Saturday, 5 July 2014

Suami Menyuruh Berhenti Menyanyi : Apa Kata Noraniza Idris


PETALING JAYA: Penyanyi Noraniza Idris berjanji untuk memenuhi permintaan suaminya, Juffri Hudi, 55, supaya dia meninggalkan bidang nyanyian akhir tahun ini.

Noraniza, 46, berkata, suaminya mahu dia menumpukan perhatian dan sama-sama meluangkan masa untuk melakukan ibadah.

"Suami ada meminta saya untuk berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian kepada amalan agama. Saya memang ada perancangan kearah itu, tetapi saya minta masa lagi untuk memperjuangkan irama tradisional sehingga berjaya."

"Insya-Allah kalau program Siri Jelajah Zapin Nusantara yang sedang saya jalankan sekarang ini sampai kemuncaknya iaitu Konsert Diraja Akar Kita Zapin akhir tahun ini, saya akan berhenti dan serahkan tugas itu kepada pelapis," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Kalimah Lebaran, di Restoran Puteri, di sini, malam Rabu.

Suami Noraniza meminta isterinya berhenti menyanyi dan menumpukan perhatian kepada amalan agama. Al-hamdulillah! Itulah seruan suami yang baik. Apa gunanya memperjuangkan irama tradisional sehingga berjaya, kalau perjuangan itu tidak membawa kebahagian di akhirat dan syurgawi. Perjuangan berlandaskan garisan halal-haram agama Islam yang diredhai Allah SWT.

Sumber


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

1 comments:

wancrazykid said...

syukur la....

Post a Comment