Showing posts with label Cerai. Show all posts
Showing posts with label Cerai. Show all posts

Thursday, 5 June 2014

Anak Abby Minta Farhan Kembali Bersama Ibunya




Pergolakan rumah tangga Abby Abadi dan suaminya, Noor Farhan Che Bakar bukan lagi rahsia apabila pasangan ini telah membawa kes mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, baru-baru ini.

Hakim Syarie telah menangguhkan kes pasangan ini sehingga 11 Jun depan sebelum memerintahkan Abby memfailkan satu lagi permohonan bagi mengesahkan terlebih dahulu status lafaz yang dibuat Farhan pada Januari lalu.

Ini kerana Abby mendakwa Farhan pernah mengeluarkan kata-kata kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu.


Sementara itu, dalam pada masa yang sama, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil Abi agar kembali bersama ibunya semula.

Menerusi video yang dikongsikan dalam laman Instagram Abby, hari ini, Danish menyatakan kerinduaan terhadap Farhan selain meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpelesaran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe pada setiap malam.

“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu.  Itu semua duniawi.  Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik.  Apalah dosa Mama tu Abi?”, antara ungkapan yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut.

Hmm, mungkinkah dalam erti kata lain video ini ingin mengatakan yang Farhan gemar berpelesaran sehingga menyebabkan rumah tangga Abby dan Farhan goyah walaupun usia perkahwinan mereka baharu sahaja mencecah 10 bulan?




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 29 May 2014

"Dia terlalu muda untuk bersama saya..." : Abby Abadi




Keretakan hubungan selebriti politik Abby Abadi bersama suaminya, Muhammad Noor Farhan, kini semakin nyata setelah pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan penceraian.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, berkata, keretakan hubungan mereka berpunca daripada suaminya yang lebih muda dan tidak matang .

"Saya nampak dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya bersama saya, saya rasa macam itu... Pada saya kalau dalam usia saya waktu berumur macam dia, banyak benda yang saya masih tidak faham. Saya nampak lelaki lagi lambat matang," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini.

Dalam masa sama Abby memberitahu bahawa Muhammad Noor Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.

"Kalau nampak dia dah tak nak sangat, saya tidak mahu memaksa.... Sejujurnya dia lelaki yang sangat baik, namun dengan usia dan dengan siapa disekeliling dia, saya gagal untuk perbaiki keadaan dalam masa terdekat," ujar beliau yang berpakaian serba hitam.

Ketika prosiding berlangsung, mahkamah diberitahu sebanyak dua kali lafaz cerai dibuat oleh Muhammad Noor Farhan kepada Abby termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Lantas yang demikian Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat Abby kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelang Ramadan di Selatan Thailand. Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ