Showing posts with label I love You. Show all posts
Showing posts with label I love You. Show all posts

Saturday, 5 April 2014

Sistem Politik Dalam Islam - WAJIB DIBACA!

~Assalamualaikum wbt~


1.0     Pengertian Politik Menurut Islam

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'
.

Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.

Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)

Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"


2.0     Asas asas Sistem Politik Islam Asas asas sistem politik Islam ialah:

2.1    Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.

Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang memiliki suatu bahagian daripadanya.

Fir man Allah yang mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya." (Al Furqan: 2)

"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hokum) dan kepada Nya kamu dikembalikan."   (A1 Qasas: 70)

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah."   (A1 An'am: 57)

- Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:

-Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa    -Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadat kepada Nya    -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta    -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik    -Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.

2.2    Risalah Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan hidayah.

Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.

Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada manusia.

Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam.

Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang perundangan dalam kehidupan manusia.

Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan perbuatan mereka.

Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan larangan Rasulullah s.a.w.

Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara mereka.

Firman Allah yang mafhumnya: "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah."   (Al Hasyr: 7)

"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (An Nisa': 64)

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka bergelimang daiam kesesatan yang telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk buruk tempat kembali." (An Nisa: 115)

"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (An Nisa': 65)


2.3    Khalifah Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah.

Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka manusia dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan.

Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.

Firman Allah yang mafhumnya: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)

"Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami memperhatikan bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)

Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar mengikuti hukum hukum Allah.

- Oleh itu khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut dipegang oleh orang orang yang memenuhi syarat syarat berikut: -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang benar benar menerima dan mendukung prinsip prinsip tanggungjawab yang terangkum di dalam pengertian khilafah    -Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim, fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya    -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang ber'ilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan, kea'rifan serta kemampuan intelek dan fizikal    -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa keraguan


3.0     Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri daripada beberapa perkara di antaranya:

3.1     Musyawarah - Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. -Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah.

-Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al Sunnah.

-Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad.

3.2     Ke'adilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam.

Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya.

Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.

Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

3.3     Kebebasan Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan.

Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam.

3.4     Persamaan Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah.

Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang.

3.5     Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.

Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.

Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusankeputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)

"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)


4.0     Tujuan Politik Menurut Islam Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh hukum syari'at Islam.

Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.

Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.

- Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada sistem politik dan pemerintahan Islam. -Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam    -Melaksanakan proses pengadilan di kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih    -Menjaga keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai    -Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia    -Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak luar    -Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam    -Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh syara'    -Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir    -Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara    -Menjalankan pengaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal amam demi untuk memimpin negara dan melindungi al Din. 

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Islma untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'ALLAH' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



Salam Sayang dari den Kepada Semua Kaum Muslim dan Muslimat





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 3 April 2014

Interracial Marriage : "Kahwin Campur"


"When a man marries he has fulfilled half of the religion; so let him fear ALLAH regarding the remaining half". ~ Prophet Muhammad (s.a.w) ~


Assalamualaikum..



MARRIAGE/KAHWIN? Agak ehh, kenapa la den tiba-tiba nk buat entry pasal khwin ye? Erm apo x ehh 2-3 menjak ni, den asyik dapek yo mjlis undangan kawin dhagi kawan den, rmai betul ye yang nk tamatkn zaman bujang dorang. 

Apo pn den ucap tahniah la yo. Kahwin campur ermm agak menarik topik ni untuk dibincangkan, lagi-lagi ianya sudah berlaku didalam keluarga serta saudara mara den. 

Kahwin pado den salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak bahkan antara kaum. 'Kahwin campur' (interracial marriage) @ kahwin rentas kaum adlah kahwin antara pasangan yang brbezo kaum, sperti kahwin antara melayu dgn cina, melayu dgn india atau selainnya. 

Dalam konteks negara seperti Malaysia, den berpendapat kito amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. De suko mengambil kata-kata ~Malcolm X ~ dalam bukunya " The Autobiography of Malcolm X".


“I believe in recognizing every human being as a human being--neither white, black, brown, or red; and when you are dealing with humanity as a family there's no question of integration or intermarriage. It's just one human being marrying another human being or one human being living around and with another human being.”  



Di dalam al-quran, ALLAH bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted. (Al-Hujurat: 13).


Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).



Allah clearly encourages us to knowing one another as stated in the verse. One of the ways of knowing other people and races is marriage.

Also, Prophet Mohammed (PBUH) Married to different women from different races and tribes and religions. Maria (RA) was Coptic (Native Egyptian) and she was Christian (Converted to Islam later), Safia (RA) was Jewish from Israelites (Also converted to Islam).

As long as Allah encourages knowing other races and Mohammed (PBUH) married to another races, then it is something actually not only allowed but also recommended for Muslims.

Jadi ianya tidak dilarang bahkan digalakkan di dlam islam, tetapi harus diingat kan perkhawinan campur lebih memerlukan pemahaman yg tinggi bagi kito orang muslim. Islam, akhlak, sikap & teladan harus dijaga dan dijadikn contoh pada pasangan kito. 

Memakso seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah.

Dengan persefahaman yang tinggi antara dua belah pihak, den yakin perkhwinan campur yg dimetrai akan kekal buat selamanya insyaALLAH.



"Marry the person you know can uplift you morally and who will always remain you that ALLAH is sufficient for you in times of trails."



Assalamualaikum..










Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 2 April 2014

My Life's JOURNEY : Part 2

Dear ALLAH,
I wanna take a minute, not to ask for anything from you, but simply to say ALHAMDULILLAH & THANK YOU, for all I have.

Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself. Every single person on the planet has a story. Don't judge people before you truly know them. The truth might surprise you. 


Assalamualaikum waghih sumo..



Yok opo kabare rek? Ba a kaba? Lai aman-aman se? Apo kaba? Ermm macam mano faham amek tak? huhuhuhu...sorry yo, den cuba nanyo an kaba dalam bahasa Jawa (from my mum), minang + N.Sembilan (from my father). Kok x practice karang lupo lak an. Ado guru nih sonang sikit nk belajo. Ok-ok reader semua, bukan nak belajar bahasa ye entry kali ni, tapi penulisan berkaitan my life's journey : part 2 bilo mano den meningkat dewasa (boleh cakap remaja) dan pengalaman den di sekolah menengah. Kalo entry sebelum ini adalah part 1, more to zaman kecik den, tapi kali ini kisah ehh banyak berkaitan zaman muda remajo den huhuhu...yang mano-mano belum baca buleh baca kek sini


Selopeh (selepas) yo (sorry-sorry den pakai bahasa nismilan) den tamat sekolah rendah, den mulakan hidup di sekolah menengah di FELDA gak, sekolah menengah harian la tapi agak jauh den kena naik bas poei ehh. Biaso la kawan den yang agak pandai sambung belajar kat sekolah asrama penuh. Teringin gak, tapi tu la apo yang kito usho itu yang kito dapek an, layak den kat sekolah harian biaso yo. Di sekolah menengah den ditempatkan di dalam kelas yang pertama. Kawan-kawan sekolah lama ada gak sekelas dengan den, tapi tak ramai lelaki hanya sorang, selebihnya perempuan. Sebab masa sekolah rendah lelaki dalam kelas den 6 orang je,jadi yang lain dapat sekolah asrama. Nasib baik ada kawan kan kalo tidak...almaklum lah den ni mulo-mulo pemalu orang ehh, kena seminggu nah amik ko, satu kelas sore den yo huhuhu.. 


Di sekolah menengah ni pon bilangan pelajar lelaki lagi-lagi kelas hadapan memang sedikit, kelas den hanya ada 8 orang daripada 32 orang pelajar. Tapi bagi den ok je sebab dah biasa. Hari-hari sekolah di lalui seperti biasa, den terkonang bila mana den disuruh pilih untuk memasuki badan beruniform untuk kegiatan kokurikulum, den minat untuk masuk Kadet Polis yo la bunyi macam gah yo dan den minat. Tapi bila den pergi untuk mendaftar den ditolak? Penasihat Kadet Polis seorang cikgu tu koba den tak cukup tinggi, bersamo-samo den ado la 4-6 murid lagi yang sama-sama ditolak. Apo hal lak ,baru tingkatan 1 pembesaran den boleh bejalan laeiii...goram pon ado, kono golak lak tu. Buleh lak die koba poei la mano-mano badan uniform lain, kadet bomba ka, bulan sabit merah ka.. Den memang reject kadet bomba sobab tak minat. Bulan sabit merah lak x buek kojo buleh nak cakap tak aktif, jadi pilihan den KADET REMAJA SEKOLAH. 




Sebenarnya den memang minat kadet ni dari mula-mula disuruh untuk pilih badan uniform, tapi bila den tengok penasihat KADET REMAJA SEKOLAH cikgu disiplin ditambah muka yang garang tu yang terus den pilih kadet polis. Last-last kena tolak dan den dengan rela hati pilih la KRS ni memang rezeki kat sini. Cumo den dalam hati kobaan den akan tunjuk kat penasihat kadet polis tu KRS akan dapat kalahkan kadet polis tu insyaALLAH. Masin mulut den bila mana ada pertandingan kawad kaki peringkat sekolah, den antara ahli KRS yang mewakili badan beruniform KRS dapat kalahkan kadet polis tu hahahaha..opsss x buleh riak,tapi den suko dapat poei peringkat daerah huhuhuhu. Den agak aktif masa sekolah menengah, dilantik sebagai MPP, presiden kelab koperasi,setiausaha KRS dan juga Ajk Kelab pencegah jenayah. 


Sebagai ahli KRS den dibekalkan dengan disiplin yang tinggi, dan ini jugalah yang banyak membentuk sahsiah den. Bab sukan ermm memang out sangat hahahaha, bukan tidak minat sebab masa sekolah rendah den memang aktif dalam sukan, tapi mungkin oleh sebab kecederaan jatuh motor masa pergi kebun menghalang den aktif dalam sukan. Bab belajar? sekolah menengah menunjukkan peralihan den yang malas belajar kepada seorang yang agak rajin dan mempunyai daya saing yang tinggi. Den tahu den bukan lah seorang yang dilahirkan pandai tapi kena berusaha untuk menjadi ke arah itu. Bermula di tingkatan 1 prestasi pembelajaran den semakin meningkat seiring dengan peningkatan dalam tingkatan dan mendapat tempat yang diidamkan dari dulu iaitu mendapat no 1 dalam kelas. Mengekalkan keputusan untuk terus berada di atas bukan senang,banyak masa terpaksa den korbankan. Den terpaksa belajar sendiri dalam hal ini. 


Every struggle in your life has shaped you into the person you are today. Be thankful for the hard times; they can only make you STRONGER. 


Itu lah yang memberi kekuatan kepada den. Selepas kputusan PMR diumumkan den bersyukur mendapat keputusan yang agak baik & membolehkan den masuk aliran sains tulen. Tetapi kelas ditentukan oleh guru penyelaras malangnya den tidak mendapat tempat dalam kelas aliran sains tulen (biologi). Den masih berada di aliran sains tetapi tidak mengambil biologi, subjek di tukar kepada subjek teknologi maklumat. Subjek kimia & fizik masih diambil,hajat dihati untuk belajar subjek biologi sebab den minat tetapi rezeki tiada. Ramai kawan den suruh den buek rayuan, tapi den ini bukan lah seorang yang suka meminta-minta,menerima sahaja ketentuan,mungkin ini yang terbaik buat den dan den bersyukur dan berdoa berserah kepada ALLAH. ingat berdoa, bukan karana kamu memerlukankan sesuatu, tapi karana kamu harus bersyukur atas apa yg telah Dia berikan dalam hidupmu.





Subjek Sejarah memang makanan den. Den sangat-sangat meminati subjek sejarah sehingga sebelum den naik tingkatan den telah membaca buku tesk sejarah abg den. Markah peperiksaan bagi subjek sejarah den pastikan tidak lari dari 90 ke atas,sehingga den menjadi bahan rujukan kawan-kawan ALHAMDULILLAH. Subjek kedua yang menarik minat den adalah kimia. Terima kasih kepada 2 orang individu yang telah banyak membantu den dalam menambahkan lagi minat & pengetahuan den kepada subjek kimia ini, PUAN SITI HASIAH MANGKAT serta MOHD FARHAN ABD.KADIR. Cikgu kimia ini senang digelar PUAN SITI hehehe (die x suka owg pnggil die cikgu). 




Den dh anggap die mcm omak den dah,sering bagi galakan & tunjuk ajar dan sering juga memberi den hadiah berupa makanan yang dibuatnya sendiri jika mendapat markah subjek kimia tertinggi didalam kelas, FARHAN dapat gak huhuhu. ALLAH berkatkan lah kehidupan PUAN SITI sekeluarga. Individu,kedua kawan den yo,tapi daripada kelas aliran sains tulen. Dio lah banyak membantu den,yang sering mencabar den untuk mendapat markah yang tinggi daripadanya,seorang yang pandai bukan sahaja subjek kimia tetapi biologi. FARHAN apo den nak koba buku nota yang diberi pinjam sangat-sangat membantu den TERIMA KASIH. Ermm byk pulak den membebel...kita sambung laen masa ok. Boring baca lamo-lamo kan... 


Result, Universiti, STPM dan Cinta ada kew? hua3 kita jumpa di entry yg berikut ok..



When you're struggling with something, look at all the people around you and realize that every single person you see is struggling with something, and to them, it's just as hard as what you're going through. ~Nicholas Sparks~



 Assalamualaikum & See you again..









Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 30 March 2014

My Life's JOURNEY : Part 1


Dear ALLAH,
As I thank you for the gift of life, I also thank you for the gift of wonderful people I have meet along this journey. Some of them inspire me, stretch me , challenge me, love me and encourage me. All of them helped me to realize how meaningful and beautiful my life is. I love them so much. Bless them ALLAH with good health, security, wealth, success, peace and joy. Grant their prayers to amin...


Assalamualikum semua..


Untuk entry kali ni den nak kobakan (ceritakan) sedikit siapa sebenarnya mR.pupul ni ha..ermm blur la tu?? huhuhu mR.pupul tu den la yo..Napo? sobab ehh den nak konalkan gak diri den ni ha yo,harap reader-reader sumo jangan ubah channel yo,baco sampai habih(main pakso-pakso lak an). Asal den ermm agak ehh kowang sumo dah tahu la kan, asal den dari sebuah tanah rancangan FELDA di N.Sembilan(Nesmilan). Berasal daripada keluarga yang hidup dalam keadaan yang sederhana. Omak den orang jawa peranakan (jawa + india peranakan) and ayah den melayu minang jadi den ni melayu nesmilan la yew hahahaha...Adik-beradik den ado 6 orang semuo ehh dan hanya ada seorang perempuan sahaja iaitu akak den. 

Rumah Felda Dulu-dulu


Zaman kocik(kecil) den dilalui sama seperti budak-budak kocik yang lain,zaman kocik ini lah yang banyak membentuk den yang ado pado maso sekarang ni. Keadaan hidup di FELDA dulunya bukan nya senang seperti FELDA yang ada sekarang. Ayah dan emak terpaksa membanting tulang empat kerat untuk memberi sesuap nasi dan menyekolahkan anak-anak mereka termasuk emak&ayah den. Keadaan hidup keluarga den yang susah mengajar den supaya belajar menerima segalanya tanpa perlu memilih. Makanan harian den dan keluarga pada masa dahulu hanya berlaukkan sambal tumis semata-mata (tu den kalo tak dapek makan sambal @ bondo-bondo podeh ni macam tak longkap) kok ado duit sikit barulah nampak ikan mahu pun ayam. 


Sodap ehh kemain
Kalau ianya pun, keluarga den terputus bekalan makanan (waktu musim hujan warga peneroka tidak dapat poei kobun jadi tiada gaji) ayah&emak tetap memberi makan kepada kami adik beradik, dan setiap kali terputusnya bekalan makanan ayah&emak akan memberi kami makan nasi yang digaul dengan minyak masak atau pun nasi yang dicampur dengan kelapa parut serta gula dan air sebagai kuah (try la sodap tau). Den ghaso(raso) baghi kek budak-budak sekarang maun dicampak ehh kek besen. Walaupun den adik-beradik di beri makan dengan lauk yang begitu tapi kami adik beradik bosa dengan sihat ALHAMDULILLAH..Zaman sekolah rendah,ermm den ghaso zaman tadika laei best kut hahahahaha. 

Sekolah rendah den berdekatan dengan ghumah den,jadi den jalan kaki yo,nak suh dihantar ayah pun,ayah kadang kala tiada kek ghumah, yo la kadang-kadang cari ikan sungai,kadang-kadang cari ayam hutan mano nak duk kek ghumah. Den ado adik setahun muda dari den jadi den poei dengan dio yo la. Akak den dah menengah & abang den pulak sesi potang jadi den  dengan adik yo sesi yang samo. Zaman sekolah rendah ni den ghaso agak banyak kenangan yang susah den lupo an. Dari den masuk sekolah hinggo tamat darjah enam. Poei sekolah pon kadang kala den x bawa duit sobab ehh ayah& mak tiada duit, kalo omak ada duit pun belanja selalu diberi 30sen cukup lah kan sobab ehh den dapek RMT(Rancangan Makanan Tambahan)

Budak-budak sekarang tak tahulah bapo gak ehh belanjo sekolah rendah dorang. Den bukanlah antara dikalangan pelajar yang pandai,selalu pada musim peperiksaan,nombor yang den dapek mesti tengah-tengah tak pun 5 yang terakhir,tapi den tetap dapat kelas yang pertama dari darjah 1-darjah 6. Biasa la den maso ni tak fikir pon nak belajar sangat,kojo ehh main jew,ayah&mak pun kurang bertanya walupun den tahu dorang mengambil berat (omak den tak tahu membaca dan menulis tu omak tak tanyo). Den masih ingat lagi bilo mana mak hendak membeli pakaian sekolah kami dengan berhutang tetapi bhai(orang jual baju-baju dan datang kutip utang tiap bulan) tu tak bagi sobab mak ada hutang laei,den tahu mak sodih sobab tak dapat bagi kami baju baru. 


Kasut oh Kasut

Nasib baik ada jiran, jiran itu lah yang bagi baju anak die yang tak muat dekat kami. Walaupun baju lama tapi den bersyukur. Den juga nak beterima kasih banyak-banyak kek guru kelas den dari tahun 1-5 iaitu Cikgu Baharom Tahir den sorang ni,sobab dio lah den kadang-kadang dapek beg dan kasut baru, mungkin Cikgu tengok den punya beg dan kasut terutamanya koyak sampai ternganga macam mulut. Walaupun diejek oleh kawan-kawan sobab ehh kasut dibeli oleh Cikgu tapi den buek selamba yo, walaupun ado gak sakit ati dan sedih tapi den maafkan ajo dorang tu sumo... Ala zaman kocik biasa la ejek-mengejek ni. 

Cikgu Baharom den juga lah yang banyak tolong hinggo den dapek meraso poei tuisyen UPSR macam budak-budak yang lain free lak tu. UPSR ALHAMDULILLAH walaupun den hanya dapek 3A tapi den bersyukur,mungkin tu yo rezeki den atas usaha yang dah dilakukan, ado gak ghaso macam nk poei asrama tapi mano ado sekolah nak result 3A kan hahahaha. Ok lah takat ni yo lah dulu penulisan den yo,karang kok den tulih panjang-panjang kok jomu lak reader-reader sumo yo dak. Apo yang nk den ingekkan(ingatkan) KELUARGA adolah sebaik-baik teman kek dunio ni,tak kiro maso susah ataupon maso sonang KELUARGA setio disamping kito kan

Family isn't always blood. It's the people in your life who want you in their's; the one who accept you for who you are. The ones who would do anything to see you smile and who love you no matter than that. To all of my family and friends who listen to me when I'm angry, hug me when I'm sad and laugh with me (or sometimes at me) whenever they can. I just wanted to say THANK YOU for being there for me. And I just wanted to tell you I LOVE YOU


Family is like music, some high notes, some low notes but always a beautiful song



Assalamualaikum & jumpo laeii....










Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ