~Assalamualaikum wbt~
Artis-artis, salahkah menjadi artis? Bagi den x kut, tapi cara pembawakan diri haruslah betul. Sebagai orang yang dikenali perbuatan anda mahupun keluarga sentiasa diperhati.
Den nak konsgsi disini jawapan Sheila Majid apabila ditanya tentang imej dan penampilan anak sulungnya Kayda Aziz, yang agak 'panas'.
"Saya biarkan anak-anak saya lalui zaman mereka. Saya tak boleh lindungi mereka setiap masa. Sometimes you have to make mistake to grow up. Kalau pun mereka buat salah satu hari nanti, biarkan mereka belajar daripada kesilapan dia itu. Dulu, saya pun pernah buat silap tapi ketika saya hanyalah anak Haji Majid, tiada siapa pun peduli."
"Dia baru berusia 22 tahun. Dan dia bukan seorang selebriti. Bagi saya, biar dia buat apa yang dia nak buat, apa yang dia suka buat termasuklah dari segi pakaian dia. Diusianya yang sekarang ini, dia masih tercari-cari lagi imejnya dan apa yang dia suka pakai.
"Tapi sebagai ibu, saya selalu menasihati dan berpesan kepada dia supaya berhati-hati kerana di luar sana ada banyak mata yang memandang", katanya lagi dipetik Malaysian Digest.
Mencegah lagi baik dari merawat betul x? Erm x tau la den, mungkin ini cara die mengajar anak-anak die boto x :0 . Den sependapat dengan rakan FB kita ni yang menyatakan pendapat berbunyi..
"Namun begitu sebagai IBUBAPA, kita pernah melalui zaman jahil. Sentiasa awasi dan menasihati mereka, yang salah ditegur dan ditegah, yang baik dipuji dan digalak, jgn biarkan saja. Anak itu adalah harta dan amanah Allah buat kita. Ibu yang baik akan sentiasa mengingatkan anak tentang halal dan haram. kalau kita pernah buat salah, jgn laa pulak kita biarkan anak kita buat salah juga. Mati tu bila bila, tak kira muda atau tua. Kalau diakhir hidupnya dia DLM keadaan yg tidak baik dan tak sempat bertaubat, alangkah ruginya kan. Sekadar beri pandangan yg tidak seberapa. Sama sama lah kita muhasabah diri utk menjadi yg lebih baik."
0 comments:
Post a Comment