Tuesday, 15 April 2014

FoOD froM JaVa 7 : PecaL JaWa


~Assalamualikum wbt~



Harini den nk berkongsi resepi yang sihat & lagi berkhasiat. Ingat resepi yang lalu urap jawa? Ermm ni satu lagi resepi yang mana adalah resepi yang sesuai untuk awok-awok yang jaga kecantikan sobab ehh boleh mengekalkan awet muda hiks3. 

Kali ni den nak baghi resepi pecal jawa @ gado-gado bukan gaduh-gaduh ye. Bahan-bahan yang senang kita dapat dan bagi den murah semuanya. Nak letak KANGKUNG pon boleh hua3. 

Sepertimana urap, pecal ni ponw kita main gaul-gaul sahaja. Cuma membezakannya mungkin di dalam penggunaan kuah kacang itu sendiri. Resepi ni memang sodap, sihat, ringkas dan yang penting kadar kalori yang rendah hua3..

Apo laei jom kito mulo memasak...


BAHAN-BAHAN PECAL (ANGGARAN SAHAJA) :-) 

  • Pucuk ubi, dicelur lembut, tos dan bila sejuk perah airnya 
  • Kacang panjang, kerat2 1inci dan celur sekejap, toskan 
  • Timun, hiris memanjang 
  • Senkuang, hiris memanjang 
  • Tauhu, goreng dan hiris 
  • Tempe, goreng dan hiris 
  • Taugeh, buang ekor dan celur sekejap, toskan 


BAHAN KUAH :-) 

  • 150 g kacang tanah 
  • 8 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2 inci isi cekur 
  • 1 inci belacan, dibakar 
  • 1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan 
  • 10 tangaki cili kering, kerat dan cuci, toskan 
  • 10 - 15 biji cili padi (optional) 
  • Jus asam jawa secukupnya 
  • Garam dan gula secukup rasa 


CARA MEMBUATNYA :-) 

  • UNTUK KUAH :- Kacang tanah, disangai hingga rangup, buang kulit dan kisar hingga hancur. Udang kering digoreng, angkat dan toskan, bawang merah dan bawang putih, digoreng, angkat dan toskan. Goreng juga cili kering dan cili padi, angkat dan toskan. Kemudian kisar bahan untuk kuah kecuali jus asam jawa, kacang tanah, garam dan gula. Kemudian gaul bahan kisar tadi dengan kacang tanah, tambah air asam secukupnya, tabah garam dan gula secukup rasa, jika perlu tambah air. Kuah perlu sederhana cair dan perlu ada rasa pedas, masam, masin dan manis (manis kena lebih sikit). Kacau rata dan ketepikan.
  • UNTUK PECAL :- Susun semua bahan2 sayur untuk pecal dalam bekas sesuai, tuang kuah secukupnya dan gaul rata. Hidangkan segera sebagai pembuka selera. Dalam gambar diatas, ada antara sayur tu ditutup dek kuah dan ada yang tidak kelihatan...harap maklum yeaa...

Jangan lupo cubo yo resepi ni. Baghi yang ado darah jawo mungkin terror buek benda ni mugkin tidak hua3. 

Yang x reti masak pon buleh cubo sobab bondo ni sonang main colo-colo yo dah siap. Sodap ko x sodap ko baghi tau kek den yo.


 Selamat Mencubo!!







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment