1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai
oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing.
Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak
berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan
doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @
kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari
baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati
boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan
sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak
siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t
dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan
umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri
munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa
makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat
itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana
disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu
adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam
ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak
sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana
dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan
sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih
mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya
juga.
Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga
anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa
Allah.
0 comments:
Post a Comment