Tuesday, 15 April 2014

CaTUan Air : Apa KatA anDA?

~Assalamualaikum wbt~




Erm tajuk entry agak sensitif, more to serious. Bukan apa, hal catuan air terutamanya di Selangor sangat-sangat mendapat perhatian rakyat bukan sahaja rakyat Selangor tetapi rakyat negeri lain juga. 

Kenapa ini berlaku? kenapa hanya di Selangor? Ermm banyak pertanyaan yang berlegar di dalam kepalo den ni ha. Isu ini agak serius memandangkan air adalah keperluan harian kita. 

Justeru, apabila masalah bekalan air pula tercetus selepas bermulanya musim kemarau, persoalan utama yang bermain dalam kebanyakan penduduk ialah mengapakah pihak berwajib seperti Syarikat Bekalan Air Selangor atau Syabas dan kerajaan negeri Selangor tidak mempelajari episod hitam yang melanda negara pada 1997?

Ketika itu, negara dilanda musim kemarau yang teruk dan masalah catuan air terpaksa dilakukan selama enam bulan. Jika kita kaji lebih mendalam masalah air di Selangor timbul tanda tanya adakah ianya berpunca daripada ketidakcekapan kerajaan negeri iaitu kerajaan Pakatan Rakyat @ pihak SYABAS itu sendiri.  


Persoalan tersebut juga membawa kepada beberapa khabar angin dalam kalangan rakyat dan laman blog yang mendakwa masalah bekalan air ini berkemungkinan satu konspirasi politik gara-gara sengketa antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Syabas.

Walaubagaimanapun MOU telah dimeterai oleh kedua-dua pihak bagi menangani masalah air ini. Hal berkaitan masalah air ni sangat popular di Selangor berbanding negeri-negeri yang lain.

Laporan berita lebih tertumpu pada masalah air di Selangor sedangkan den pasti masalah ini juga berlaku di negeri-negeri lain seperti negeri den ni ha dan juga sabah serta sarawak. Tapi kek tompek den ianya tidak lah serius sepertimana di Selangor. 


Den ado mendengar rungutan daripada kawan den yang menetap di Sarawak, Sarawak juga mengalami masalah air tetapi tidak di hebohkan, politik sangat hiks3. Den pasti Sarawak bukan kekurangan air tetapi kekurangan paip air, lagi-lagi mereka yang menetap di pedalaman. 

Kerajaan pusat seharusnya memandang serius hal berkaitan kerana Sarawak adalah negeri penyumbang kemenangan mereka pada PRU yang lalu. Cukup-cukup lah berebut negeri Selangor tu. Bangunkan Sarawak dengar rintihan rakyat disana, jangan tido dalam sedar. 

Selama den menetap di Selangor terdapat jurang perbezaan antara pemerintahan pakatan rakyat dengan kerajaan persekutuan yang banyak menarik perhatian lagi-lagi mahasiswa macam den. Program-program agama yang menarik perhatian serta pengurangan hal-hal berkaitan hiburan terutama di Shah Alam. 

Tidak hairan lah Selangor kekal ditakbir oleh Pakatan Rakyat dan Kajang kekal ditangan PKR.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment