Wednesday, 9 April 2014

AmEk kEk kAu


~Assalamualaikum wbt~



Apo lah entry merepek lak ni hiks3. Bukan merepek lorh ionya berkaitan seorang omak kek Negara China memukul anaknya menggunakan penyangkut baju di belakang badannya kerana anak ehh dogil, ha amek kek kau.

Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.
Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.
Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi

Ermm bg den dh dogil itu yo makan ehh. Seriously den dh ado pengalaman mcm tu sobab ehh den dogil dlu. Omak den mmg garang gilo. Den x kono dengan penyangkut baju tapi batang paip sobab ehh mandi sungai tanpa kebenaran ha3. 

Kalo bab sekolah cikgu rotan ko mmg xkan ngadu lorh sobab omak akn nyalahkn kito balik, mesti kito buek salah kalo x, xdo sobab cikgu nk rotan. Tak mcm zaman sekarang,cikgu pon kono saman rotan murid x buek kojo sekulah, mano x anak naik muka susah diajar. Budak-budak sekarang….



~Wassalam~




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment