Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

Tuesday, 6 May 2014

Suami Buat Laporan Polis Nasi Goreng Terlalu Pedas



GELENG kepalo dibuek ehh tatkala melihat satu salinan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki Cina warga Singapura di sebuah balai polis di Johor ini.

Lelaki berusia 60 tahun ini mengadu bahawa dia telah memesan Nasi Goreng Kampung di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Malangnya, nasi goreng yang dimakannya itu terlalu pedas dan dia mengesyaki tukang masak tersebut telah meletakkan cili yang terlampau banyak.

Ujarnya lagi, kepedasan itu masih terasa sehingga keesokan harinya iaitu pada hari laporan itu dibuat.

Aduhai…kalau sudah tahu pedas, kenapa perlu makan juga?

Rasanya, sebagai pelanggan dia boleh meminta tukang masak untuk menukar nasi goreng tersebut kepada yang kurang pedas.

Tak perlulah sampai buat laporan polis… Lawak boto lah, nasi goreng kampung memang la podeh pak cik oiii hiks3.


Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

Friday, 25 April 2014

Memaki & Menangis Kerna Awang Hitam


~Assalamualaikum wbt~


Kuala Lumpur: Cinta membuta tuli terhadap kekasih ‘awang hitam’ membuatkan dua wanita tempatan sanggup menangis dan memaki anggota polis ketika kekasih mereka ditahan dalam Ops Tiong Bersepadu di sekitar kawasan kondominium, di Taman Connaught, Cheras, di sini awal pagi semalam.

Seorang daripada wanita tempatan itu dipercayai janda serta menguruskan perniagaan restoran yang biasa dikunjungi warga Afrika manakala seorang lagi wanita pula menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Nigeria. Masing-masing berusia 20 dan 40 tahun.

Dalam Ops Tiong Bersepadu yang dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga 7 pagi itu, 26 lelaki dan empat wanita warga Afrika ditahan manakala seorang wanita tempatan pula dibebaskan selepas disoal siasat kerana disyaki terbabit dalam sindiket penipuan cinta Internet atau Love Scam selain pelbagai kesalahan Imigresen.

Timbalan Pengarah Operasi dan Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, wanita tempatan biasanya dipercayai dipergunakan kekasih awang hitam untuk menjalankan penipuan mereka sebelum ditawarkan kehidupan mewah menyebabkan mereka terjebak.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Akak oii india dlm Malaysia ni ramai hensem-hensem poei la, gatal nak kt awang hitam ni nak buek po, lakonan semata cik akak oii..






Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ