Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Wednesday, 16 April 2014

Karpal Singh, PA maut


~Assalamualaikum wbt~


Erm berita ni amat mengejutkan den yang baru bangun tido. Ya Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.


"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. 

Mungkin ianya kehilangan besar bagi blok pembangkang. Takziah la pado keluarga, walaupun ado antaro kito memang bengang ngan dio ni termasuk den, tapi kito sebagai muslim eloklah kito tidak mengecam dan seharusnya menunjukkan akhlak kito sebagai muslim dan menghormatinya.

Hadis riwayat Jabir Bin Abdullah ra., ia berkata: Ada iringan jenazah lewat,  lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu mengetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. ( Shahih Muslim No 1593).


~Wassalam~




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Ya HaNaNa Ko DisKo?


~Assalamualaikum wbt~ 


Erm agak sensitif tajuk entry kito yo, jangan salah sangko lak yo den bukan nak mengundang kontroversi tapi ini yang berlaku. BUDAYA mengalunkan qasidah ketika ini dilihat semakin mendapat sambutan dalam kalangan orang ramai khususnya melalui penganjuran Malam Selawat Perdana dan Malam Cinta Rasul di negara ini.

Biasanya alunan qasidah ini dipelopori oleh Habib Syech As Seggaf yang berasal Pasar Kliwon di daerah Surakarta di Indonesia.

Penganjuran majis sama turut diadakan di beberapa lokasi lain secara persendirian.

Antara alunan qasidah yang popular ialah Ya Hanana yang bermaksud ‘Betapa Beruntungnya Kami’ yang mana ia dialunkan di majlis-majlis kesyukuran dan juga perkahwinan.

Bagaiamanpun tersebar di laman sosial ialah alunan Ya Hanana dalam gaya yang pelik bercirikan ala-ala disko.

Ia dilihat dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial Facebook. Video berkenaan menunjukkan gelagar sekumpulan wanita di dalam satu dewan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.’

Ia dialunkan mereka dalam suasan gelap seperti disko dan turut menghayunkan sejenis alat yang memantulkan cahaya yang biasa digunakan dalam pusat hiburan ketika mengalunkan qasidah berkenaan.

Sudah pasti jika mengalunkan sesuatu berkenaan Islam tetapi mengikut gaya kehidupan Barat yang menyeleweng, ia pasti melanggar syarat-syarat dalam Islam.

Lebih-lebih lagi apabila ia diadakan dalam suasana gelap dan kelam.

Tidak dapat dipastikan kumpulan apakah yang mengalunkan qasidah berkenaan. Pemerhatian awal penulis ia adalah seperti sebahagian satu program seminar atau kursus yang diadakan dalam sebuah dewan.

Tindakan pihak penganjur memaparkan pula nama kelab malam terkenal di Kuala Lumpur, “Zouq” di atas paparan skrin besar di pentas juga tidak diketahui motifnya, adakah hendak mewujudkan suasana sama dengan Zouq dengan cara sebegitu?

Banyak cara untuk membawa golongan muda dekat dengan Rasulullah atau Islam, kalau dengan menyamakan disko dengan agama den rasa ia agak tidak sesuai. Den pun suko donga tapi yang ni agak polik, ekstrem, nak tergolak pon ado den tgk, apo lak cam tu sekali yo x?







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Tuesday, 15 April 2014

IsLaM's WoMen JeWel of IsLaM


~Assalamualaikum wbt~


At a time when the rest of the world, from Greece and Rome to India and China, considered women as no better than children or even slaves, with no rights whatsoever, Islam acknowledged women's equality with men in a great many respects. The Quran states:

"And among His signs is this: that He created mates for you from yourselves that you may find rest and peace of mind in them, and He ordained between you love and mercy. Certainly, herein indeed are signs for people who reflect." [Noble Quran 30:21]

Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) said:

"The most perfect in faith amongst believers is he who is best in manners and kindest to his wife." [Abu Dawud]

Muslims believe that Adam and Eve were created from the same soul. Both were equally guilty of their sin and fall from grace, and Allah forgave both. Many women in Islam have had high status; consider the fact that the first person to convert to Islam was Khadijah, the wife of Muhammad, whom he both loved and respected. 

His favorite wife after Khadijah's death, Ayshah, became renowned as a scholar and one of the greatest sources of Hadith literature. Many of the female Companions accomplished great deeds and achieved fame, and throughout Islamic history there have been famous and influential scholars and jurists.

We might also mention that while many in the West criticize Islam with regard to the treatment of women, in fact a number of Muslim countries have had women rulers and presidents. To name a few: Turkey; Bangladesh and Pakistan.

With regard to education, both women and men have the same rights and obligations. This is clear in Prophet Muhammad's saying:

"Seeking knowledge is mandatory for every believer." [Ibn Majah]

This implies men and women.

A woman is to be treated as God has endowed her, with rights, such as to be treated as an individual, with the right to own and dispose of her own property and earnings, enter into contracts, even after marriage. 

She has the right to be educated and to work outside the home if she so chooses. She has the right to inherit from her father, mother, and husband. A very interesting point to note is that in Islam, unlike any other religion, a woman can be an imam, a leader of communal prayer, for a group of women.

A Muslim woman also has obligations. All the laws and regulations pertaining to prayer, fasting, charity, pilgrimage, doing good deeds, etc., apply to women, albeit with minor differences having mainly to do with female physiology.

Before marriage, a woman has the right to choose her husband. Islamic law is very strict regarding the necessity of having the woman's consent for marriage. The groom gives a marriage dowry to the bride for her own personal use. 

She keeps her own family name, rather than taking her husband's. As a wife, a woman has the right to be supported by her husband even if she is already rich. She also has the right to seek divorce and custody of young children. She does not return the dowry, except in a few unusual situations.

Despite the fact that in many places and times Muslim communities have not always adhered to all or even many of the foregoing in practice, the ideal has been there for 1,400 years, while virtually all other major civilizations did not begin to address these issues or change their negative attitudes until the 19th and 20th centuries, and there are still many contemporary civilizations which have yet to do so.


~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

CaTUan Air : Apa KatA anDA?

~Assalamualaikum wbt~




Erm tajuk entry agak sensitif, more to serious. Bukan apa, hal catuan air terutamanya di Selangor sangat-sangat mendapat perhatian rakyat bukan sahaja rakyat Selangor tetapi rakyat negeri lain juga. 

Kenapa ini berlaku? kenapa hanya di Selangor? Ermm banyak pertanyaan yang berlegar di dalam kepalo den ni ha. Isu ini agak serius memandangkan air adalah keperluan harian kita. 

Justeru, apabila masalah bekalan air pula tercetus selepas bermulanya musim kemarau, persoalan utama yang bermain dalam kebanyakan penduduk ialah mengapakah pihak berwajib seperti Syarikat Bekalan Air Selangor atau Syabas dan kerajaan negeri Selangor tidak mempelajari episod hitam yang melanda negara pada 1997?

Ketika itu, negara dilanda musim kemarau yang teruk dan masalah catuan air terpaksa dilakukan selama enam bulan. Jika kita kaji lebih mendalam masalah air di Selangor timbul tanda tanya adakah ianya berpunca daripada ketidakcekapan kerajaan negeri iaitu kerajaan Pakatan Rakyat @ pihak SYABAS itu sendiri.  


Persoalan tersebut juga membawa kepada beberapa khabar angin dalam kalangan rakyat dan laman blog yang mendakwa masalah bekalan air ini berkemungkinan satu konspirasi politik gara-gara sengketa antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Syabas.

Walaubagaimanapun MOU telah dimeterai oleh kedua-dua pihak bagi menangani masalah air ini. Hal berkaitan masalah air ni sangat popular di Selangor berbanding negeri-negeri yang lain.

Laporan berita lebih tertumpu pada masalah air di Selangor sedangkan den pasti masalah ini juga berlaku di negeri-negeri lain seperti negeri den ni ha dan juga sabah serta sarawak. Tapi kek tompek den ianya tidak lah serius sepertimana di Selangor. 


Den ado mendengar rungutan daripada kawan den yang menetap di Sarawak, Sarawak juga mengalami masalah air tetapi tidak di hebohkan, politik sangat hiks3. Den pasti Sarawak bukan kekurangan air tetapi kekurangan paip air, lagi-lagi mereka yang menetap di pedalaman. 

Kerajaan pusat seharusnya memandang serius hal berkaitan kerana Sarawak adalah negeri penyumbang kemenangan mereka pada PRU yang lalu. Cukup-cukup lah berebut negeri Selangor tu. Bangunkan Sarawak dengar rintihan rakyat disana, jangan tido dalam sedar. 

Selama den menetap di Selangor terdapat jurang perbezaan antara pemerintahan pakatan rakyat dengan kerajaan persekutuan yang banyak menarik perhatian lagi-lagi mahasiswa macam den. Program-program agama yang menarik perhatian serta pengurangan hal-hal berkaitan hiburan terutama di Shah Alam. 

Tidak hairan lah Selangor kekal ditakbir oleh Pakatan Rakyat dan Kajang kekal ditangan PKR.






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Monday, 14 April 2014

FoOD froM JaVa 6 : URap JaWa


~Assalamualaikum wbt~


Kabare waras? Hu3 arini den dengan baek hati nak update sal resepi dari jawa, urap jawa. Resepi ni memang senang nak m*****,hiks3. 

Sobab apo den koba macam tu? sobab ehh memang senang dan berkhasiat laei-laei tuk orang sedang diet macam den hahahaha.. 

Den tergerak nak update pasal urap ni pun sobab ehh den baru jew makan jiran aka orang jawa baghi kek den hahahaha.. Omak den maleh nak cari daun kencur nk buek ni laei pon den xdo tanam daun nih. 

Urap ni buleh la dikatakan sebagai kerabu & istilah barat lobih kurang koslow la hua3. Sayur dan herba yang digunakan membuekkan makanan ni mempunyai rasa yang agak istimewa serta unik.
 Jom kita selami resepi ni yo.




Bahan-bahan ( satu family )


  • Satu biji kelapa - parut amik yg putih jerk
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 btg cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 6 biji cekur@kencur
  • 2 helai daun cekur@kencur- hiris halus
  • Segenggam ikan bilis kopek
  • Garam
  • Perisa - jika suka

* pucuk ubi - celur dan carik2@hiris
* kacang panjang - celur dan potong memanjang
* taugeh - celur
* kacang botol (optional) - hiris - xde pon masa tu



Cara-cara

  • Tumbuk bawang merah,bwg putih,cili padi,ikan bilis,biji cekur@kencur hingga agak2 lumat.
  • Masukkan skali garam dan juga perisa.
  • Kaup dan masukkan ke dalam kelapa parut. gaul.
  • Panaskan kuali dan sangai kelapa tadi hingga agak2 kering. jgn kering sgt. agak2 ler!
  • Tuang dalam mangkuk dan gaul rata dengan sayur@ulam2an tadi serta daun kencur. siap utk dhidang.
  • Masakan ni mudah basi jika dbiarkan terlalu lama. Utk mengelakkannya, asingkan dahulu sayur@ulam2an dan juga kelapa yg dh siap sangai tadi. bila nak makan@menghidang, barulah dgaul rata.


Amacam senang sangatkan? baghi yang maleh nak masak la, maleh nak beli barang banyak-banyak la buleh buek urap ni. Omak den kalo buek memang x buek lauk laen. Satu family makan ni jew. Laei 1 makanan ni boleh kekalkan awet muda hu3 tengok orang jawa lawa-lawa bergetah laei x kedutkn bilo dah berumur, pemakanan rahsianya hi3. Selamat mencubo na....

RINGKAS ITU PASTI SODAP!



~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

FoOD froM JaVa 5 : SaMbaL GoRenG



~Assalamualaikum wbt~






Ok tuk entry resepi kali ni selopeh den mendiamkan diri beberapa hari den nk baghi resepi Sambal Goreng jawa orang Johor. Bagi den yang sejak kecil sudah biasa disajikan dengan hidangan sambal goreng jawa ni, tentulah den lebih cerewet dan tahu hua3, bukan apo bayak nau sambal goreng la ni dah kono ubah-suai. Bukan x buleh tapi asli ehh dah xdo la kan? Tak boleh nak kata apalah, selera masing-masing.

Satu laei, Sambal goreng bagi masyarakat jawa ni sebenarnya bukanlah dihidangkan ikut suka hati, sambal goreng ini lazimnya ditemui setiap kali masyarakat Jawa mengadakan majlis Yasinan, kenduri tahlil ( dimakan dengan nasi ambeng ), hari raya dan majlis cukur jambul. Boleh dikatakan ia antara hidangan ekslusif dan kita ( orang-orang Jawa ) hanya akan dapat merasa sambal goreng pada waktu-waktu yang dinyatakan.

Sebenarnya boleh je kalau nak masak dalam menu harian, tapi memandangkan sambal goreng ini mengandungi campuran pelbagai bahan, kalau masak sikit pun jadi banyak kan. So, sambal goreng Jawa ni kira paling afdal disediakan time ada keramaian atau kenduri kendara. Jadi, time raya-raya ni waktu paling tepatlah untuk sediakan sambal goreng jawa ni.

Sebelum ni den baghi resepi yang simple n mudah diesediakan. Yang ni kira simple gak tapi bahan-bahan yang digunakan agak banyak maklumlah ekslusif hiks3. Apo laei jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaan sambal goreng ni ye..





Bahan-bahan kisar Sambal Goreng Jawa :
Hidangan untuk 4-5 orang makan


  • Bawang merah- 10 biji
  • Bawang Putih- 5 biji
  • Ikan Bilis setengah cawan ( direndam dahulu )
  • Cili padi/ cili kering 15 tangkai ( ikut kesesuaian )
  • Serai 1/2 inci
  • lengkuas 1/2 inci


Bahan-bahan Untuk Dihiris/ Potong :


  • Kentang sederhana besar 5 biji ( hiris sederhana tebal dan kecil )
  • Tauhu basah 3 keping ( Potong bentuk rectangle )
  • Tempe 5 keping ( dihiris nipis dan kecil )
  • Fucuk ( tauhu kering ) 3 keping ( digunting bentuk segi dan direndam )
  • Soo Hoon sebungkus kecil ( digunting dan direndam )
  • Ikan Bilis sederhana besar ( digoreng sehingga kekuningan )
  • Bawang Besar  2 biji ( di hiris )


Bahan-Bahan lain :


  • Kicap lemak manis
  • Santan pekat 1 1/2 cawan
  • Asam jawa 1/4 cawan
  • Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Sebenar

1. Goreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya.Diikuti 
    goreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sehingga naik 
    bau.Masukkan juga bawang besar yang sudah di hiris.
3. Masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng dan dipotong tadi secara sedikit demi 
    sedikit.Kacau sekali lagi.
4. Masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam.
5. Masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula dan serbuk 
    perasa mengikut kesesuaian.
6. Kacau sekali lagi sehingga kering dan sedia untuk dihidang.



Sambal goreng Jawa ni boleh dikatakan resepi original sambal goreng. Sebabnya kalau ikutkan, sambal goreng ini dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng, ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi.

Walaupun bahan agak banyak tapi senang disediakan main campak-campak dh jadi he3, selamat mencuba..



~Wassalam~






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

My LoVEly CouSiN

~Assalamualikum wbt~
~안녕하세요~



Erm amik mood korea ckit hahahaha, bkn ap lama gak den x buek & x nulih pasal korea. 

Kalo dah strt nulih pasal korea x kira la dri segi culture, bhasa, hiburan mahupun makanan memang x habih nk cerita.

 Ok entry kali ni blh baca kt ats tu hiks3. My lovely cousin, yes den nk cerita psal cousin-cousin den. 

Sperti mana yang kwg tahu pakcik & makcik den ni x kira belah ayah mahupun emak minat sgt kawen cmpur,stakat ni ad yg berkhwin dgn india, cina, indonesia, america + korea & ad dari jerman.

Pertukaran budaya koba ehh hua3. Tapi kali ni den nk cerita sal sepupu den belah ayah den yg ayahnya berkahwin dgn wanita america + korea. 
Ermm nmpak kompleks skit kan hahahahaha. 

Sebab ap den pilih cousin den yg ini coz den sgt baek dgn die la hahahahaha. Cousin den lahir bkn kt malaysia bukan kt korea tp di america hu3 saja maen teka2. 


Wlaupun dlhirkan & dbesrkan dsana prgaulan, agama tlh di didik dari kecil, al-maklumlah ayah ehh sgt tegas (macam ayah den, dh adik bradik perangai sama la) lagi-lagi atuk den imam erm bab agama no 1.

Den knal cousin den pon bila mna ayah n omak ehh balik ke malaysia. Erm walaupn omak sedara den ni orang america+korea bahasa melayu die ok gak hahahaha.

Cousin den ni xda la sombong mana wlaupun lama menetap kek america, perilaku mcm pure melayu tp rupa hahahahaha xda melayu kut hu3.
Ayah mereka mmg sangat-sangat tegas, cousin L don't ever hang out with a girl same with cousin P.

Selalunya den la yg jadi peneman bg cousin P den ha,kita orang pun dh macam adik-beradik dh.

Kadang-kadang jalan sma orang sekeliling pelik orang luar pakai baju kurung ha3. Pergi mana-mana still kena inform dengan pak cik den tu.

Tapi skang x dapek kuar lagi hahahaha, bukan apo cousin den tu dh smbung stdy kek Korea, den sambung degree die fly ke Korea lak.

Nak ikut x dapt hahahahaha,jadi internet jdi penghubung. I'm learn about Korean culture, language, recipe and get a friends from Korean semua dari usaha die hua3, ye la dh poei sana x reti-reti nak kongsi experience hua3, kut dapat orang sana mana tau hahahaha (x mungkin-x mungkin).

For my cousin, I hope that, kamu akan berjaya disana.
I believe U can do it. Don't trust and ever find Korean man or other international man hahahahaha kalu dh jodoh nak buek mcm mna yo x.

Ingat pesan ayah kamu na. Always remember me y'r brother, take care my cousin, My LoVEly CouSiN.



~Wassalam~






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 9 April 2014

SpeCiAL EdiTiOn rECipe : SamBaL iKAn Bilis CiLi Padi

~Assalamualaikum wbt~


Ha seperti dijanjikan khas untuk kawan-kawan den mantan stdent AS202 DEC2010-APR2011 yg suko bona kek sambal den ni ha. Arini den nk ajo kwg sumo resipi yg mudah tp sering kali dicari dan sering kali abeh bilo den masak n bawa ke koleh ado yo x cukup ehh. Ado den aja pkai mulut yo koba ehh x samo ha ni den bg resepi yo. Den baghi amaran awl-awl kok x tahan jangan cubo-cubo try,karang takut crit-birit lak. Nak suh lotak cikit lado,kang x sodap lak ghaso ehh. Sekali laei den koba, den masak guno bhan yg ringkas n x tambah mcm-mcm. Harap kwg happy yo, sambal ni elok tuk owg dh kawen hua3, bkn den koba tp owg tuo2 koba. Ok2  x mau merapu laei meh kito tgk mcm mana nk sediakn sambal ni yo. Kojap laei satu den lupo nk masak sambal ni please jgn guno cili akar ko, cili bosa ko, cili hijau ko tp guno cili kocik-kocik tu..cili api @ cili padi @ cili kampung baru ada ummpp terangkek mulut mak mertuo lalu ponw x perasan hua3.

Contoh-contoh cili membunuh hahahaha..


Bahan-Bahan 

  • Ikan bilis (kalo guna yg saiz kecil lg sedap tp mhal skit)
  • Cili padi @ cili kampung
  • Bawang besar/bawang merah (kena banyak baru sedap rasa manis bawang)
  • Bawang putih
  • Garam, gula
  • Bahan perasa (kalo nk letak)


Cara-cara
  • Goreng ikan bilis garing dulu..pastu angkat...toskan (kalo malas nk goreng terus ke step kedua tp ikan bilis x jdi rangup la ye)
  • Tumiskan cili  yg dah ditumbuk dgn bahan2 tadi tu (cili+bwang putih+bwang merah) (Peringatan sila tumbuk bukan blander ye, coz kalo blnder surely mmg x sdap,jadi sila la rajin-rajin sdkit ye). Make sure minyaknya ngam2 utk menumis. Kalau kurang minyak, sambal tak sedap sbb tak cukup masak, blh skit perut. Tumis sampai agak2 garing..masa ni seisi umah sure bersin2 ya...kalo dh bersin tu tanda sedap la tu ha3.
  • Masukkn garam,bhan perasa serta gula. Selalunya den x letak gula coz den x suka sambal manis, jdi ikut masing-masing k.
  • Bawang besar potong mcm roda bulat-bulat ye. Den suka letak lebih,mana yg x suka boleh letak sikit coz bawang boleh tmbah manis smulajadi pada sambal.
  • Biar sebentar agak2 lama tu rasa-rasa lada dh masak masukkn ikan bilis yang digoreng tadi serta bawang besar tadi. Kalo masuk awl bawang terlampau msak n ikan bilis akn jadi trlampau lembut.
  • Guna api pelahan untuk masak k,bila sambal agak kering boleh la angkat. Mana yang x minat sambal kering boleh angkat masa sambal ada kuah laei k. Sambal kering tahan lama serta ikan bilis tu masih rangup laei...apo laeii nasi paneh satuuuu hu3..
Gambar sekadar hiasan hahahaha

Erm den dah tunaikn janji tuk buat entry sal sambal bilis cili padi ni yo, jadi kwan-kwan smuo buleh la cubo. Yang dh kawen xdo alasan payah nk masak la, x reti la, bhan ssh nk cari la, bondo sonang yo ni. Den ucap terima kasih la pado yang suka sgt kek smbal den ni n maaf pado sapo-sapo yang x sompek or x dapek nk makan sambal ni. Mf den gak pado yang sapo-sapo makan terus cirit yo hahahahaha..perkataan haram den bawak masuk hua3. Jadi sila la mencuba kawan-kawan n igt moto...


RINGKAS ITU PASTI SODAP


~Wassalam~








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

AmEk kEk kAu


~Assalamualaikum wbt~



Apo lah entry merepek lak ni hiks3. Bukan merepek lorh ionya berkaitan seorang omak kek Negara China memukul anaknya menggunakan penyangkut baju di belakang badannya kerana anak ehh dogil, ha amek kek kau.

Beijing: Polis China memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang memukul anak lelakinya dengan penyangkut baju selepas berpuas hati budak terbabit “nakal” kerana tidak menyiapkan kerja rumah.

Kecederaan Xiao Bing, 6, dikesan seorang guru di sebuah tadika di Jiangmen di wilayah Guangdong ketika budak terbabit menyalin pakaian untuk menyertai sesi pendidikan sukan.
Melihat kecederaan itu, guru terbabit mengambil gambar Xiao menggunakan telefon bimbit dan menyerahkannya kepada polis.

Namun, walaupun kecederaan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, ibu Xiao tidak ditahan selepas polis Jiangmen mendapati ia tidak terlalu serius seperti dijangka.
Menurut sumber berkenaan, ibu dan bapa Xiao tidak berpuas hati dengan pencapaian akademiknya.

Katanya, Xiao juga didakwa nakal dan sering mengabaikan tugasan diberi guru.

Justeru, kata sumber itu, ibu bapa Xiao berpendapat anak mereka perlu diajar supaya lebih bertanggungjawab.- Agensi

Ermm bg den dh dogil itu yo makan ehh. Seriously den dh ado pengalaman mcm tu sobab ehh den dogil dlu. Omak den mmg garang gilo. Den x kono dengan penyangkut baju tapi batang paip sobab ehh mandi sungai tanpa kebenaran ha3. 

Kalo bab sekolah cikgu rotan ko mmg xkan ngadu lorh sobab omak akn nyalahkn kito balik, mesti kito buek salah kalo x, xdo sobab cikgu nk rotan. Tak mcm zaman sekarang,cikgu pon kono saman rotan murid x buek kojo sekulah, mano x anak naik muka susah diajar. Budak-budak sekarang….



~Wassalam~




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

DuNio SePi


~Assalamualaikum wbt~

Tajuk x agak-agak hua3, bukan apo lobih 1 hari setengah den x update blog den. Ghaso rindu hahahaha. 

Macam lamo lak den tingglkan blog ni lak yo. Bukan apo ado hal yang kono didahulukan dulu. 1 hari x duk ghumah duk brjalan. Jalan-jalan cari kojo n lecturer hiks3. 

Alhamdulillah, den ado dpt panggilan temuduga, sobab tu duk prepare n x update blog hu3. Usaha dh den buek, dpt @ x terpulang pdo rezeki den hanya ALLAH yang tahu.

 Kadang kala dalam hal mcm ni kito x buleh putus aso, walaupn kadang kala den sendiri rasa dh give-up n semangat jatuh menjunam sangat. 

Tapi bila fikir-fikir katakan den mencuba 10 kali n give-up den x tau kalo den cubo yg ke-11 kali insyaALLAH den dapatkn? 

Allah x kan menguji seseorang hamba  itu melebihi kemampuan hambanya itu, jadi chill la,berusaha lebih. Thanks pada yang banyak memberi nasihat n kata-kata semngat kek den. Memang den sangat-sangat berterima kasih. 

Kata-kata semangat sangat berguna jika kita berada dalam kondisi semacam den ni. 
Dan lagi satu apo yang den terapkan, yolah kito sebagai seorang islam tempat mengadu paling mujarab ialah pada pencipta kita, Dio lah yang sangat-sangat faham akan kondisi,perasaan hambanya  kan.

 InsyaALLAH den akan teruskan perjuangan ini dan terus memotivasikan diri selalu.


~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Sunday, 6 April 2014

MastERS Vs KerJA


~Assalamualaikum wbt~


Arghh den dalam delema, nk poei sambung master ko nk poei kojo? Kok sambung mulo la omak den menjeling hahahaha, bukan apo omak den baghi poei tp dengan usaha sendiri. 

Den pon faham,den bukan dari kluarga yang sonang, cukuplah diploma n dgree omak den tolong. Bilo trpikir poei kojo, nak di jdikan cerito dh attend banyak interviews tp....rezeki tuhan yang tau n bagi.

 Dugaan bg seorang manusia mcm ak, Dio lah yang tahu perasaan yang trpendam kek ati ak ni,tp still positif kan diri ingat seperti mana yang diberitakan pada surah al-Anbiyaa’ iaitu;


ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون

”Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.”[Al-Anbiyaa’: 35]


Ermm ada kalanya terasa semangat den ni jatuh menjunam macam jatuh gaung dalam. Tapi den tau dugaan cabaran yang diberi tanda ALLAH sayang dokek den, dan den tahu den mampu menanggung ehh ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan;


لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286]


Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Jadi positif kan diri, akal fikiran. Segala dugaan akn diberi timbalan yang lebih manis kemudian kelak. Ya ALLAH den bersyukur ke ateh segala dugaan yang ko berikan. Master @ Kojo biar takdir yang menentukan. Kok ado rezeki insyaALLAH.



Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.  Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. (As-Shuraa, 42: 32-33)


~Wassalam~






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

RuPa KenTUT

~Assalamualaikum wbt~


Tajuk entry? po lak macam tu sangat hahahaha. Goli geleman yo! 
Xyah geli sgt sumo ow buek kan. Kalo x harus sakit perut angin x kuar,kita manusia biasa hik3. 

Tapi ado yang ponah nampak? x do kan donga ado la kan, macam-macam bunyi, manusia-manusia. 

Maaf kalo entry kali ini menggangu anda semua sehingga menganggu tido malam anda hua3. Ni den nak bagi tau, kalo reader semua berada ditempat awam cubo la cover-cover sikit ni x main lopeh yo. 

Menggangu kententeraman awan tau x & lagi 1 jangan ingat perbuatan anda tidak diperhatikan walaupun sekecil kentut hahahaha.

 Zaman sekarang semuo boleh di ambil sebagai bukti. X cayo? ha tengok video nih..





Ha dah cayo dah? jadi berhati-hati selalu hahahahaha..








Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

FoOD froM JaVa 3 : SaMbaL tOtOk

~Assalamualaikum wbt~



Sambal totok? Ermm nama pun nampak bona jawa ehh. Pokat lak tu hik3. Kali ni den tunjuk camno nak buek lauk(baghi den ni lauk la ) ni. 

Kalo dapek kek den makan ni pon dh cukup x yah nak makan ayam sumo. Nasi paneh-paneh ngan sambal totok ni. 

Kawan-kawan den suko makan sambal bilis den,tapi sambal totok ni den bolum baghi kek kawan,kalo baghi harus buek banyak-banyak kali hua3. Ala kawan nk makan kan,dh kito buleh buek, jadi buek kan yo la. Sambal ni laei la ringkas, ingek 

RINGKAS ITU PASTI SODAP

Sambal ni memang popular di kalangan masyrakat jawa, iolah orang dulu-dulu susah nak boli lauk jdi buek ini yo lah. Ok jom kito tgk mcm mano nak buek sambal yang sonang ni yo..




Bahan-bahan

  • 2 Gengam ikan bilis
  • 4 Biji bawang merah
  • 3 Biji bawang putih
  • 6 Cili api* kalo nak lagi pedas taruk la banyakkan
  • Garam

Cara-cara

  1. Mula-mula potong bawang putih & bawang merah
  2. Lepas tu goreng sehingga garing dan angkat..
  3. Goreng cili pulak sampai layu * time ni kemain meletup lagik cili tu…kalo nak selamat sila tutup kuali..kemudian goreng ikan bilis…saya guna ikan bilis yang jenis..gini..sedap uollss ikan bilis ni..
  4. dah garing angkat.
  5. Tumbuk cili ngan bawang kemudian masukkan ikan bilis…
  6. Tumbuk ikan bilis tu kasar2 jer tau…





 Gambo tu ehsan haslizalizz.com. Ermm amacam nampak sodap kan? apo laei meh la cubo x bayk bahan n sonang dibuek. Orang x tahu masak pon buleh buek sambal nih.



SELAMAT MENCUBA!






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ