Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Friday, 25 April 2014

Apa Hubungan Imam Muda Asyraf Dan Karpal Singh


~Assalamualikum wbt~


Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau kini dikenali sebagai IM Asyraf merupakan juara pertama program pencarian imam di kalangan generasi muda iaitu Imam Muda. Dalam Tweet beliau hari ini menyatakan bahawa Mendiang Karpal Singh antara yang terawal anjur majlis khas untuk rai beliau sebulan selepas Programm Imam Muda Astro 2010.


Pandangan masing-masing. Adakah ini sisi sebenar Mendiang Karpal Singh yang cuba diselindungi oleh pihak-pihak tertentu dengan memburuk-burukkan mendiang? 




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 23 April 2014

P 51 B.Gelugor Laluan Sukar Buat BN


~Assalamualaikum wbt~


Bercakap mengenai pilihanraya kecil kerusi Parlimen kawasan Bukit Gelugor di Pulau Pinang.Tinggal masa dan tarikhnya akan diumumkan.Biasanya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan dari Speaker Dewan Rakyat (dijangka Isnin depan)  dan mengadakan mesyuarat.

Sebelum ini ada tanda tanya apakah kerusi parlimen itu akan kosong selepas Karpal Singh dijatuhkan hukuman denda RM4,000 oleh mahkamah pada 11 Mac lalu kerana menghamburkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak pada 2009.

Namun ketika menunggu proses rayuan keatas hukuman yang melucutkan kelayakan sebagai wakil rakyat itu,Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalanraya awal pagi Khamis.

Atas kertas... laluan untuk BN menang dalam PRK Bukit Gelugor memang sukar.

Senang cakap 'ini kawasan depa' ,ibarat kata orang Penang merujuk kepada kubu kuat DAP itu.


Pada pilihanraya umum Mei 2013, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 42,706 dari 82,042 orang yang layak mengundi.

Bukit Gelugor merupakan kawasan di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Bukit Gelugor mempunyai beberapa lokasi strategi seperti Gelugor, Sungai Gelugor, Sungai Dua dan bersambung dengan Jelutong.

Jelutong merupakan kerusi Parlimen Karpal sejak tahun 1970 an... namun dilepaskan beliau selepas tewas dalam PRU10 pada tahun 1999. Kekalahan pertamanya selama lebih 40 tahun menjadi ADUN dan Ahli Parlimen.

Pada PRU11, 2004, beliau berpindah kawasan ke Bukit Gelugor, di mana beliau menang menewaskan calon MCA dengan majoriti tipis 1,261 undi.

Bagaimanapun pada PRU12, Karpal menang bergaya dengan memperolehi 21,015 undi. Sebelum mengejutkan berbagai pihak pada PRU13 dengan rekod majoriti antara yang tertinggi iaitu 42, 706 undi.

Mengikut data SPR pada 2013, P51 Bukit Gelugor mempunyai 14.48 peratus atau 11,880 orang pengundi Melayu, 61,112 atau 74.49 peratus pengundi Cina, 8,660 atau 10.56 pengundi India dan 0.48 peratus atau 390 lain-lain kaum.

Bukit Gelugor mempunyai 21 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan 432 lokaliti.

Yang pasti... seperti mana-mana PRK sebelum ini, BN perlu meletakkan calon, biar sesukar manapun haluan di atas kertas. Namun rakyat perlu diberikan pilihan.

BERIKUT RINGKASAN DATA PENGUNDIAN DI BUKIT GELUGOR

Ringkasan Data Pengundi:

1. Jumlah Keseluruhan Pengundi Parlimen P51 Bukit Gelugor adalah
82, 042 org dgn pecahan:

a. Melayu - 11,880 org (14.48%)
b. Cina - 61,112 org (74.49%)
c. India - 8,660 org (10.56%)
d. Lain2 - 390 org (0.48% )

2. Perbezaan Majoriti:

a. PRU 11 (2004) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 1,261undi.

b. PRU 12 (2008) - Calon DAP tewaskan MCA majoriti 21,015 undi

c. PRU13 (2013) - Calon DAP tewaskan Calon MCA majoriti 42, 706 undi.

3. Jumlah Daerah Mengundi - 21 PDM.

4. Jumlah lokaliti - 432 lokaliti.


Melihat daripada keputusan PRU yang lepas, undi yang diterima oleh BN semakin mengurang dan majoriti yang diterima oleh DAP semakin meningkat. Adakah pilihanraya kecil kali ini DAP menerima pertambahan undi majoriti?

Den ghaso agak susah BN untuk menawan P 51. Oleh itu den nasihatkan awal-awal yo la pado pemimpin BN ni, x payah nak baghi ni baghi tu, membazir oghang sano x tengok tu do. Dio untung kamu rugi buek apo, laei di caci ado arr.

Lobih baek peruntukan tu di beri pado negeri-negeri bertuah BN seperti Sabah & Serawak yang sangat-sangat memerlukan peruntukan dari kerajaan pusat. Fikir-fikirkan lah...





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 18 April 2014

Jika Ku Tuhan, Karpal Ku Masukkn Syurga : Benz Ali


~Assalamualaikum wbt~




Den x faham boto la dengan bebudak sekarang nih, silap di mano ponw den x tahu. Memang kono percopekkn la hukum hudud nih. Cakap merapu tanpa hala tuju. 

Laei-laei Benz Ali ni, mulo-mulo video dakyah yang dibawanya yang den ghaso cukup-cukup merapu x buleh pakai. Dan sonyap seketika lopeh tu mungkin nak menarik perhatian umum mulo lah nulis kek Facebook status yang dio ghaso buleh menarik orang ramai khususnya golongan muda. 

Cukup-cukup la tu, kok x do nk cakap apo diam yo, pemimpin ko yang dikobakan segini?

Shah Alam – Ekoran status yang dilihat menghina Islam, aktivis berfahaman sosialis, Benz Ali dikecam pelbagai lapisan masyarakat yang jelas tidak berpuas hati dengan kenyataan yang diberikan itu.

Melalui laman sosial Facebook miliknya semalam, Benz mengatakan, ingin memasukan mendiang Karpal Singh yang terbunuh dalam negeri semalam ke dalam syurga sekiranya dirinya Tuhan.

Benz-Ali“Baru sampai Kl, aku nak pi UM dah.. ada sesiapa di sana? aku nak tumpang charge barang dulu.

“Rest in peace, Karpal. Jika aku Tuhan, aku masukkan kau ke dalam syurga, dan rejam Zulkifli Nordin dalam neraka. Jika aku Tuhan la.. “ ujarnya.

Kenyataan itu akhirnya mengundangkan pelbagai komen yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut yang disifatkan menghina Islam.

Berikut adalah antara pandangan yang mempertikaikan kenyataan tersebut :komen-benz-ali

Aktivis berfahaman sosialis itu sebelum ini pernah dikecam hebat oleh msyarakat kerana mengagung-agungkan fahaman dan tokoh komunis seperti Carl Max dan sebagainya.

Malah di dalam salah satu program yang diadakan sebelum ini, dia turut dilihat menghina Islam, mempertikaikan hadis nabi Muhammad saw, menyamaratakan Islam dengan agama lain, mengagungkan Syiah dan sebagainya.


Aishh nampak nau toruk ehh, dh torang2 dakyah yang dibawa x boto. Ha cam gini lah kalo dh terlebih belajo. Ko tahu sobab apo ko bukan tuhan? sobab ehh kalo ko tuhan terbalik hukum dunio dengan akhirat ko kojokan. Bondo x bona pon ko jadikan bona.

Siapa ko nak pertikaikan hadis nabi, buat-buat la betobat abang oiii..







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Thursday, 17 April 2014

ALLAH Mematikan Karpal Penentang Hudud: Zulkifli Nordin



~Assalamualaikum wbt~



Serius berita kematian Karpal Singh menjadi tajuk utama di media-media tempatan apo x ehh, Karpal Singh dikatakan salah seorang yang menentang perlaksanaan Hudud di Malaysia. 

Hal ini sampai di telinga & pengetahuan bekas ahli parlimen Bandar Kulim, Datuk Zulkefli Nordin. Datuk Zulkefli Nordin dilihat membuat kenyataan melalui akaun twitternya yang berbunyi, ketika saat kerajaan pusat UMNO menyokong perlaksanaan HUDUD oleh PAS, Karpal Singh yang dilihat sebagai penghalang utama terkorban.


Tweet dari Datuk Zulkefli Nordin itu mendapat kecaman hebat di twitter kerana disifatkan tidak kena masa. Selain para pengguna twitter, Zulkefli turut dibidas oleh Menteri Belia & Sukan Khairy Jamaluddin.




Pendapat masing-masing, tapi den pun ghaso x kono tompek. Den tau Datuk Zulkefli seorang yang sangat tegas dalam membuat pendirian.

Walaupun den suko kredibiliti & pendedahan demi pendedahan yang dibuek oleh Datuk Zulkefli Nordin ni di parlimen semasa menjawat jawatan YB.

Tapi baghi den perkara semacam ini den ghaso kurang setuju.







Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 16 April 2014

Bilo Sotong Brbicara


~Assalamualikum wbt~


Ermm x sampai beberapa minit posting berkaitan kemalangan yang membabitkan Karpal Singh ermm mulolah keluar cerito-cerito KONSPIRASI. 

Abang oiii biar betoii, cubo fikir boto-boto ni x main langgar yo. Aishh apo yang di koba otak tu boto ha mulo lah dio nak merapu. 

Apo ko jadah ehh nak buek KONSPIRASI kematian Karpal Singh bang oii. 

Dah ajal tu ajal la, nak buek apo laei, ado yo x kono dan ado yo unsur politik ehh. Ekau ni nak dikoba kan bega agak lah, nk koba mada ado otak aishh. 

Udah-udah la tu buek dosa kering na. Cubo terimo kenyataan yang dio mati dalam kemalangan xdo KONSPIRASI sumo tu do. X cayo ha cubo tengok kek laman sosial ni ha...

Buek-buek la mengucap, kurangkan fitnah yo! 
PEACE NO WAR





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Karpal Singh, PA maut


~Assalamualaikum wbt~


Erm berita ni amat mengejutkan den yang baru bangun tido. Ya Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.


"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. 

Mungkin ianya kehilangan besar bagi blok pembangkang. Takziah la pado keluarga, walaupun ado antaro kito memang bengang ngan dio ni termasuk den, tapi kito sebagai muslim eloklah kito tidak mengecam dan seharusnya menunjukkan akhlak kito sebagai muslim dan menghormatinya.

Hadis riwayat Jabir Bin Abdullah ra., ia berkata: Ada iringan jenazah lewat,  lalu Rasulullah saw. berdiri menghormatinya dan kami ikut berdiri bersama beliau. Kemudian kami berkata: Wahai Rasulullah, jenazah itu adalah jenazah yahudi. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya kematian itu mengetarkan, maka jika kalian melihat iringan jenazah, maka berdirilah. ( Shahih Muslim No 1593).


~Wassalam~




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ