Saturday, 21 June 2014

Ibu Bengang 5 Jam Tunggu Untuk Dapat Foto Bayi



Byk gambar Lucas yg diambil tetapi tidak dterima
SEORANG ibu telah mengkritik Pejabat Pasport dan peraturan foto yang ditetapkannya selepas masa selama lima jam diambil untuk mendapatkan sekeping gambar pasport bagi bayinya yang baru lahir.

Lucas Thursby, yang berusia enam minggu akan terbang dengan ibu bapanya, Emma Mitchell dan Graeme Thursby ke Costa Del Sol, Sepanyol, pada bulan Ogos.

Peraturan yang ketat pada gambar pasport dengan tegas menetapkan subjek perlu melihat tepat kepada kamera dengan muka yang lurus, kedua-dua telinga boleh dilihat dan tidak ada orang lain di dalam bingkai foto.

Mitchell berkata: "Tangan saya langsung tidak boleh berada dalam gambar. Saya memegangnya di pinggang dan saya takut lehernya akan sakit.

"Saya fikir peraturan ini adalah tidak masuk akal. Ia peraturan yang terlalu mengekang."
Akhirnya berjaya
Keluarga itu yang pada mulanya berharap sesi fotografi hanya akan berjalan selama 15 minit akhirnya bertukar menjadi sesi ujian ketahanan bermula tengah hari hingga 5 petang sebelum mereka akhirnya berjaya mendapat imej yang sesuai.

Mitchell, seorang pentadbir syarikat, berkata Lucas tetap tenang, tetapi mengaku dirinya tertekan dan kecewa.

Dia menambah: "Pasport ini bertahan selama lima tahun. Bagaimana anda mengharapkan seseorang itu dapat mengenal pasti bayi hanya dari sekeping gambar yang mana dalam beberapa tahun, wajah mereka tidak aakan kelihatan sama?

"Saya cuba untuk merancang sesuatu yang menarik dan menyeronokkan, tetapi ini telah meletakkan sedikit tekanan."

Keluarganya terpaksa membayar sebanyak £90 untuk pasport Lucas 'tetapi jurugambar yang merupakan kenalan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran.

Menambahkan tekanan dan rasa sakit hatinya apabila borang permohonan dan foto 'berharga' itu telah menyertai senarai kira-kira hampir 500,000 permohonan lain.

"Ia begitu sukar," kata Mitchell.

"Tetapi saya yakin ia bukan pertama kali dan saya pasti saya bukan ibu bapa yang terakhir yang perlu berdepan masalah ini.

"Saya hanya berharap pasportnya dapat diberikan pada masanya."


sumber:aans



Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

1 comments:

Travelog MY said...

Hahaha Memang la sukar, mata budak pulak tu. Bukan org tua cam kita.

Post a Comment