Showing posts with label Personaliti. Show all posts
Showing posts with label Personaliti. Show all posts

Friday, 18 April 2014

ReDha Masuk Neraka : Erma Fatima


~Assalamualaikum wbt~


Kenyataan daripada Erma Fatima fuhh dasyat sungguh, apo x ehh redha masuk neraka disebabkan sebuah filem?. Macam-macam kenyataan artis kito sekarang nih, ponin kepalo di buek ehh. Kok marah sekali pon x payah la poei cakap macam tu akak oiii. Apo kato dR. Asri bokeh mufti perlis meh kito jongah..


DATUK Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Erma Fatima mempertahankan adegan berkemban dalam filem Takhta sebagai tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis berkata, walaupun niatnya ingin mempertontonkan kehidupan orang Melayu ketika zaman lalu namun dia harus memikirkan cara lain yang lebih rasional dan sesuai dengan keadaan masyarakat sekarang.

Katanya adegan sebegitu tidak perlu dalam filem Malaysia.

“Kenapa mesti ada adegan yang melanggar nilai kita (orang Islam). Lihat sahaja negara Iran mereka sering memenangi Anugerah Filem Antarabangsa tanpa perlu menggadai nilai yang mereka pegang contohnya filem Children of Heaven.

“Adegan itu boleh disampaikan dengan cara lain,” katanya.

“Saya minta dia perbetulkan balik kenyataan, saya rasa caranya mempertahankan adegan itu tidak kena,” nasihatnya.

Malah katanya filem itu untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seharusnya sensitiviti sebegitu perlu dijaga.

“Penonton pula adalah rakyat Malaysia dan saya tahu tidak ramai masyarakat kita yang mahu menonton adegan seperti itu.

Sebelum ini, Erma memuatnaik gambar beberapa pelakonnya di Instagram yang mengenakan kostum berkemban bagi memenuhi watak dalam filem terbarunya, Takhta.

Namun tindakan itu mendapat kritikan pengikut laman sosialnya yang mendakwa adegan itu tidak sesuai untuk dipertontonkan.

Ia mengundang kontroversi apabila pengarah berkenaan bertindak mempertahankan tindakan dan mengeluarkan kenyataan dalam kapsyen instagramnya.

“Aku salah kerana melanggar hukum kemban. Andai kemban membawa aku ke neraka, aku redha,” katanya dalam laman sosial instagram.

Mengulas mengenainya, Dr. Asri berkata, mungkin Erma didorong emosi sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Saya yakin dia tidak berniat untuk tulis begitu..mungkin dia sedang beremosi..siapa yang mahu masuk neraka?” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihati penggiat filem supaya sedar dan akur bahawa seni yang ditonjolkan harus ada perbezaan dengan filem Barat.

Malah beliau turut meminta mereka supaya tidak terlalu leka dengan memaparkan adegan yang melanggar nilai agama.

“Semua orang mahu mengekalkan identiti malah negara yang maju dan berjaya masih menonjolkan nilai masyarakat yang baik dalam menghasilkan filem mereka.” katanya kepada The Rakyat Post.

Akak bolum tgk nerako dopan mato, kok tengok redha laei x nak masuk? X payah nk emosional sangat kak, beso la orang nogo bondo baek.


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Wednesday, 16 April 2014

Video Fitnah Amin Idris TV Al Hijrah


~Assalamualikum wbt~



Sapa- sapa yang x konal ngan Amin Idris ni, beliau adolah personaliti tv Al Hijrah. Semua ini berpunca apabila beliau telah membuat panggilan video skype dengan seseorang individu tidak dikenali dari Filipina. 

Tujuan utama panggilan video tersebut adalah untuk berbincang mengenai program motivasi yang kononnya Amin Idris telah dijemput untuk memberikan ceramah ditempat berkenaan. 

Namun, rakaman video Skype Amin Idris telah dimanipulasikan oleh suspek untuk menjatuhkan maruah personaliti TV tersebut. 

Menerusi mesej yang berbaur ugutan oleh suspek, video fitnah Amin Idris minum arak dan bersosial dikelab malam akan disebarkan jika beliau gagal membuat sebarang bayaran. 

Modus operandi suspek dipercayai hanya bermotifkan wang dan cuba untuk mengugut mangsa sebelum video disebarkan dilaman sosial jika gagal menunaikan permintaan mereka.

Kenyataan Amin Idris


Apo yang den nak koba jangan di layan sumo ni, orang sekarang nak duit macam-macam dibuek eh.

Macam den dulu di telefon, den maki balik orang tu hiks3 tibo-tibo yo koba den monang tu la ni la. X kurang seseorang dari luar negara yg nk chat. 

Apo kito kono buek? Buek x layan yo!!





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ