Sunday, 6 April 2014

SaFFron/Za'Faran Bunga 1001 khasiat


~Assalamualaikum wbt~

Bunga Saffron

Selopeh entry pasal Habbatus Sauda, den nk kongsi pasal saffron/za'faran sobab den dapek bondo ni juga dri kwan den tu.

Bondo baek x buleh lokek baek dikongsi kan? Lagi pun first time den dapek bondo ni, kok ado ilmu pasal saffron ni buleh la kongsikan samo-samo yo.

Za’faran adalah sejenis pokok herba dengan ketinggian 10 hingga 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. 

Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Za’faran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi.

Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. 

Za’faran (Saffron) merupakan rempahan yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700.00 hingga RM23,000.00 sekilo.


Filament Saffron


Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam 

- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.

- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.

- Sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.

- Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).

- Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.

- Bengkak hati atau hipatitis A dan B.

- Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.

- Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.

- Menambahkan tenaga zahir dan batin.

- Masalah mati pucuk dan sembelit.

- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.

- Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.

- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.

- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.


Saffron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: 

Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Saffron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron didalam pemakanan seharian, seeloknyaa diminum pada waktu pagi dan malam. Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya. 


Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin. Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit. InsyaAllah.



~Wassalam~





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment