Saturday, 26 April 2014

Cinta Hans & Elaine Bertaut Semula?


~Assalamualikum wbt~


SEJAK pelakon kacak Hans Isaac memberitahu media bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa aktor ini bakal mengahwini aktres jelita, Neelofa.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu telah memuat naik gambar bekas kekasihnya iaitu Elaine Daly, menerusi laman Instagram miliknya.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya dan kekeliruan, sehingga Elaine yang ditemui pada majlis koleksi terbaharu jenama Fesyen Dressing Paula sempena Musim Bunga & Panas 2014, baru-baru ini menjelaskan status hubungan mereka.


“Hans bukan cinta hati saya!,” tegas Elaine, 37. Menurutnya, hubungan dengan Hans sudah lama berakhir dan kini status mereka kekal sebagai teman.

Malah, Elaine memberitahu apa yang mengekalkan status hubungan itu adalah kerana hubungan kekeluargaan antara mereka begitu rapat.

“Saya dengan Hans sudah berpisah sejak 12 tahun lalu dan sehingga kini hubungan kami masih  rapat. Saya memang sudah ada teman lelaki. Dan semasa gambar itu diambil, saya bersama keluarga. Saya juga duduk di sebelah teman lelaki saya dan berdepan dengan Hans,” katanya.

Dalam pada itu, bekas ratu cantik dan juga pelakon ini juga terkejut apabila mengetahui Hans bakal menamatkan zaman bujangnya akhir tahun ini.

“Oh, dia nak kahwin? Saya akan telefon dia tanya tentang hal ini,” katanya.




Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment