Menunaikan ibadat puasa dengan sempurna merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap muslim, menjaga puasa dari perkara yang membatalkannya juga tidak kurang pentingnya, oleh itu perbincangan tentang perkara ini adalah perlu untuk menjaga puasa dari terbatal, dan membatalkan puasa dengan perkara yang sebenarnya tidak membatalkannya akan menyempitkan ruang yang telah diperluaskan oleh Allah swt.
Ayat 185 dari Surah Al-Baqarah adalah salah satu ayat yang telah disebut oleh Allah swt tentang keringanan syariat-Nya:
[ يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ، وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ]
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.
Salur pernafasan adalah berbeza dari salur pemakanan. Salur makanan adalah dari mulut, esofagus hinggalah ke perut. Menelan sesuatu bersifat makanan & minuman melalui salur tersebut akan membatalkan puasa.
Bagaimanapun, salur pernafasan meliputi hidung dan mulut, terus ke trakea sehingga ke paru-paru. Menyedut sesuatu ke dalam saluran ini tidak mengeyangkan dan tidak membatalkan puasa. Apatah lagi kandungan Inhaler tersebut bukanlah bersifat makanan.
Maka, menyedut inhaler bagi pesakit asma tidak seperti makan dan tidak membatalkan puasa. Berlainan dengan merokok, soal rokok tidak boleh disamakan dengan inhaler. Memang betul kedua-duanya tidak mengeyangkan & tidak masuk ke perut. Tapi inhaler bertujuan memberi manfaat penyembuhan, tapi rokok mendatangkan mudarat & penyakit.
Rokok & kandungannya adalah berbahaya dan difatwakan haram oleh majoriti ulama’. Segala apa yang haram untuk dimasukkan ke rongga badan, maka ianya juga membatalkan puasa.
WaLLAHu a’lam.
9 comments:
Salam Ramadan, sebuah perkongsian yang baik disini,singgah dan klik2 nuff Ramadan 14..
tak batal puasa.
melainkan kita gi telan inhaler tu.
betul cakap titan tu tak batal melainkan telan inhaler.. Tapi ada ke yang gila nak pergi telan inhaler? haha
terima kasih ya...sudah mengingatkan dan berbagi
moga bisa menjadi ladang pahala untuk semua
salam :)
@anajingga Salam ramadhan juga. Thanks sudi singgah
@titan teruk sangt tu he3
@noor zamzuriani Zakaria Tu la yg tu mmg kerja gila hua3
@Purnomo Jr InsyaALLAH mudah-mudahan
Owh baru saya tahu. Ingatkan x boleh. Thanx sharing.
www.vitaminutrisikeluarga.com.my
Post a Comment