Friday, 18 April 2014

Ahli DUN Raja MeRapu?


~Assalamualaikum wbt~



Den polik lak dongan sorang Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ni, kojo ehh dalam dewan duk merapu yo xdo kojo laen. Xdo motif langsung. Bagi soalan merapu, bangun untuk membantah merapu, apo yang dibantah pon dio x tau. Ni buek kojo sebagai YB ko x ni?

NASIBLA DAPEK YB YG TAK PAHAM BAHASA.....ADOIII...

Ahli DUN N33 Port Dickson, Ravi A/L Munusamy menjerit jerit mcm tak bertemadun meminta Dato' Samad DUN Seri Menanti untuk tarik balik ucapan Takziah kepada keluarga mangsa MH 370 dalam sidang dewan undangan negeri SEREMBAN 17 APR. (fb source Kmenangan BN N9 PRU13)

Itu dio bidas pasal TAKZIAH yang dio sendiri x tau, bilo x menjadi malu sendiri x berdayo bercakap mulo dio nak bidas pasal air lak, marahkan MBNS Jom kito tengok abg blogger jahat tulis..


Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, Ravi Munusamy membidas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kenyataannya untuk menjual air terawat ke Selangor.Ravi (gambar) turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.

“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, minta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tiada masalah menjual air untuk menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban 16 April lalu.
Tambah Ravi, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia jual air kepada orang lain, ” katanya. (source abg blogger jahat)

Den golak yo, kek ghumah den ok yo. Ko kek port deksyen ghumah YB yo kotor, ha YB bangunlah buek kojo. Jangan berani bangun kek dewan yo ckap merapu-rapu. Air tu kotor yo bukan krisis sampai xdo air YB oiiii. Jangan nak bolit-bolit lidah koba ini koba itu.


Laei satu apo ko jahat ehh abg blogger sorang nih yg den jumpo kek tenet, apo motif dio tunjuk surat khabar sinar harian yang tertera KRISIS AIR N9 MERUNCING bersamo dengan kenyataan YB Ravi? MOTIF??

Abang oii tu surat khabar lamo, tarikh bulan duo, ni bulan ompek hujan ALLAH bg mencurah-curah dh ha, kuek nipu. Nak gak buek fitnah dosa, owg macam abang ni la yang buek HUJAN x turun kek NISMILAN ni. Abang pon kuek merapu cam YB. Tobat-tobat..









Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment