Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

Ibu Bengang 5 Jam Tunggu Untuk Dapat Foto Bayi



Byk gambar Lucas yg diambil tetapi tidak dterima
SEORANG ibu telah mengkritik Pejabat Pasport dan peraturan foto yang ditetapkannya selepas masa selama lima jam diambil untuk mendapatkan sekeping gambar pasport bagi bayinya yang baru lahir.

Lucas Thursby, yang berusia enam minggu akan terbang dengan ibu bapanya, Emma Mitchell dan Graeme Thursby ke Costa Del Sol, Sepanyol, pada bulan Ogos.

Peraturan yang ketat pada gambar pasport dengan tegas menetapkan subjek perlu melihat tepat kepada kamera dengan muka yang lurus, kedua-dua telinga boleh dilihat dan tidak ada orang lain di dalam bingkai foto.

Mitchell berkata: "Tangan saya langsung tidak boleh berada dalam gambar. Saya memegangnya di pinggang dan saya takut lehernya akan sakit.

"Saya fikir peraturan ini adalah tidak masuk akal. Ia peraturan yang terlalu mengekang."
Akhirnya berjaya
Keluarga itu yang pada mulanya berharap sesi fotografi hanya akan berjalan selama 15 minit akhirnya bertukar menjadi sesi ujian ketahanan bermula tengah hari hingga 5 petang sebelum mereka akhirnya berjaya mendapat imej yang sesuai.

Mitchell, seorang pentadbir syarikat, berkata Lucas tetap tenang, tetapi mengaku dirinya tertekan dan kecewa.

Dia menambah: "Pasport ini bertahan selama lima tahun. Bagaimana anda mengharapkan seseorang itu dapat mengenal pasti bayi hanya dari sekeping gambar yang mana dalam beberapa tahun, wajah mereka tidak aakan kelihatan sama?

"Saya cuba untuk merancang sesuatu yang menarik dan menyeronokkan, tetapi ini telah meletakkan sedikit tekanan."

Keluarganya terpaksa membayar sebanyak £90 untuk pasport Lucas 'tetapi jurugambar yang merupakan kenalan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran.

Menambahkan tekanan dan rasa sakit hatinya apabila borang permohonan dan foto 'berharga' itu telah menyertai senarai kira-kira hampir 500,000 permohonan lain.

"Ia begitu sukar," kata Mitchell.

"Tetapi saya yakin ia bukan pertama kali dan saya pasti saya bukan ibu bapa yang terakhir yang perlu berdepan masalah ini.

"Saya hanya berharap pasportnya dapat diberikan pada masanya."


sumber:aans



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 15 June 2014

Kereta Keluaran Terbaru Tanpa Stereng




Google akan mengeluarkan kereta tanpa stereng.Kereta unik itu tidak memerlukan stereng kerana ia boleh memandu dengan sendiri.

Dalam kenyataannya semalam, syarikat itu berkata, kereta yang mempunyai dua tempat duduk itu tidak akan dijual kepada orang awam. 

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun, ia berharap 100 prototaip kereta itu akan berada di jalan raya pertengahan tahun depan.
Ia adalah lanjutan kepada langkah Google yang sebelum ini memandu ribuan kilometer di California menggunakan kereta SUV Lexus dan Toyota Prius yang dilengkapi gabungan penderia serta komputer.

Bagaimanapun, kereta itu mempunyai pemandu sekiranya berlaku kecemasan sedangkan kereta baru yang bakal dikeluarkan tidak langsung memerlukan pemandu untuk mengendalikannya.

Selain itu, ia tidak akan mempunyai pedal brek dan minyak, sebaliknya butang untuk ‘bergerak’ dan ‘berhenti.’ - Agensi








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 13 June 2014

Gambar Pokok Kurma Berbuah Lebat Di Kota Bharu Kelantan



Gambar pokok kurma berbuah lebat di Kota Bharu Kelantan. Pokok kurma kebiasaannya jarang ditanam di Malaysia kerana keadaan iklim atau cuaca yang tidak mengizinkan di negara kita. Umum ketahui bahawa pokok kurma hanya terdapat di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsinya ialah pokok itu pasti tidak akan berbuah. 

Namun, berbeza di negeri Kelantan apabila pohon kurma dilihat tumbuh mekar di sekitar bandaraya Kota Bharu. Pada awalnya, pohon kurma ditanam oleh Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak 7 tahun lalu hanya sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan bandar KB sejajar gelaran Bandaraya Islam. Namun kini, ianya menjadi tumpuan orang ramai apabila beberapa pohon kurma dilihat berbuah dengan begitu lebat.











Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 6 June 2014

Pelik!! Takut Dimakan Harimau Kena Kahwin Dengan Anjing!



Kisah kali ini memang pelik dan giler kentang! Di Khanyan, sebuah daerah yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Calcutta, India pula suku kaum Santhal percaya jika seorang bayi perempuan tumbuh gigi di gusi atas ia petanda bakal dimakan harimau.

HANDSA berkahwin dengan anjing kerana takut dimakan harimau.

Justeru, apabila dewasa kelak, perempuan itu harus berkahwin dengan seekor anjing bagi memastikan tragedi itu tidak berlaku.

Kisah ini dialami seorang budak perempuan berusia sembilan tahun, Karnamoni Handsa yang menikahi seekor anjing tahun lalu.

Apabila upacara pernikahan ‘mengusir syaitan’ selesai, Handsa boleh berkahwin dengan lelaki idamannya dengan syarat dia tidak menceraikan anjing itu.

“Penduduk kampung menyuruh dia berkahwin dengan anjing atau menghadapi kehidupan yang sukar apabila besar nanti,” kata bapanya.

Tutur Handsa, dia tidak pernah menyesal berkahwin dengan anjing jantan bernama Bacchan itu.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ