Friday, 30 May 2014

Ahmad Maslan: Babi Pun Tak Kena GST




Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Maslan berkata rakyat boleh makan tanpa perlu membayar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Ahmad berkata demikian dalam satu sesi penerangan GST di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang dihadiri lebih 50 peserta.

Dalam program tersebut Ahmad menjelaskan kepada peserta program senarai barangan yang dikecualikan dari GST.


“Barang dapur tak ada GST. Bekalan elektrik 300 unit pertama tak kena GST

“Masak tak kena GST. Untuk bukan Islam, babi pun tak kena GST!” jelasnya.

Malah menurut Ahmad, hidup rakyat tidak akan terjejas sekalipun GST dilaksanakan.

“Pasar malam tak kena GST pasar Rabu, Khamis semua tak kena. Rakyat biasa tak kena GST. Bas, tanah, pengangkutan semua tak kena.

Jadi pakai baju merah berkumpul itu untuk apa?” soal Ahmad, dipercayai merujuk kepada Himpunan 1 Mei baru-baru ini.

Ahmad turut meyakinkan peserta program bahawa harga barangan tidak akan meningkat sekalipun GST dilaksanakan.

“Benda lain semua turun 6 peratus.Jadi apa benda nak risau sangat? Rakyat boleh makan tanpa dikenakan GST tapi nak hidup kenalah sebab nak beli baju,” ujarnya lagi.

Tambah Ahmad, Malaysia merupakan satu daripada tiga negara Asean yang masih belum melaksanakan cukai tersebut selain Brunei dan Myanmar.

Ahmad sebelum itu turut bertanya kepada peserta adakah negara yang melaksanakan GST runtuh ekonominya.





Kalau suka LIKE,Follow sahaja, Jangan lupa Comment. TQ

1 comments:

Umngok iblis laknat said...

ahmad maslan babi beserta seluruh familynya juga babi

Post a Comment