~Assalamualaikum wbt~
Ermm
mungkin di antara korang terkejut dengan tajuk entry kali ni ye. Terutamanya
mahasiswa mahasiswi USM. Pertanyaan ini “adakah USM tidak selamat lagi bagi
pelajar” bermain di benak fikiran den bilo mendapat tahu hal ini daripada kawan
den yang belajar di USM.
Universiti seharusnya menjadi tempat yang selamat bagi
pelajar mendalami ilmu..
Hal
apakah yang berlaku sehingga entry ini dihasilkan? Untuk pengetahuan korang
semua, semalam den dapek berita dimana seorang mahasiswi USM nyaris-nyaris
menjadi mangsa culiK dan lebih memeranjatkan ianya berlaku didalam kawasan
sekitar USM itu sendiri.
X
percaya? Tengok status ini:
Ianya
di muatnaik oleh seorang mahasiswi USM yang nyaris-nyaris menjadi mangsa culik
dengan menggunakan kereta. Hal ini harus dipandang serius oleh pihak pengurusan
universiti kerana ianya melibatkan hal keselamatan pelajar terutama mahasiswi.
Didalam
hal ini MPP juga selaku perwakilan bagi pelajar seharusnya memainkan peranan
dalam mewakili suara pelajar melaporkan pada pihak universiti bagi memastikan
hal tersebut tidak berulang lagi.
Bila
terjadinya hal sedemikian, ianya sedikit sebanyak akan mencalarkan imej
universiti kerana ianya berlaku di dalam kawasan universiti tersebut. Persoalannya
disini, adakah pihak keselamatan universiti tidak menjalankan tugas @
pemeriksaan keselamatan di USM terlalu longgar?
Diharap
pihak universiti memandang serius hal ini seterusnya mengambil jalan
penyelesaian secepat yang mungkin supaya hal ini tidak akan berulang lagi pada
masa hadapan dan membolehkan mahasiswi serta mahasiswa dapat belajar didalam
persekitaran yang lebih selamat.
0 comments:
Post a Comment