Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, 15 April 2014

FoOD froM JaVa 7 : PecaL JaWa


~Assalamualikum wbt~



Harini den nk berkongsi resepi yang sihat & lagi berkhasiat. Ingat resepi yang lalu urap jawa? Ermm ni satu lagi resepi yang mana adalah resepi yang sesuai untuk awok-awok yang jaga kecantikan sobab ehh boleh mengekalkan awet muda hiks3. 

Kali ni den nak baghi resepi pecal jawa @ gado-gado bukan gaduh-gaduh ye. Bahan-bahan yang senang kita dapat dan bagi den murah semuanya. Nak letak KANGKUNG pon boleh hua3. 

Sepertimana urap, pecal ni ponw kita main gaul-gaul sahaja. Cuma membezakannya mungkin di dalam penggunaan kuah kacang itu sendiri. Resepi ni memang sodap, sihat, ringkas dan yang penting kadar kalori yang rendah hua3..

Apo laei jom kito mulo memasak...


BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-) 

  • Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya 
  • Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan 
  • Timun, hiris memanjang 
  • Senkuang, hiris memanjang 
  • Tauhu, goreng dan hiris 
  • Tempe, goreng dan hiris 
  • Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan 


BAHAN KUAH :-) 

  • 150 g kacang tanah 
  • 8 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 inci isi cekur 
  • 1 inci belacan, dibakar 
  • 1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
  • 10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan 
  • 10 - 15 biji cili padi (optional) 
  • Jus asam jawa secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 


CARA MEMBUATNYA :-) 

  • UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  • UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan...harap maklum yeaa...

Jangan lupo cubo yo resepi ni. Baghi yang ado darah jawo mungkin terror buek benda ni mugkin tidak hua3. 

Yang x reti masak pon buleh cubo sobab bondo ni sonang main colo-colo yo dah siap. Sodap ko x sodap ko baghi tau kek den yo.


 Selamat Mencubo!!







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Monday, 14 April 2014

FoOD froM JaVa 6 : URap JaWa


~Assalamualaikum wbt~


Kabare waras? Hu3 arini den dengan baek hati nak update sal resepi dari jawa, urap jawa. Resepi ni memang senang nak m*****,hiks3. 

Sobab apo den koba macam tu? sobab ehh memang senang dan berkhasiat laei-laei tuk orang sedang diet macam den hahahaha.. 

Den tergerak nak update pasal urap ni pun sobab ehh den baru jew makan jiran aka orang jawa baghi kek den hahahaha.. Omak den maleh nak cari daun kencur nk buek ni laei pon den xdo tanam daun nih. 

Urap ni buleh la dikatakan sebagai kerabu & istilah barat lobih kurang koslow la hua3. Sayur dan herba yang digunakan membuekkan makanan ni mempunyai rasa yang agak istimewa serta unik.
 Jom kita selami resepi ni yo.




Bahan-bahan ( satu family )


  • Satu biji kelapa - parut amik yg putih jerk
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 btg cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 6 biji cekur@kencur
  • 2 helai daun cekur@kencur- hiris halus
  • Segenggam ikan bilis kopek
  • Garam
  • Perisa - jika suka

* pucuk ubi - celur dan carik2@hiris
* kacang panjang - celur dan potong memanjang
* taugeh - celur
* kacang botol (optional) - hiris - xde pon masa tu



Cara-cara

  • Tumbuk bawang merah,bwg putih,cili padi,ikan bilis,biji cekur@kencur hingga agak2 lumat.
  • Masukkan skali garam dan juga perisa.
  • Kaup dan masukkan ke dalam kelapa parut. gaul.
  • Panaskan kuali dan sangai kelapa tadi hingga agak2 kering. jgn kering sgt. agak2 ler!
  • Tuang dalam mangkuk dan gaul rata dengan sayur@ulam2an tadi serta daun kencur. siap utk dhidang.
  • Masakan ni mudah basi jika dbiarkan terlalu lama. Utk mengelakkannya, asingkan dahulu sayur@ulam2an dan juga kelapa yg dh siap sangai tadi. bila nak makan@menghidang, barulah dgaul rata.


Amacam senang sangatkan? baghi yang maleh nak masak la, maleh nak beli barang banyak-banyak la buleh buek urap ni. Omak den kalo buek memang x buek lauk laen. Satu family makan ni jew. Laei 1 makanan ni boleh kekalkan awet muda hu3 tengok orang jawa lawa-lawa bergetah laei x kedutkn bilo dah berumur, pemakanan rahsianya hi3. Selamat mencubo na....

RINGKAS ITU PASTI SODAP!



~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

My LoVEly CouSiN

~Assalamualikum wbt~
~안녕하세요~



Erm amik mood korea ckit hahahaha, bkn ap lama gak den x buek & x nulih pasal korea. 

Kalo dah strt nulih pasal korea x kira la dri segi culture, bhasa, hiburan mahupun makanan memang x habih nk cerita.

 Ok entry kali ni blh baca kt ats tu hiks3. My lovely cousin, yes den nk cerita psal cousin-cousin den. 

Sperti mana yang kwg tahu pakcik & makcik den ni x kira belah ayah mahupun emak minat sgt kawen cmpur,stakat ni ad yg berkhwin dgn india, cina, indonesia, america + korea & ad dari jerman.

Pertukaran budaya koba ehh hua3. Tapi kali ni den nk cerita sal sepupu den belah ayah den yg ayahnya berkahwin dgn wanita america + korea. 
Ermm nmpak kompleks skit kan hahahahaha. 

Sebab ap den pilih cousin den yg ini coz den sgt baek dgn die la hahahahaha. Cousin den lahir bkn kt malaysia bukan kt korea tp di america hu3 saja maen teka2. 


Wlaupun dlhirkan & dbesrkan dsana prgaulan, agama tlh di didik dari kecil, al-maklumlah ayah ehh sgt tegas (macam ayah den, dh adik bradik perangai sama la) lagi-lagi atuk den imam erm bab agama no 1.

Den knal cousin den pon bila mna ayah n omak ehh balik ke malaysia. Erm walaupn omak sedara den ni orang america+korea bahasa melayu die ok gak hahahaha.

Cousin den ni xda la sombong mana wlaupun lama menetap kek america, perilaku mcm pure melayu tp rupa hahahahaha xda melayu kut hu3.
Ayah mereka mmg sangat-sangat tegas, cousin L don't ever hang out with a girl same with cousin P.

Selalunya den la yg jadi peneman bg cousin P den ha,kita orang pun dh macam adik-beradik dh.

Kadang-kadang jalan sma orang sekeliling pelik orang luar pakai baju kurung ha3. Pergi mana-mana still kena inform dengan pak cik den tu.

Tapi skang x dapek kuar lagi hahahaha, bukan apo cousin den tu dh smbung stdy kek Korea, den sambung degree die fly ke Korea lak.

Nak ikut x dapt hahahahaha,jadi internet jdi penghubung. I'm learn about Korean culture, language, recipe and get a friends from Korean semua dari usaha die hua3, ye la dh poei sana x reti-reti nak kongsi experience hua3, kut dapat orang sana mana tau hahahaha (x mungkin-x mungkin).

For my cousin, I hope that, kamu akan berjaya disana.
I believe U can do it. Don't trust and ever find Korean man or other international man hahahahaha kalu dh jodoh nak buek mcm mna yo x.

Ingat pesan ayah kamu na. Always remember me y'r brother, take care my cousin, My LoVEly CouSiN.



~Wassalam~






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 9 April 2014

AmEk kEk kAu


~Assalamualaikum wbt~



Apo lah entry merepek lak ni hiks3. Bukan merepek lorh ionya berkaitan seorang omak kek Negara China memukul anaknya menggunakan penyangkut baju di belakang badannya kerana anak ehh dogil, ha amek kek kau.

Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.
Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.
Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi

Ermm bg den dh dogil itu yo makan ehh. Seriously den dh ado pengalaman mcm tu sobab ehh den dogil dlu. Omak den mmg garang gilo. Den x kono dengan penyangkut baju tapi batang paip sobab ehh mandi sungai tanpa kebenaran ha3. 

Kalo bab sekolah cikgu rotan ko mmg xkan ngadu lorh sobab omak akn nyalahkn kito balik, mesti kito buek salah kalo x, xdo sobab cikgu nk rotan. Tak mcm zaman sekarang,cikgu pon kono saman rotan murid x buek kojo sekulah, mano x anak naik muka susah diajar. Budak-budak sekarang….



~Wassalam~




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 6 April 2014

MastERS Vs KerJA


~Assalamualaikum wbt~


Arghh den dalam delema, nk poei sambung master ko nk poei kojo? Kok sambung mulo la omak den menjeling hahahaha, bukan apo omak den baghi poei tp dengan usaha sendiri. 

Den pon faham,den bukan dari kluarga yang sonang, cukuplah diploma n dgree omak den tolong. Bilo trpikir poei kojo, nak di jdikan cerito dh attend banyak interviews tp....rezeki tuhan yang tau n bagi.

 Dugaan bg seorang manusia mcm ak, Dio lah yang tahu perasaan yang trpendam kek ati ak ni,tp still positif kan diri ingat seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]


Ermm ada kalanya terasa semangat den ni jatuh menjunam macam jatuh gaung dalam. Tapi den tau dugaan cabaran yang diberi tanda ALLAH sayang dokek den, dan den tahu den mampu menanggung ehh ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]


Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Jadi positif kan diri, akal fikiran. Segala dugaan akn diberi timbalan yang lebih manis kemudian kelak. Ya ALLAH den bersyukur ke ateh segala dugaan yang ko berikan. Master @ Kojo biar takdir yang menentukan. Kok ado rezeki insyaALLAH.



Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.  Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (As-Shuraa, 42: 32-33)


~Wassalam~






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Saturday, 5 April 2014

FoOD froM JaVa 3 : AyAM mSK kiCAp



~Assalamualaikum wbt, kabare waras?~





Makin lamo makin menjadi pulak den buek entry pasal makanan yo. Bukan apo resepi ni elok di kongsi biar sumo ghaso yo dak hu3. 

Ok untuk kali ni den nk kongsi pasal Ayam Masak Kicap Ala Jawa. Dah tajuk ponw pasal food from java, jadi makanan sume brdasrkan masyrakat jawa la yo.

Ok, ayam masak kicap ni den belajar dari omak den, ingat laei omak den punya moto? RINGKAS ITU PASTI SODAP hik3. 

Ayam masak kicap ni omak den rajin buek tang rayo,cocah ngan ketupek memang x tingga. Bukan x buek lauk laen tapi keluargo den mesti cari lauk ni dulu, laen dari yg laen walaupn bahan ringkas. 

Jiran-jiran kalo bertukar makanan tang rayo mesti cari ayam masak kicap omak den hua3. Den yang nulis skang pon tertolan-tolan air liur hahaha. Ok tanpo buang maso laei meh kito tengok camno nak buek bondo ni yo.





Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 600 gram ayam dipotong kecil.
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Bawang putih 4 biji dan 1 Inci halia (ditumbuk)
  • Sebiji bawang besar dihiris
  • Dua bijik kentang (sebijik potong enam)
  • Lada besar (dipotong tengah)
  • Dua Sudu kecil serbuk lada putih dan Satu sudu kecil serbuk lada hitam.(lagi sedap kalau ditumbuk)
  • Kicap Manis (secukup rasa, kalau suka kuah lebih hitam boleh letak banyak)
  • Garam dan sedikit gula secukup rasa
  • Daun sup dihiris (hiasan)


Cara-cara

  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Tumiskan bawang putih dan halia, serbuk lada putih dan hitam.
  • Bila tumisan naik bau, masukkan kicap (kacaukan).
  • Masukkan 6 sudu makan air.
  • Selepas 5 minit, masukkan kentang, lada besar dan ayam (tutup periuk, setiap 10 minit kacau ayam dan cucuk kentang dengan garfu, kalau kentang empuk, bermakna ayam tu dah masak).
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang dihiris tadi.
  • Tunggu hingga menggelegak, tutup api dan taburkan daun sup. sedap dimakan dengan nasi panas.

Ermm ringkas, mudah, murah, cepat dan yang penting sodap. Masak cincai orang tuo koba. Cincai-cincai pon sodap x cayo cubo. Kicap pakai kicap manis memang urmm. Kalo nak sodap laei pakai ayam tuo yo, ayam pencen. 





Apo laei SELAMAT MENCUBA!!





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

HiJAu @ BiRU



~Assalamualaikum wbt~





Biru ka Hijau? Erm itu la pertanyaan sesetengah ibu bapa yang agak kuat involve dalam politik ni bila si teruna berhajat untk meminang si dara. 


Kalo yang trlebih extreme disebabkan brbeza fahaman politik, perhubungan ini terpaksa diputuskan. Tapi tidak kesemuanya,contoh yang paling dekat abg n kakak ipar den. 


Wlaupun keluarga kedua belah pihak berbeza fhaman politik, tetapi dalam bab kebahagian anak-anak politik tidak boleh di campurkan. Den tertarik dengan pendekatan ayah mertua abg den “Politik itu pilihan masing-masing,kita ada hak untuk memilih. Kalo itu yang kita rasa betul pilihlah”. 



Walaupun den tahu ayah mertua abg den itu ‘ORANG KUAT PAS’. Pendekatan perilaku n peribadi semacam ini yang menarik minat den sebagai orang muda. Politik pilihan masing-masing, politik itu suci bersih tetapi manusia tu sendiri yang membusukkan & memburukkan. 


Islam tidak menolak politik, kerana politik itu lahir dari islam. Politik tidak dapat & tidak akan terpisah daripada agama.


Dan bagi yang tersangat extreme jaga tingkah laku anda,jangan lah semua benda perilaku, perbuatan, perkataan nak dikaitkan dengan politik udah-udah la tu.



"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)


Buek abg den n akak ipar semoga berkekalan hendaknya.




Wassalam!!











Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 3 April 2014

Interracial Marriage : "Kahwin Campur"


"When a man marries he has fulfilled half of the religion; so let him fear ALLAH regarding the remaining half". ~ Prophet Muhammad (s.a.w) ~


Assalamualaikum..



MARRIAGE/KAHWIN? Agak ehh, kenapa la den tiba-tiba nk buat entry pasal khwin ye? Erm apo x ehh 2-3 menjak ni, den asyik dapek yo mjlis undangan kawin dhagi kawan den, rmai betul ye yang nk tamatkn zaman bujang dorang. 

Apo pn den ucap tahniah la yo. Kahwin campur ermm agak menarik topik ni untuk dibincangkan, lagi-lagi ianya sudah berlaku didalam keluarga serta saudara mara den. 

Kahwin pado den salah satu faktor mendekatkan hubungan antara dua pihak bahkan antara kaum. 'Kahwin campur' (interracial marriage) @ kahwin rentas kaum adlah kahwin antara pasangan yang brbezo kaum, sperti kahwin antara melayu dgn cina, melayu dgn india atau selainnya. 

Dalam konteks negara seperti Malaysia, den berpendapat kito amat wajar menggalakkan perkahwinan yang seperti ini. Ini kerana ia boleh mendekatkan antara kaum dalam negara ini. De suko mengambil kata-kata ~Malcolm X ~ dalam bukunya " The Autobiography of Malcolm X".


“I believe in recognizing every human being as a human being--neither white, black, brown, or red; and when you are dealing with humanity as a family there's no question of integration or intermarriage. It's just one human being marrying another human being or one human being living around and with another human being.”  



Di dalam al-quran, ALLAH bersabda:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted. (Al-Hujurat: 13).


Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).



Allah clearly encourages us to knowing one another as stated in the verse. One of the ways of knowing other people and races is marriage.

Also, Prophet Mohammed (PBUH) Married to different women from different races and tribes and religions. Maria (RA) was Coptic (Native Egyptian) and she was Christian (Converted to Islam later), Safia (RA) was Jewish from Israelites (Also converted to Islam).

As long as Allah encourages knowing other races and Mohammed (PBUH) married to another races, then it is something actually not only allowed but also recommended for Muslims.

Jadi ianya tidak dilarang bahkan digalakkan di dlam islam, tetapi harus diingat kan perkhawinan campur lebih memerlukan pemahaman yg tinggi bagi kito orang muslim. Islam, akhlak, sikap & teladan harus dijaga dan dijadikn contoh pada pasangan kito. 

Memakso seorang cina menjadi ‘melayu’ atau melayu menjadi ‘cina’ selepas perkahwinan adalah tindakan yang salah.

Dengan persefahaman yang tinggi antara dua belah pihak, den yakin perkhwinan campur yg dimetrai akan kekal buat selamanya insyaALLAH.



"Marry the person you know can uplift you morally and who will always remain you that ALLAH is sufficient for you in times of trails."



Assalamualaikum..










Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 30 March 2014

My Life's JOURNEY : Part 1


Dear ALLAH,
As I thank you for the gift of life, I also thank you for the gift of wonderful people I have meet along this journey. Some of them inspire me, stretch me , challenge me, love me and encourage me. All of them helped me to realize how meaningful and beautiful my life is. I love them so much. Bless them ALLAH with good health, security, wealth, success, peace and joy. Grant their prayers to amin...


Assalamualikum semua..


Untuk entry kali ni den nak kobakan (ceritakan) sedikit siapa sebenarnya mR.pupul ni ha..ermm blur la tu?? huhuhu mR.pupul tu den la yo..Napo? sobab ehh den nak konalkan gak diri den ni ha yo,harap reader-reader sumo jangan ubah channel yo,baco sampai habih(main pakso-pakso lak an). Asal den ermm agak ehh kowang sumo dah tahu la kan, asal den dari sebuah tanah rancangan FELDA di N.Sembilan(Nesmilan). Berasal daripada keluarga yang hidup dalam keadaan yang sederhana. Omak den orang jawa peranakan (jawa + india peranakan) and ayah den melayu minang jadi den ni melayu nesmilan la yew hahahaha...Adik-beradik den ado 6 orang semuo ehh dan hanya ada seorang perempuan sahaja iaitu akak den. 

Rumah Felda Dulu-dulu


Zaman kocik(kecil) den dilalui sama seperti budak-budak kocik yang lain,zaman kocik ini lah yang banyak membentuk den yang ado pado maso sekarang ni. Keadaan hidup di FELDA dulunya bukan nya senang seperti FELDA yang ada sekarang. Ayah dan emak terpaksa membanting tulang empat kerat untuk memberi sesuap nasi dan menyekolahkan anak-anak mereka termasuk emak&ayah den. Keadaan hidup keluarga den yang susah mengajar den supaya belajar menerima segalanya tanpa perlu memilih. Makanan harian den dan keluarga pada masa dahulu hanya berlaukkan sambal tumis semata-mata (tu den kalo tak dapek makan sambal @ bondo-bondo podeh ni macam tak longkap) kok ado duit sikit barulah nampak ikan mahu pun ayam. 


Sodap ehh kemain
Kalau ianya pun, keluarga den terputus bekalan makanan (waktu musim hujan warga peneroka tidak dapat poei kobun jadi tiada gaji) ayah&emak tetap memberi makan kepada kami adik beradik, dan setiap kali terputusnya bekalan makanan ayah&emak akan memberi kami makan nasi yang digaul dengan minyak masak atau pun nasi yang dicampur dengan kelapa parut serta gula dan air sebagai kuah (try la sodap tau). Den ghaso(raso) baghi kek budak-budak sekarang maun dicampak ehh kek besen. Walaupun den adik-beradik di beri makan dengan lauk yang begitu tapi kami adik beradik bosa dengan sihat ALHAMDULILLAH..Zaman sekolah rendah,ermm den ghaso zaman tadika laei best kut hahahahaha. 

Sekolah rendah den berdekatan dengan ghumah den,jadi den jalan kaki yo,nak suh dihantar ayah pun,ayah kadang kala tiada kek ghumah, yo la kadang-kadang cari ikan sungai,kadang-kadang cari ayam hutan mano nak duk kek ghumah. Den ado adik setahun muda dari den jadi den poei dengan dio yo la. Akak den dah menengah & abang den pulak sesi potang jadi den  dengan adik yo sesi yang samo. Zaman sekolah rendah ni den ghaso agak banyak kenangan yang susah den lupo an. Dari den masuk sekolah hinggo tamat darjah enam. Poei sekolah pon kadang kala den x bawa duit sobab ehh ayah& mak tiada duit, kalo omak ada duit pun belanja selalu diberi 30sen cukup lah kan sobab ehh den dapek RMT(Rancangan Makanan Tambahan). 

Budak-budak sekarang tak tahulah bapo gak ehh belanjo sekolah rendah dorang. Den bukanlah antara dikalangan pelajar yang pandai,selalu pada musim peperiksaan,nombor yang den dapek mesti tengah-tengah tak pun 5 yang terakhir,tapi den tetap dapat kelas yang pertama dari darjah 1-darjah 6. Biasa la den maso ni tak fikir pon nak belajar sangat,kojo ehh main jew,ayah&mak pun kurang bertanya walupun den tahu dorang mengambil berat (omak den tak tahu membaca dan menulis tu omak tak tanyo). Den masih ingat lagi bilo mana mak hendak membeli pakaian sekolah kami dengan berhutang tetapi bhai(orang jual baju-baju dan datang kutip utang tiap bulan) tu tak bagi sobab mak ada hutang laei,den tahu mak sodih sobab tak dapat bagi kami baju baru. 


Kasut oh Kasut

Nasib baik ada jiran, jiran itu lah yang bagi baju anak die yang tak muat dekat kami. Walaupun baju lama tapi den bersyukur. Den juga nak beterima kasih banyak-banyak kek guru kelas den dari tahun 1-5 iaitu Cikgu Baharom Tahir den sorang ni,sobab dio lah den kadang-kadang dapek beg dan kasut baru, mungkin Cikgu tengok den punya beg dan kasut terutamanya koyak sampai ternganga macam mulut. Walaupun diejek oleh kawan-kawan sobab ehh kasut dibeli oleh Cikgu tapi den buek selamba yo, walaupun ado gak sakit ati dan sedih tapi den maafkan ajo dorang tu sumo... Ala zaman kocik biasa la ejek-mengejek ni. 

Cikgu Baharom den juga lah yang banyak tolong hinggo den dapek meraso poei tuisyen UPSR macam budak-budak yang lain free lak tu. UPSR ALHAMDULILLAH walaupun den hanya dapek 3A tapi den bersyukur,mungkin tu yo rezeki den atas usaha yang dah dilakukan, ado gak ghaso macam nk poei asrama tapi mano ado sekolah nak result 3A kan hahahaha. Ok lah takat ni yo lah dulu penulisan den yo,karang kok den tulih panjang-panjang kok jomu lak reader-reader sumo yo dak. Apo yang nk den ingekkan(ingatkan) KELUARGA adolah sebaik-baik teman kek dunio ni,tak kiro maso susah ataupon maso sonang KELUARGA setio disamping kito kan

Family isn't always blood. It's the people in your life who want you in their's; the one who accept you for who you are. The ones who would do anything to see you smile and who love you no matter than that. To all of my family and friends who listen to me when I'm angry, hug me when I'm sad and laugh with me (or sometimes at me) whenever they can. I just wanted to say THANK YOU for being there for me. And I just wanted to tell you I LOVE YOU. 


Family is like music, some high notes, some low notes but always a beautiful song



Assalamualaikum & jumpo laeii....










Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ