Wednesday, 30 April 2014

Tidak Bercerai, Sari Yanti Kembali Taat.



Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz. Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. 

Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. 

Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009. 


Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment