Showing posts with label Ceramah. Show all posts
Showing posts with label Ceramah. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Ceramah Ust Azhar Idrus di Litar Lumba N.Sembilan




Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang pada awalnya dirancang diadakan di Surau Taman Pinggiran Senawang pada Isnin 26 Mei 2014 akan tetap diadakan di Taman Pinggiran Senawang pada hari dan waktu yang sama iaitu 7.30 malam Isnin 26 Mei 2014, cuma lokasinya di tempat yang lebih lapang dan selesa iaitu di Tapak Litar Lumba Taman Pinggiran Senawang.

Tapak Litar Lumba ini milik seorang taukeh Cina. Tempat ini dahulunya tempat meletak kontena-kontena.
Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada taukeh Cina tersebut.

Kepada mereka yang ingin ke Taman Pinggiran Senawang sila ambil Jalan Seremban-Tampin. Jika keluar ikut Tol Senawang, pada simpang lampu isyarat yang kedua, ambil kanan menuju ke Tampin. Lebih kurang 2 ke 3 kilometer pada lampu isyarat kedua ambil simpang kanan ke Rantau/Sg Gadut/SDAR sebelum stesen komuter Sg Gadut.

Dari simpang ini sekitar 1 – 2 kilometer ada simpang masuk kiri ke Taman Pinggiran Senawang.

JOM PAKAT DATANG RAMAI-RAMAI







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Tuesday, 6 May 2014

U.Kazim Elias Diundang Berceramah Di Majlis Kahwin Orang Cina



Ustaz Kazim Elias antara figura yang terkenal di dalam dunia dakwah. Dengan cara dakwah nya tersendiri telah menarik banyak orang tidak kira lapisan umur, agama mahupun bangsa terus mengikuti dakwah atau ceramah yang telah dibawa oleh beliau sendiri.

Menyanyikan lagu, memasukkan serta menghubung-kaitkan lagu dan lawak di dalam setiap ceramah beliau membuatkan beliau agak popular sehingga pihak stesen radio mahupun Astro mengmbil beliau bagi mengendalikan slot ceramah di media masing-masing. Cara yang dibawakan U.K.E  ini telah berjaya menarik minat seluruh masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja yang beragama islam tetapi yang bukan islam juga tertarik akan ceramah yang dibawa oleh U.K.E ini.

Ini terbukti bila seorang peminat beliau dikalangan masyarakat berbangsa cina beragama bukan islam telah menjemput beliau datang ke majlis perkahwinan anak beliau. Di kenali dengan nama  Mr. Lim, beliau telah menjemput U.K.E untuk datang ke majlis perkahwinan anak beliau dan beliau amat berharap agar ustaz dapat datang untuk menjelaskan tentang islam pada tetamunya.


Subhanallah...Alhamdulillah..
Laailaahaillallah... Allahu Akbar...
Semarakkan Ilmu sebarkan Islam Ustaz....sebarkan pahala juga Ustaz...bior le apa orang nak kate...yg penting niat yg baik kerana Allah...Katakan sahaja kat sume orang ....yang Islam itu Indah....yg kurang indahnya ialah orang yg mengaku Islam yg sering tersasar dari landasan Islam.... Ikuti ajaran Islam....baru betul2 Islam....
Ustaz Kazim memang boleh...
Dengan izin Allah....
Aamiin...


Dari peminat no 1 Ustaz Kazim Elias: Den la tu hiks3..








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ