Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Thursday, 10 July 2014

Kehamilan Almy Nadia Dipertikai



Umum mengetahui, pelakon jelita yang baru melangsungkan perkahwinan pada April lalu, Almy Nadia kini disahkan hamil anak pertama bersama suaminya, Fizz Fairuz. Berita ini sepatutnya menjadi khabar gembira buat peminat mereka namun sebaliknya pula berlaku.

Ada segelintir peminat tidak percaya dengan tempoh kehamilan Almy kerana dikatakan terlalu cepat sehingga dianggap sebagai bunting pelamin. Benarkah?

Terdahulu, pelakon Diana Danielle juga pernah mengalami situasi sama namun kontroversi itu perlahan-lahan menjadi reda sehinggalah kandungannya dilahirkan pada Jun tahun lalu.

Bagi menjawab tuduhan mereka yang tidak berasas, Almy telah tampil kepada media. Mari baca penjelasan panjang lebar aktres berusia 28 tahun itu di bawah :


sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Pengakuan Mengejut Azwan Ali Terhadap ASTRO



Diva Azwan Ali memang sinonim dengan ayat-ayat mencarut dan bermulut puaka kerana keberanian dan kelantangannya memaki hamun rakan selebriti lain secara terbuka.

Sehingga kini, bilangan artis yang menerima cemuhan pedas dari Azwan Ali tidak terkira dan ramai yang menjadi musuh ketatnya. Meskipun begitu, adik Mohamed Azmin Ali itu tidak memperdulikan kebencian mereka dan terus menjalankan tugasnya dengan begitu sempurna.

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara terkenal itu tampil membuat pengakuan mengenai tindakannya sering melemparkan tomahan dan cemuhan kepada orang lain terutamanya dalam program MasterChef Selebriti 2 tahun lalu.

Menurut Azwan, beliau sebenarnya dibayar ribuan ringgit oleh pihak ASTRO untuk melakukan tugas mengkritik dan mengulas secara pedas setiap peserta MasterChef Selebriti 2.


sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Monday, 7 July 2014

Peringatan Keras PEKIDA Kepada Azwan Ali



Pengacara yang sering kali mencetuskan kontroversi, Azwan Ali dinasihatkan supaya tidak lagi membuat kenyataan berbaur penghinaan terhadap bangsa Melayu terutamanya membabitkan peniaga-peniaga kecil apatah lagi di bulan Ramadhan.

Ketua Penerangan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (PEKIDA) Shahril Abdul Aziz menyatakan kenyataan celupar sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Azwan.

“Jangan mahu menghina bangsa Melayu. Kalau tak sedap, jangan beli.

Kalau rasa tawar sekalipun ia akan menjadi nikmat dan itulah kelebihan orang yang berpuasa. Jangan ingat dengan glamor, jalankan ibadah umrah banyak kali pun tak guna kalau mulut busuk,” katanya.


sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Pendedahan Mengejut Almy Nadia



Pelakon terkenal Almy Nadia tampil membuat pendedahan mengejut ketika dihubungi media berhubung dakwaan Aida Gadis Melayu sebelum ini yang dirinya sudah mengandung.

Isteri Fizz Fairuz itu seterusnya mengesahkan beliau sudah hamil empat minggu meskipun baru bernikah pada 26 April lalu.

Pastinya satu berita gembira buat pasangan ini yang pernah menyulam cinta selama 10 tahun dan berhadapan dengan beberapa siri kontroversi.




sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saya Ada Bukti Kecurangan Sham Kamikaze : Farazila



Sham sebelum ini menafikan yang dirinya sudah berkahwin lain sedangkan pada ketika itu memang benar-benar dia sudah berkahwin. Adakah apabila penafian sebegitu dilakukan, talak boleh terjatuh? Rasanya perlu ada alim ulama yang tampil untuk menjelaskan perkara ini untuk mengelakkan selebriti-selebriti membuat penafian perkahwinan mereka.

Apa yang lebih menarik mengenai pengakuan bekas isteri Sham Kamikaze, Farazila semalam ialah kewujudan cakera keras (CD) yang mengandungi bukti kecurangan bekas suaminya itu. Bukan satu bukan dua, tetapi 5 cakera keras. Kesemuanya itu kini dalam simpanan polis. Kata Farazila:-

Sham melafazkan talak kepada saya pada jam 7 malam, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal. Puncanya berkaitan dengan sikap mata kerajangnya. Bukan saja dikaitkan dengan Nurul Halimin, tetapi dia juga bersama wanita lain yang berhijrah ketika itu.

Bagaimanapun Sham datang merujuk secara perbuatan di rumah keluarga saya di Batu Pahat, Johor selepas 15 hari melafazkan cerai. Saya terpaksa akur dan duduk kembali bersamanya di kediaman di USJ, Subang, sehinggalah saya ingin memfailkan penceraian pada Ogos 2012 apabila menjumpai bukti cakera keras yang merakamkan kecurangan bekas suami itu. Lima cakera keras itu kini berada di simpanan pihak polis.

Maknanya saya masih isterinya ketika dia berkahwin secara senyap-senyap dengan Nurul Halimin. Saya dan Sham bercerai kerana saya tahu kecurangannya. Saya tahu apa yang saya katakan ini akan menjadi bahan kritikan penyokong Sham. Saya tidak peduli kerana saya tahu penyokongnya masih buta hati.

Saya sudah beri amaran, jangan kaitkan nama saya lagi. Selama ini sudah lama saya berdiam dan sabar apabila kenyataan saya dianggap fitnah dan tuduhan liar, sedangkan Sham tahu apa yang dilakukan.

Farazila tampil memberikan kenyataan sebegini untuk memberitahu orang ramai sikap sebenar Sham Kamikaze yang berselindung di sebalik imej alimnya. Agak menarik juga sebenarnya kerana penipuan yang dilakukan oleh Sham bagi Farazila tidak melayakkan dirinya diangkat sebagai pendakwah.

Apakah hukumnya apabila seorang suami menafikan perkahwinannya? Bukankah sudah jatuh talak apabila menafikan perkahwinan secara terang-terangan? Adakah dengan kenyataan ini orang di luar masih mengatakan saya membuat tohmahan dan dakwaan liar. Kenapa sekarang Sham berani memutar belit kenyataan mengatakan dia berkahwin kali kedua dan bukannya berkahwin dua, sedangkan ketika berkahwin, saya masih isterinya!!

Di sini saya berharap orang luar dapat membuat pertimbangan sendiri. Layakkan manusia sebegini diangkat sebagai pendakwah sedangkan beliau suka berbohong? Saya pelik sebagai seorang penceramah yang sibuk membetulkan kesalahan orang sana sini, tidakkah Sham tahu rukun pernikahan sehingga melantik orang yang tidak bertauliah.

Baru-baru ini perkahwinan Sham Kamikaze dengan isteri barunya telah dianggap tidak sah oleh mahkamah dan mereka perlu berkahwin semula. Apa pun pendapat Farazila ini ada benarnya jugak. Bagaimanapun, Sham lebih tahu apa yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Diharap Sham tidak menipu diri sendiri dan tidak menipu masyarakat. Tak gitu? Apa pendapat anda?


sumber




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saturday, 5 July 2014

Suami Menyuruh Berhenti Menyanyi : Apa Kata Noraniza Idris


PETALING JAYA: Penyanyi Noraniza Idris berjanji untuk memenuhi permintaan suaminya, Juffri Hudi, 55, supaya dia meninggalkan bidang nyanyian akhir tahun ini.

Noraniza, 46, berkata, suaminya mahu dia menumpukan perhatian dan sama-sama meluangkan masa untuk melakukan ibadah.

"Suami ada meminta saya untuk berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian kepada amalan agama. Saya memang ada perancangan kearah itu, tetapi saya minta masa lagi untuk memperjuangkan irama tradisional sehingga berjaya."

"Insya-Allah kalau program Siri Jelajah Zapin Nusantara yang sedang saya jalankan sekarang ini sampai kemuncaknya iaitu Konsert Diraja Akar Kita Zapin akhir tahun ini, saya akan berhenti dan serahkan tugas itu kepada pelapis," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Kalimah Lebaran, di Restoran Puteri, di sini, malam Rabu.

Suami Noraniza meminta isterinya berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian kepada amalan agama. Al-hamdulillah! Itulah seruan suami yang baik. Apa gunanya memperjuangkan irama tradisional sehingga berjaya, kalau perjuangan itu tidak membawa kebahagian di akhirat dan syurgawi. Perjuangan berlandaskan garisan halal-haram agama Islam yang diredhai Allah SWT.

Sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Anak Linda Rafar Meninggal Dunia



Kuala Lumpur - Anak lelaki penyanyi serta pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.

Beliau memaklumkan pemergian anaknya melalui laman sosial Instagram miliknya kira-kira jam 6 petang tadi. Linda juga memuat naik gambar anak lelakinya, Rezaimen Keiflin, beserta dengan kapsyen;

“Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”

Sebelum pemergin anak lelaki beliau, dua hari yang lalu Linda sempat meminta pengikut-pengikut laman sosial miliknya agar mendoakan kesembuhan serta keselamatan anak lelakinya itu.

“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.

Al-Fatihah.

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 29 June 2014

Zizan Umum Undur Dari Melodi



Memang mengejutkan pengumuman yang baru dibuat oleh pengacara, pelawak dan pelakon, Zizan Razak menerusi program Melodi di saluran TV3.

Dengan linangan air mata dan penuh sebak, dia memaklumkan bahawa episod kali merupakan episod terakhirnya mengacarakan rancangan hiburan itu.

Pengumuman itu dibuat di akhir rancangan dan gandingannya, Awal Ashaari dilihat cuba menenangkan Zizan.

Pada masa yang sama, pengacara itu juga sempat mengungkapkan ‘tagline’ popularnya setiap kali tiba di penghujung rancangan iaitu ‘Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, dan berdiri di atas bakat sendiri!’.

Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada krew produksi Melodi selain penonton yang setia menanti siaran tersebut pada setiap hari Ahad.

Kami yakin dengan pengumuman ini, pasti ramai yang akan merindui keletah lucu Zizan dalam mengacarakan program itu selepas ini.

Apapun, sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal mengambil alih tempat pengacara popular itu nanti…

sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Rania Nama Baru Felixia Yeap

Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap,28 yang bakal mengucap syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media.

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'.

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam? Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT.

"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya.

sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 26 June 2014

Mas Khan Buah Hati Terbaru Lana Nordin


Kuala Lumpur – Setelah berakhirnya cerita kontroversi putus cinta dengan pelakon Johan As’ari, Lana Nordin sekali lagi bertemu cinta dan kali ini dengan pelakon yang sedang meningkat naik Mas Khan.

"Saya dengan dia masih baru lagi dalam kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing.

"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya cuba berkawan dan mencari jodoh saya," ujarnya.

Jelasnya, beliau tidak mahu kontroversi percintaan yang berakhir di tengah jalan dengan pelakon Johan As’ari membataskan dirinya untuk terus mencari pasangan hidup.

"Saya tidak mahu fikir tentang lelaki itu dan saya tidak mahu kontroversi tersebut menyekat saya untuk berkawan dengan lelaki.

"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan sudah takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima," katanya.

Berbalik pada cerita buah hati barunya, Lana berkata, Mas Khan adalah seorang yang matang serta memahami biarpun jarak usia mereka agak jauh. Bagaimanapun, peristiwa lalu banyak memberi pengajaran kepada beliau agar berhati-hati dan tidak mudah mempercayai lelaki.

"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.

"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan tunjukannya," kata Lana.

Sementara itu Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan mengakui Lana seorang wanita yang penyayang dan lemah lembut.

"Pada mulanya saya nampak dia seorang yang garang dan sombong tetapi bila sudah rapat barulah saya tahu dia seorang yang lembut.

"Dia sangat baik dan ambil berat tentang saya, dia banyak mengajar saya tentang lakonan dan berhadapan dengan masyarakat serta media," ujarnya

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 25 June 2014

Jangan Menyalak Tanpa Tahu Sebab - Zizan Razak



Status tweet ini di buat setelah beliau membekukan akaun syarikat miliknya Wirefame. Akibat pembekuan akaun itu, artis dibawah naungan Wirefame tidak mendapat gaji.


Sementara itu Kaka dan Johan Ashaari memang kecewa dengan tindakan Zizan Razak kerana membekukan akaun syarikat tanpa pengetahuan Marina Juki.

Ini kata Johan Ashaari:
“Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini, sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,”

Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah baru.

Ini pula kata Kaka:
“Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,” 

Mungkin disebabkan perkara ini menyebabkan Zizan mengeluarkan kata-kata tersebut kita tuggu sahaja kenyataan rasmi Zizan nanti..

Sumber: hmetrolive



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Isu Cemburu : Penjelasan David Teo Kepada Diana Danielle



Kuala Lumpur - Mejar (K) David Teo selaku Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) menganggap apa yang telah diluahkan pelakon, Diana Danielle mengenai foto mesra suaminya bersama Nora Danish hanyalah satu salah faham dan mereka tidak semesra seperti yang disangka.

Mengikut penjelasan yang telah diberi David Teo, foto tersebut telah diambil atas permintaan media cetak mengikut kehendak watak mereka didalam filem dan ianya tidak lebih daripada itu.

Malah David Teo berkata dia sendiri sudah pun menghubungi pelakon Farid Kamil supaya menjelaskan situasi yang berlaku pada malam gambar itu diambil kepada Diana Danielle.

“Saya rasa ianya hanya salah faham sahaja kerana jika benar Diana cemburu atau bengang mengapa sebelum ini dia boleh menerima lakonan Nora dan Farid yang berpelukan dan sebagainya.

“Saya juga tak rasa apa yang diluahkan Diana itu ditujukan kepada MIG sepenuhnya, tapi untuk tidak perkara ini berpanjangan saya sendiri sudah pun menghubungi Farid.

“Perkara pertama saya beritahu kepada Farid adalah jangan cepat melenting terhadap tindakan isterinya itu. Mungkin isteri dia bersikap begitu kerana terlalu sayangkan suaminya, yelah isteri mana yang tak risau jika punya suami yang kacak dan popular begitu.

“Saya juga minta Farid perjelaskan kepada Diana bahawa gambar itu diambil hanya ketika mereka dikerumuni dengan jurufoto dan media yang meminta mereka melakukan aksi sedikit mesra mengikut watak dalam filem yang tidak lebih daripada itu.

David Teo diminta mengulas mengenai tindakan Diana Danielle yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan cemburu ke dalam laman sosial Instagram apabila gambar Nora berpegangan tangan dengan suaminya dikongsi ke dalam Instagram sebagai promosi filem Pengantin Malam.

Walaubagaimanapun, David Teo memberitahu isu tersebut tidak langsung menggangu promosi filem Pengantin Malam tersebut yang turut dibintangi pelakon seperti Nina Iskandar, Ellie Suriati dan ramai lagi.

Suntingan



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Bergelar Usahawan, Abby Yus Kini Mampu Miliki Kereta Mewah

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak ini yang telah lama menghiasi dan menceburi dunia seni tanah air. Setelah lebih tiga dekad bergelumang dan bergelar anak seni, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yang dikurniakan padanya. 

Walaupun kemewahan yang dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia seharusnya berbangga kerana memperolehi daripada titik peluhnya sendiri.

Ebby Yus yang kini bergelar usahawan membuktikan kegigihan membawa hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz. Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar luas di Internet.  


Ternyata keazaman yang dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yang menyediakan hidangan Cina Muslim yang terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut. Walaupun begitu, beliau masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yang mana telah diceburinya sejak 1983 itu.

Pelawak yang sering tampil dengan loghat Negeri Sembilannya itu masih lagi bujang dan pastinya selepas ini pasti ramai yang akan memburunya apabila melihat kejayaannya sebagai usahawan.

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Monday, 23 June 2014

Gambar Sekitar Majlis Aqiqah Sarah Ashraf Muslim


Baru-baru ini telah berlangsung dengan meriahnya satu majlis aqiqah untuk anak Ashraf Muslim bersama isteri keduanya Wan Sakinah. Isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana juga turut serta didalam majlis yang diadakan di kediaman mereka.

Bukan sahaja tertarik melihat majlis sambutan itu dihias cantik dengan buaian berendoi dan mini taman warna biru dan merah, tetapi juga kemesraan dan keikhlasan jelas terpancar diantara Dayana dan Sakinah.



Daripada gambar-gambar yang telah diambil oleh jurugambar rasmi, The Photolicious, Dayana sanggup menjadi salah seorang individu terpenting yang mengiringi Sakinah dan Sarah sewaktu upacara dijalankan. Lebih manis lagi apabila Ashraf sempat bergambar sambil diapit oleh kedua-dua isterinya. 


Semoga kebahagiaan keluarga ini terus berkekalan dan pastinya ramai juga yang mendoakan agar Dayana dikurniakan anak secepat mungkin.






Disunting dari : hmetrolive



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Kepoh Juara Bintang Mencari Bintang 2014



Shah Alam: Selepas 14 minggu bertarung, akhirnya gelaran juara Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2) menjadi milik kumpulan Kepoh.

Anak didik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Adlin Aman Ramlie itu berjaya menewaskan dua kumpulan lain iaitu MMMMM dan Sumbu anak didik kepada Afdlin Shauki serta Ebby Yus.

Menerusi kemenangan itu, kumpulan Kepoh yang dianggotai Izu dan Pian membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM200,000.

Tempat kedua menjadi milik kumpulan Sumbu diterajui Kamal dan Ariff yang memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Manakala, kumpulan MMMMM terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga dan menerima wang tunai RM50,000.

Mereka dinilai empat juri iaitu A R Badul, Ogy Ahmad Daud, Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan penyanyi dangdut, Mas Idayu sebagai juri jemputan.

Sumber : myMetro


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 22 June 2014

5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar


Kita semua pernah ditakutkan oleh folem-filem seram pada satu-satu masa dalam hidup kita. Tapi itu semua hanyalah filem-filem kan? Namun, beberapa siri peristiwa seram dan menggerunkan telah menyusuli produksi filem-filem ini di belakang tabir. Kebetulan? Anda sendiri tentukan. Yang pasti sesuatu yang pelik dan di luar kawalan yang tidak dapat diterangkan dengan nyata telah berlaku di set-set penggambaran ini.

The Omen (1976)


Tragedi bermula di set penggambaran apabila juru urus haiwan di makan hidup-hidup oleh seekor singa. Kemudian, Gregory Peck dan Mace Neufeld dipanah petir, diatas kapal terbang yang berasingan tetapi bernasib baik dan terselamat.

Insiden paling pelik, walau bagaimanapun adalah kemalangan maut kereta hanya beberapa ketika selepas keseluruhan penggambaran filem tersebut selesai.

Designer filem The Omen, John Richardson, terperangkap dalam perlanggaran kereta yang meragut nyawa teman wanitanya, yang terpancung hampir sama seperti watak Jennings yang terbunuh di dalam filem itu.

Rosemary's Baby (1968)


Penerbit, Castle, yang sangat terkesan dengan filem ini dan surat benci serta ugutan bunuh yang tidak putus-putus dari 'peminat-peminat' yang terganggu dan apabila beliau dirawat kerana jangkitan urin dengan tidak semena-mena menjerit, "Rosemary, turunkan pisau kamu itu!"

Paling menyeramkan antara semuanya adalah isteri kepada pengarah filem ini, Sharon Tate bersama tiga orang sahabat dan anak yang dikandungnya dibunuh oleh pengikut-pengikut Charles Manson menggunakan motif 'Satanic' yang ditiru daripada skrip sebenar Rosemary's Baby.

Poltergeist (1982)




Pelakon-pelakon muda Poltergeist sememangnya tidak bernasib baik. Atau, adakah mereka sebenarnya disumpah?

Pada mulanya, si kecil Oliver Robbins (Robbie Freeling) hampir menemui ajal apabila dia dicekik oleh tangan patung jahat yang mengheretnya ke bawah bantal.

Kemudian, bintang muda, Heather O'Rourke yang melakonkan watak Carol Anne Freeling. mati selang beberapa tahun selepas filem ini ditayangkan buat pertama kali semasa pembedahan rutin biasa di hospital.

Lebih menyeramkan adalah berita pembunuhan Dominique Dunne, berusia 22 tahun (watak kakak kepada Carol, Dana Freeling) yang dicekik oleh bekas kekasihnya yang ganas.

Psycho (1960)




Psycho mengejutkan dunia dengan gabungan keganasan yang sangat grafik dan ketakutan psikologi, tetapi kejadian jenayah yang ditiru selepas pelancarannya juga menghantui perasaan.

Penyiasat Zodiac, Robert Graysmith melaporkan insiden tersebut di dalam bukunya, "The Girl in Alfred Hitchcock's Shower".

Seorang wanita bernama Myra Davis yang bekerja sebagai pembantu pencahayaan untuk filem Psycho, dibunuh oleh Kenneth Dean Hunt, seorang yang obses dengan Hitchcock dan dikatakan adalah Psycho sebenar.

Terlalu banyak kekeliruan yang berkisar mengenai kes tersebut di mana pelakon ganti untuk Janet Leigh bagi babak mandi yang kontroversi itu juga bernama Myra Davis.

The Exorcist (1973)




The Exorcist dipenuhi dengan kematian dan kecelakaan. Jack McGowran (Burke Dennings) dan Valsiliki Maliaros (Mrs Karras) meninggal dunia sebelum The Exorcist dilancarkan, dan Ellen Burstyn serta Linda Blair mengalami kecederaan tulang belakang yang agak teruk semasa di set lakonan.

Secara mistiknya, sebahagian daripada set The Exorcist tiba-tiba terbakar di rumah Reagan, kecuali bilik tidurnya dan terpaksa dibina semula. Ini sangat menakutkan pelakon-pelakon serta krew sehingga paderi dipanggil untuk melaksanakan 'Exorcism' (upacara menghalau roh jahat) yang sebenar.

Fakta atau fiksyen? Anda mungkin terpaksa mengakui info ini amat menyeramkan..


sumber



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Zara Zya Kemalangan Kereta Dilanggar




Port Dickson - Satu kemalangan kereta telah berlaku yang membabitkan pelakon Zara Zya yang pernah popular menerusi drama Love You Mr.Arrogant.

Ianya nya telah berlaku pada awal pagi ini di Batu 3, Jalan Pantai, Port Dickson. Insiden yang berlaku pada lebih kurang jam 1.15 pagi menyebabkan kereta Suzuki Swift milik  pelakon Zara Zya remuk kesan akibat dirempuh oleh sebuah kereta Honda Prelude yang terbabas di bahu jalan. 

Ketika insiden berkenaan, Zara Zya sedang menjamu selera di gerai di tepi Pantai Bagan Pinang bersama rakannya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat dan melihat keretanya serta tiga lagi kereta pelanggan lain dilanggar hingga rosak teruk. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan pelakon tersebut

Suntingan


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saturday, 21 June 2014

Gambar Majlis Pertunangan Erin Malik & Farriz Fauzi



Laman sosial Instagram telah menjadi medium perkenalan serta saksi lahirnya bibit-bibit cinta antara pelakon muda Erin Malek dan kekasih hatinya Farriz Fauzi

Pelakon filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? ini telah selamat menjadi tunangan kepada Farriz Fauzi jejaka pilihan hatinya yang dikenalinya melalui Instagram pada hari ini bertempat di kediaman keluarga Erin.


“Sebenarnya saya sudah mengenalinya terlebih dahulu sebelum kami mula rapat di Instagram. Cuma ketika itu hanyalah sebuah perkenalan biasa dan tak sangka apabila selepas beberapa kali berjumpa saya dan dia semakin serius dalam hubungan ini,” katanya memulakan bicara.

“Kita semua tahu bertunang itu adalah untuk mengikat antara satu sama lain. Jadi, gementar itu memang ada sebab dah tahu kita bakal nak jadi isteri orang. Walaupun melalui tempoh perkenalan yang singkat, namun ianya menjadi masalah kerana kami berdua dah ada niat hendak berkahwin”

Menurutnya lagi, Farriz Fauzi seorang yang rajin bekerja dan sangat-sangat menghormati orang tuanya membuatkan beliau senang berkawan dengannya. Farriz Fauzi merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kuala Lumpur.



Disunting dari : Harian Metro
Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Kontroversi: Azwan Ali Memaki & Menghina Adibah Noor




Nampaknya Azwan Ali kembali mewarnai kontroversi industri hiburan tanah air. Kini Di laman twitter, Azwan Ali dikatakan menghina dan memaki Adibah Nor.

Mula-mula admin terbaca di blog OhBulan tentang perkara ni, terus admin singgah ke twitter kedua-dua selebriti ni. Memang panas, nak nak lagi Azwan Ali hehe

Apa puncanya masih tak diketahui. Tapi sejak dulu memang 2 selebriti ni tak ngam dan masih belum baik sehingga kini.

Dua-dua pun bujang, kahwin je lah. Hahaha






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Paneh: Punco Amy Search Maki Hamun Nabila Huda Di Instagram



Punca sebenar Amy Search marah Nabila Huda di Instagram. Kecoh dunia hiburan apabila ayah kepada Nabila Huda iaitu Amy Search telah melemparkan bahasa yang agak kesat menerusi salah satu foto dimuat naik oleh Nabila Huda.

Menerusi luahan Amy Search, ternyata Amy kurang senang dengan foto Nabila Huda yang berpengangan tangan dengan seorang lelaki dipercayai kekasihnya di Pulau Mallorca. Tinjauan terkini pula mendapati Nabila Huda telah memadam komen kontroversi Amy Search di foto tersebut. Apapun, berikut adalah bukti “screenshot” komen Amy Search yang sempat dirakam menerusi instagram milik Nabila Huda.




sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ