Wednesday, 11 June 2014

Pelik: Jemaah Umrah Makan Benang Kelambu Kaabah




Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan kecetekan ilmu agama dan salah tanggapan oleh segelintir jemaah umrah menggunting dan memakan benang kelambu Kaabah menjadi punca mengapa amalan memakan benang pada kelambu kaabah dilakukan.

Pengarah kilang membuat kelambu itu, Muhammad Bajoudah menyatakan perbuatan sia-sia itu dilakukan oleh jemaah dari negara tertentu hingga mencacatkan kelambu berkenaan.

“Mereka mencabut benang menggunakan cincin dan gunting dengan harapan ia akan mendatangkan nasib yang baik dan berkat. Perbuatan mereka mencacatkan kiswah,” katanya.

Sebahagian besar jemaah yang melakukan perbuatan mencabut benang kelambu berkenaan dan menelannya kerana mempercayai amalan khurafat.

“Mereka cetek ilmu.

Mereka tidak menunaikan ibadah itu dengan betul sebaliknya melakukan amalan khurafat. Jemaah berkenaan melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka mencabut benang kiswah menyebabkan kelambu itu rosak,” tambahnya lagi.\






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

0 comments:

Post a Comment