran pasangan itu.

Bagaimanapun memandangkan kompresor angin itu terlalu besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran, ia hanya diikat dengan reben merah beserta bunga.

Hasil pemeriksaan, gambar berkenaan bukanlah baharu kerana ia turut tersebar dan menjadi perbualan ramai sejak 2013.

Namun ia dikongsi semula pada Isnin dan kembali menjadi viral apabila lebih ramai pengunjung laman sosial menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan gurauan.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 6 June 2014

Wajah Isteri Kedua Suami Erma Fatima



Pengarah popular Erma Fatima, Bade Azmi telah berkahwin sekali lagi dengan seorang wanita pilihan hatinya yang bernama Aida Abdul.

Malah perkahwinan tersebut juga dilaporkan telah mendapat restu dan keizinan daripada Erma yang kini berada di Sepanyol kerana terikat dengan komitmen kerja.

Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Pelik!! Takut Dimakan Harimau Kena Kahwin Dengan Anjing!



Kisah kali ini memang pelik dan giler kentang! Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.

HANDSA berkahwin dengan anjing kerana takut dimakan harimau.

Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.

Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.

Apabila upacara pernikahan ‘mengusir syaitan’ selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.

“Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti,” kata bapanya.

Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 5 June 2014

JAIS Serbu Perkahwinan Hindu Libatkan Pengantin Islam




Majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu terpaksa dibatalkan selepas diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam di Petaling Jaya pagi tadi.

Majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi tadi mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba bagi melakukan siasatan.



Keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yang hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS dengan kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.


Perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yang dikatakan menganut agama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan tergendala selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan berkenaan melanggar undang-undang.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 2 May 2014

Gambar Eksklusif Ulangtahun Perkahwinan Fasha&Jejai




Nampak berseri-seri sungguh wajah Fasha Sandha dan Jejai ketika meraihkan ulangtahun perkahwinan mereka pada 27 April lalu. Meskipun, Fasha kini sedang hamil anak kedua namun mereka berdua dilihat seperti pasangan yang baru berkahwin.

Jejai mengenakan kot hitam dipadankan dengan seluar slack dan topi berwarna hitam, manakala Fasha pula mengenakan gaun pengantin berwarna putih yang agak ketat serta headpiece putih di kepala.

Foto yang dikongsikan Fasha di laman Instagram turut disertakan dengan caption berbunyi berikut :-

"It's our 2nd year wedding anniversary and now pregnant with baby number two. Syukur Alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkanNya.

To my husband @rizalashramrnt, thank you for the early morning kisses. Thank you for holding my hand through this life. Thank you for your love and friendship.You know and i know that i'm not perfect, hmmm ya sometimes i wonder how you put up with me. Then i remember, i put up with you, so we're even 

Happy 2nd year wedding anniversary Sayang,my love,my bestfriend
27th April 2014"






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Misha Omar Sah Bergelar Isteri



Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Firos Ezzwan di Hotel Renaissanse Kota Bharu sebentar tadi.

Tahniah !! Meskipun hubungan mereka sebelum ini beberapa kali dilanda kontroversi sehingga tertangguh namun oleh sebab jodoh mereka kuat, maka hubungan itu tetap berakhir ke jinjang perkahwinan. Misha Omar dilihat begitu teruja dan gembira sepanjang acara akad nikah berlangsung.





sumber







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ