Monday, 14 April 2014

FoOD froM JaVa 6 : URap JaWa


~Assalamualaikum wbt~


Kabare waras? Hu3 arini den dengan baek hati nak update sal resepi dari jawa, urap jawa. Resepi ni memang senang nak m*****,hiks3. 

Sobab apo den koba macam tu? sobab ehh memang senang dan berkhasiat laei-laei tuk orang sedang diet macam den hahahaha.. 

Den tergerak nak update pasal urap ni pun sobab ehh den baru jew makan jiran aka orang jawa baghi kek den hahahaha.. Omak den maleh nak cari daun kencur nk buek ni laei pon den xdo tanam daun nih. 

Urap ni buleh la dikatakan sebagai kerabu & istilah barat lobih kurang koslow la hua3. Sayur dan herba yang digunakan membuekkan makanan ni mempunyai rasa yang agak istimewa serta unik.
 Jom kita selami resepi ni yo.




Bahan-bahan ( satu family )


  • Satu biji kelapa - parut amik yg putih jerk
  • 5 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 btg cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 6 biji cekur@kencur
  • 2 helai daun cekur@kencur- hiris halus
  • Segenggam ikan bilis kopek
  • Garam
  • Perisa - jika suka

* pucuk ubi - celur dan carik2@hiris
* kacang panjang - celur dan potong memanjang
* taugeh - celur
* kacang botol (optional) - hiris - xde pon masa tu



Cara-cara

  • Tumbuk bawang merah,bwg putih,cili padi,ikan bilis,biji cekur@kencur hingga agak2 lumat.
  • Masukkan skali garam dan juga perisa.
  • Kaup dan masukkan ke dalam kelapa parut. gaul.
  • Panaskan kuali dan sangai kelapa tadi hingga agak2 kering. jgn kering sgt. agak2 ler!
  • Tuang dalam mangkuk dan gaul rata dengan sayur@ulam2an tadi serta daun kencur. siap utk dhidang.
  • Masakan ni mudah basi jika dbiarkan terlalu lama. Utk mengelakkannya, asingkan dahulu sayur@ulam2an dan juga kelapa yg dh siap sangai tadi. bila nak makan@menghidang, barulah dgaul rata.


Amacam senang sangatkan? baghi yang maleh nak masak la, maleh nak beli barang banyak-banyak la buleh buek urap ni. Omak den kalo buek memang x buek lauk laen. Satu family makan ni jew. Laei 1 makanan ni boleh kekalkan awet muda hu3 tengok orang jawa lawa-lawa bergetah laei x kedutkn bilo dah berumur, pemakanan rahsianya hi3. Selamat mencubo na....

RINGKAS ITU PASTI SODAP!



~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

1 comments:

Anonymous said...

Atok aku selalu buat ni epul

Post a Comment