Sunday, 27 April 2014

Muatnaik Tafsir Al-Quran Apa Motif Raja Azmi


~Assalamualaikum wbt~



Penerbit terkenal, Raja Azmi sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik sekeping foto yang mengandungi tafsiran Al-Quran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Perkongsian itu disertakan dengan caption berbunyi "Tafsiran Surah An-Noor ayat 31…tiada menyebut wanita yg tak pakai tudung masuk neraka. Sekadar berkongsi ilmu..amiin” dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikutnya sehingga isu sebelum ini berkaitan "tidak bertudung tidak akan masuk neraka" kembali hangat diperkatakan mereka.

Bagi mengetahui motif sebenar Raja Azmi memuatnaik gambar tersebut, pihak Astro Gempak telah menghubunginya untuk mendapat penjelasan lanjut.

Kata wanita berusia 55 tahun itu, tindakannya memuatnaik foto berkenaan hanyalah bertujuan untuk berkongsi ilmu keagamaan namun niatnya dikatakan telah disalahtafsir oleh orang ramai.


"Saya rasa mereka sudah salah faham, tiada niat untuk mempersoalkan apa-apa, cuma niat saya memuat naik gambar ituadalah sekadar untuk berkongsi."

"Menutup aurat itu bagus dan sata juga faham aurat bukan sahaja merangkumi rambut malah tubuh badan juga.. Terpulanglah pada mereka untuk tafsirkan," katanya ketika dihubungi.

Kalo kita x tahu apo-apo lobih baek kito diam yo dak. Mulut ni buleh bawa binaso pado sapo-sapo yang menyalah gunoan yo...





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment